Followers

Monday, 25 November 2013

RASPBERRY WONDERLICIOUS CAKE

Assalamualaikum..
Wahhh!! Jangan marah yaa, ini adalah percubaan untuk pertama kalinya. I memang giler sangat dengan raspberry nih, kalau jumpa wajib beli tapi faham-faham jerla di kawasan rumah i nih memang takde jual, kalau mahu i kena pergi bandar..ehhh! i bukan dok kat hulu laaa hahaha..tapi hulu jer takde kat sini tauu hahha..kannn..u tunggu la AEON hari Rabu nih bukak..5 minit dah sampai tau kihkihkih..

Sebenarnya pada suatu ketika dahulu i ternampak satu kawan FB tayang kek nih. I kan peminat raspberry..nampak macam shedap ajee..macam nak telan ajeww tapiii takkan i nak mintak resepi kat dia pulak kannn..haizzzzz orang tak suka tauu!! kemudian i pun pergilah jenjalan kat gugel..membawa hati yang laraa..sobb sobb sobb..jalan-jalan kat rumah minah-minah salleh nihh..nak dijadikan cerita ada pulakkkkk uuuuuu.. 

Pilih punya pilih antara banyak-banyak resepi i cuba yang ini datangnya dari SINI tapi itu hanya pilihan i saja sebabnya keknya berwarna putih hehehe..dannnn..untuk frostingnya pula, i selidik punya selidik, i merangkap tangkap muat dan merangkumi idea yang biasa-biasa aja, maka terjadilah resepi seperti dibawah..sangat mabeles..cer cuba cer cuba..kalu tak nak sudahhh..

Dannnn..
Nama kek diatas dihasilkan oleh Awin..makaseh mbak awin..








memang den tak sampai hati nak potong kek nih..






Bahan-bahan..
250 gm mentega - suhu bilik
300 gm gula kastor
1 sdk liquid whitener
400 gm tepung kek*
1 sdb serbuk penaik* - *satukan dan ayak
250 gm susu segar*
1 1/2 sdk esen vanila* - *satukan dan gaul rata
170 gm @ 5 biji putih telur

Cara-caranya..

1. Dalam mangkuk pengadun, pukul mentega sehingga bertukar warna menjadi krim.
2. Tambahkan gula kastor dan 'liquid whitener' dan pukul lagi sehingga gebu, lebih kurang dalam 5 minit.

3. Tambahkan adunan tepung bergilir-gilir dengan susu segar diikuti adunan tepung menjadi giliran terakhir, gaul sebati dan rata.
4. Dalam bekas lain yang bersih tanpa setitis air, masukkan putih telur dan pukul dengan kelajuan tinggi sehingga kental.
5. Masukkan adunan putih telur kedalam adunan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sehingga rata.
6. Sediakan 3 biji loyang bersaiz 8 inci yang telah dioles dengan mentega dan dilapik kertas minyak dan kemudian lagi dioles dengan sedikit mentega lagi.
7. Tuang 1 loyang sebanyak kurang lebih 430 gram adunan.
8. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 30 minit.
9. Keluarkan dan sejukkan kek diatas redai.
10. Letakkan sekeping kek diatas papan kek dan sapukan jem raspberry secukupnya. RESEPI RASPBERRY JAM DISINI atau boleh juga guna raspberry jam yang telah siap, ikut selera masing-masing, diikuti dengan kek lapisan kedua dan ulang sekali lagi, lapisan raspberry jem hanya 2 lapisan sahaja.
11. Sapu nipis krim cheese (resepi dibawah) pada keseluruhan kek, kemudian biarkan sejuk didalam peti sejuk selama setengah jam.
12. Keluarkan kek dari peti sejuk dan sapukan krim cheese sekali lagi keseluruhan badan kek, taburkan raspberry segar dan hiaslah mengikut kreativiti masing-masing.

Bahan-bahan krim cheese..
150 gm cream cheese - suhu bilik
100 gm mentega - suhu bilik
1 sdk jus lemon
130 gm coklat kompound putih - potong kecil dan cairkan secara double boiler dan sejukkan sebentar
150 gm 'fresh cream' - pukul sehingga kental
150 gm raspberry segar - hiasan

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk pengadun, satukan cream cheese, mentega dan jus lemon, pukul sehingga berkrim dan sebati, kaupbalikkan sedikit dan pukul lagi.
2. Tuang coklat putih dan pukul lagi sehingga sebati.
3. Tambahkan 'fresh cream' yang telah dipukul sehingga kental sedikit demi sedikit dan teruskan pukul sehingga keseluruhan adunan benar-benar sebati.


6 comments:

  1. sungguh menggoda kek ni..
    lepas ni boleh cuba la kalau ada lebihan putih telor...

    ReplyDelete
  2. tak penah mkn raspberri yg presh....regenya membuatkan daku telan air lior! ajenye sedap nmpaknya tu!!

    ReplyDelete
  3. salam kak. liquid whitener tu yang brand mana akak guna. baru first time tahu nih. tq Jun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis..
      i guna jenama chef master beli di bake with yen..

      Delete