Followers

Tuesday 6 November 2012

MACADAMIA ORANGE

ASSALAMUALAIKUM..
Salam sejahtera kepada semua sahabat-sahabat yang lainnya. Lama rasanya tak masukkan apa-apa entry, kadang-kadang tengok blog pun rasa kesian hihi..yerla kesian sebab takde cerita baru kannn.., tapi hari ini i buat satu entry ringkas, bukan tak mahu celoteh lebih-lebih tapi kerana sedikit kesibukan yang melanda sejak kebelakangan ini..cewahh..sibuk kewwww.


hanya gambar ini yang sempat i ambil..

Resepi ini i adaptasi dari HAPPY FLOUR, cuma i buat penambahan dan pertukaran mengikut kehendak i dan dalam masa yang sama kek ini juga adalah atas permintaan dari pelanggan setiaku, makaseh sree..semoga memenuhi citarasa dan selera sree ya..terima kasih juga kepada blogger HAPPY FLOUR atas perkongsian resepi ini..

Bahan-bahan..
250 gm butter
200 gm gula kastor
4 biji telur A
90 gm oren jus*
1 sdb kulit oren - yang telah disagat*
1/2 sdk oren emulco*
1/2 sdk pewarna oren* - *satukan dan gaul sebati
250 gm tepung gandum**
1 sdk baking powder** - **satukan dan ayak
35 gm macadamia - kisar halus
35 gm macadamia - dibakar
30 gm macadamia - dibakar - hiasan

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk mixer, pukul butter bersama gula sehingga kembang dan berkrim.
2. Tambahkan telur sedikit-sedikit dan terus pukul sehingga sebati.
3. Masukkan secara berselang-seli bersama adunan jus, adunan tepung dan macadamia yang dikisar halus, kaupbalik sehingga adunan semuanya rata, jika menggunakan mixer, pukul dengan kelajuan paling rendah hanya beberapa saat.
4. Masuk pula macadamia yang dibakar dan gaul bagi rata.
5. Tuang dalam loyang saiz 8 inci yang telah digris, lapik kertas minyak dan gris sekali lagi dan ratakan adunan dengan menggunakan spatula.
6. Tabur macadamia yang dibakar keatas adunan kek.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 55 minit atau sehingga masak.
8. Keluarkan dari oven, kikis ditepi2 loyang, keluarkan kek dari loyang dan sejukkan atas redai.

10 comments:

  1. slm Kak Su...
    wah nmpk mewah n sedap la kek ni...
    nk cuba jugak la nti...QH amik resepi yer...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis qaseh..
      silakn ya..mewah oleh macadamia kan hihi..

      Delete
  2. salam syg su,
    akk keep resepi jgk..kut2 satu hari nnt angin rajin dtg leh jgk merasa kesedapanya ;) lap u.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis zila syg..
      simpan ya, jgn x simpan hihi..

      Delete
  3. Hi Kak,

    Nampak sedap sangat kek ni :) Jus oren tu guna yg fresh atau sunquick?

    Salam,

    Sha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi sya..
      harap2 sedap pada selera u ya, akak gunakan jus oren dr buah oren ya sha..

      Delete
  4. kak,tumpang tnye,emulco tu ape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. emulco adalah campuran pewarna dan perasa..bule didapati di kedai bhn bakeri atau pasaraya..

      Delete
  5. Salam Sis,
    Macadamia nuts tu bila kita blend halus, ianya akan jadi sedikit berminyak, tak mendatangkan kesan ke atas kek ke?

    Thanks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis..iya betul sbb tu selepas kisar bakar sikit ya, biar kering sikit..

      Delete