makan petang2 nih sedapppp..
jom makannn..
siap di bulat2kan..
pastu gorengkan sampai keemasan cenggini yaa..
alaaa gambar yang gaul dengan gula x sempat nak amekk..lain kali yaa..
Bahan2..
700 gm keledek oren - kupas kulit - potong kecil - rebus - lenyekkan - sejukkan
1 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula castor
3/4 cawan air
Cara2nya..
1. Satukan keledek yang telah di lenyek bersama tepung gandun, gaul sehingga sebati, memang akan melekat.
2. Ambil adunan dalam 30 gm uli menjadi bulat dan lubang di tengah, sambil uli tabur tepung sedikit di tangan, buat sehingga habis.
3. Panaskan minyak, goreng keria dengan api sederhana.
4. Tuang gula castor dan air dalam kuali, biarkan mendidih sehingga menjadi buih2 pekat.
5. Masukkan keria, gaul sehingga semua gula melekat pada keria.
6. Perlahankan api dan terus gaul sehingga gula menjadi kering.
Keria...oh keria...tetap popular sehingga sekarang..kuih evergreen kita ya
ReplyDeleteyerla sis Paty..dari dulu sampai sekarang x pernah lupe dgn keriaa..
Delete