Followers

Sunday, 8 June 2014

SUP TULANG BUAT ADIK..

Assalamualaikum..
Menu tengah hari tadi i buat Sup Tulang. Kebiasaannya sup-sup ini adalah permintaan dari Adik dan Adik bila makan sup nih memang dia akan makan banyak. Pernah juga disebabkan terlalu suka, Adik makan sampai muntah..Allahuakbar..Adikk..Adikk..

Dan..
Sup-sup nih ada pelbagai cara dalam proses pembuatannya dan ini adalah antara salah satu jenis atau cara yang i buat kebiasaannya. Mudah dan senang.






Bahan-bahan rebus..
1 kg tulang - cuci bersih*
2 liter air*
1 inci halia*1 batang serai* - *diketuk - satukan dan rebus selama 1 jam atau sehingga empuk

Bahan-bahan tumis..
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
1 batang serai - diketuk

Bahan-bahan tumbuk kasar..
2 biji bawang merah besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
3 biji buah keras
1 sdk lada hitam

Bahan-bahan lainnya..
2 sdb serbuk perencah sup

1 bungkus sup bunjut
2 biji kentang - buang kulit - potong kasar
1 biji lobak merah - potong kasar - cuci bersih
10 biji tomato kecil
2 sdb jus lemon
10 biji cili api

3 cawan air panas
1 pokok daun sup - potong kasar

Cara-caranya..
1. Panaskan minyak dalam periuk besar, tumiskan semua bahan-bahan tumis sebentar.
2. Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk kasar dan tumis lagi sehingga naik bau.
3. Masuk pula serbuk perencah sup, gaul sehingga adunan rata.
4. Tuang air rebusan sup tulang bersama tulang, sup bunjut, kentang, lobak merah, tomato, jus lemon, cili api, air panas, garam dan perasakan mengikut sukatan.
7. Renehkan sup selama 20 minit dengan api sederhana.
8. Hidangkan ketika panas bersama daun sup.


No comments:

Post a Comment