Followers

Friday, 26 October 2012

PECAN BUTTER CAKE

As-salam sahabat-sahabat semua..
Terdahulu Juicy Cafe & Cakes mengucapkan Salam Aidiladha buat seluruh umat Islam di dunia, semoga semua pengorbanan kita diberkati dan mendapat keredhaan dariNya. Amin.


Waktu sekarang sudah tentu kalian sibuk dengan keluarga dirumah sambil menyediakan juadah-juadah yang enak-enak belaka disampai keluarga tercinta. Syukur Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bersama yang tersayang. Begitu juga dengan i yang sibuk memgemas serta memasak sejak jam 5 pagi tadi, apa-apa pun memang puas hati segala keperluan untuk keluarga tersayang disediakan sendiri.


memang gebu kek nih uuu..

Okke..
Jom kita lihat resepi dibawah, pertama kali membuatnya atas permintaan Sree yang inginkan Pecan Butter Cake ini, Alhamdulillah berjaya membuatnya tanpa percubaan, syukur sangat-sangat.


Resepi i ambil dari rumah BAKING DAIRY dan i gandakan sukatan bahan-bahan menjadi satu adunan, terima kasih kepada tuan punya blog kerana sudi berkongsi resepi.

Bahan-bahan..
250 gm butter - suhu bilik
150 gm gula kastor
4 kuning telur
1 sdk esen vanilla
200 gm tepung gandum*
1 sdk baking powder* - *satukan dan ayak
30 gm coklat chip
150 gm kacang pecan - cincang kasar - bakar
4 putih telur
25 biji kacang pecan - hiasan

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk mixer, pukul butter dan separuh gula kastor sehingga gebu dan berkrim dengan kelajuan sederhana.
2. Tambahkan kuning telur sedikit-sedikit bersama esen vanilla sambil dipukul terus.
3. Masukkan adunan tepung dan gaul sebati dengan menggunakan spatula atau dengan kelajuan paling rendah jika menggunakan mixer.
4. Tambah pula kacang pecan bakar dan coklat chip, gaul sebati. Ketepikan.
5. Dalam mangkuk lain, pukul putih telur sehingga berbuih dan masukkan baki gula kastor tadi dan pukul dengan kelajuan paling tinggi sehingga adunan menjadi kental atau bertanduk.
6. Masukkan adunan putih telur sedikit-sedikit kedalam adunan kek dan gaul sehingga kedua-dua adunan sebati dan rata.





7. Tuang adunan kek dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah digris dan lapik kertas minyak dan gris sekali lagi.
8. Susun kacang pecan diatas adunan kek ikut kreativiti masing-masing.

9. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 40 minit atau sehingga masak.


10. Keluarkan dari oven, kikis tepi loyang dan terbalikkan kek keatas redai dan biarkan sejuk.


11. Siap dipotong dan dihidangkan.

18 comments:

  1. Hi Kak,

    Salam Aidil Adha to you and your family.

    Saya nak tumpang tanya, akak bakar kek guna oven model apa?

    Thanks a lot.

    Sally

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi sis..
      Terima kasih n salam aidiladha juga buat u n family ya.
      I guna oven industri sis..

      Delete
  2. salam kak shu..oven industry brand apa sis pakai...tgh mencari juga ni..anyway..mohon share resepi

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis..
      oven industri produk keluaran solid cool..nti sis bule gugel ya, silakan share ya sis..

      Delete
  3. Salam Shu...selamat hari raya aidiladha....banyak sedap kek itu..suke banget.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis rahel n salam aidiladha juga ya..insyaallh cedappp heheheh..

      Delete
  4. Thanks for the reply Kak.

    Kalau guna oven industri, dia ada kipas tak? Biasa kalau nak bakar cookies, kena guna api atas bawah dan kipas?

    Jika nak bakar kek, kena guna cara yang sama juga?

    Regards,
    Sally

    ReplyDelete
    Replies
    1. ur most wlcm sis sally..
      Oven industri akak tidak ada kipas, biasanya kalau bakar cookies mmg guna kipas (jika mahu) dan utk pembakaran kek2 biasa akak gunakan api atas bwh mengikut keperluan..

      Delete
  5. salam kak shu.. sedapnyer kek tu... kacang pecan mahal le kak.. leh ganti tak ngan almond atau walnut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis mayang..
      betul mmg kacang pecan sedikit mahal berbanding kacang2 yg lain, buleh gantikan dgn kekacang lain ya kecuali kacang kuda hihi..

      Delete
  6. salam.sy da try recipe ni mlm td.alhamdulillah jd jgk.tq kak shu for sharing the recipe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis nuraini..
      alhmdlhh..tp penat la mkn byk kacang hehehe..

      Delete
  7. assalam sifu ku sayang.......sungguh ku terlewat melewati blogmu ini rupernyer ada kek yg enak huhu dalam simpanan ada kacang pecan leh la ku try resepi nie yer i share dalam bloog yer sayang....

    ReplyDelete