Assalamualaikum..
Butterscoth sos nih memang lama dah nak buat tapi macam kebiasaan tidak kesampaian masanya dan tidak ada rizki untuk merasa. Tapii.., disebabkan ROTI SARANG LEBAH membuatkan i tersentap-sentap dan tak sabar-sabar untuk mencuba walaupun dalam keadaan letih..
Butterscoth sos ini boleh digunakan dalam pelbagai..dalam kek, dessert, roti..hiasan dan lain-lain mengikut kreativiti masing-masing ya..
Bahan-bahan..
80 gm mentega
150 gm gula perang
160 gm uht whipping cream
30 gm corn syrup
1 sdk vanilla
1/4 sdk garam
Cara-caranya..
1. Cairkan mentega dalam periuk sederhana sehingga sedikit mendidih dengan api yang kecil.
2. Masukkan gula perang sambil gaul rata sehingga gula larut dan menjadi cecair yang pekat.
3, Masukkan whipping cream, corn syrup, vanilla dan garam dan kacau dengan whisk berterusan sehingga mendidih dan sedikit pekat.
No comments:
Post a Comment