Followers

Tuesday, 5 November 2013

CHOCOLATE SPONGE CAKE

Assalamualaikum..
Sejak kebelakangan ini i selalu pula dok korek-korek..gali mengali aunty-aunty gugel..saja nak jenjalan..mana tahu ada menu baru ke kannn..

Dah terjalan-jalan sambil skodeng-skodeng i jumpa resepi kek span nih, i tengok lain sesangat dari yang ada..kee i yang perak tak tahu atau ketingalan pesawat hahahha..

Takpe la..apa pun i kongsikan disini ya tapi sila jangan tanya apa-apa soalan tau sebab i pun baru cuba sekali nih hihi..dan resepi nih i ambil di SINI. Terima kasih kepada Encik/Cik/Puan blogger ini.


memang tak dinafikan kek nih sangat-sangat gebu dan lembut..


Bahan-bahan..
50 gm minyak jagung
20 gm serbuk koko - ayakkan
20 gm susu segar sejuk
1/4 sdk garam halus
1 sdk esen vanila
20 gm syrup glukos
4 biji telur penuh B
2 biji kuning telur B
160 gm gula kastor
100 gm tepung kek*
1/4 sdk serbuk soda* - *satukan dan ayak

Cara-caranya..


1. Panaskan minyak dalam periuk kecil sehingga berasap sedikit dan tuang kedalam mangkuk berisi serbuk koko. Gaul sebati. Pastikan ada bau aroma serbuk koko itu, jika tidak ada bau aroma ini bermakna minyak kurang panas. Biarkan sebentar sehingga suam.


2. Tuang susu segar dan gaul sebati diikuti dengan garam dan esen vanilla, gaul rata dan ketepikan.




3. Masukkan syrup glukos dan kesemua telur kedalam mangkuk pengadun, pukul sehingga pekat.

4. Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit dan terus pukul lagi dengan kelajuan tinggi sehingga adunan kental. Perlahankan mesin pengadun untuk mengeluarkan angin-angin yang terkumpul didalam adunan.


5. Tambahkan adunan serbuk koko sedikit demi sedikit dan pukul lagi sehingga benar-benar rata dan sebati, kaupbalik dibawah-bawah mangkuk pengadun supaya benar-benar rata.


6. Masukkan adunan tepung yang diayak sedikit demi sedikit dan kaup balik adunan sehingga rata. Jangan terlebih pukul.


7. Tuang adunan dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dialas dengan kertas minyak dan oleskan mentega di atas kertas minyak sedikit sahaja. JANGAN oles mentega ditepi-tepi loyang. Ini akan menjadikan kek kecut bila selesai membakar.
8. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 35 minit atau sehingga masak.
9. Keluarkan dari oven dan terus telangkupkan loyang diatas redai, ini untuk mengelakkan kek menurun semula. Biarkan sejuk sebentar.
10. Terbalikkan loyang, kikis ditepi-tepi loyang dan keluar kek dari loyang dengan perlahan. Sejukkan sepenuhnya dan potong untuk dihidangkan.

1 comment: