yang nih i isi inti kacang merah..
yang nih xde inti..kosong aje..
adunan yang baru di keluarkan dari breadmaker..
i bubuh inti kacang merahh..
pastu susun dalam loyang cenggini aek..
nih dah siap bakar..amacam ok x??
yang nih xde intii..kosong ajee..
Bahan2..
2 sdb susu pekat manis*
1 biji telur* - *satukan - gaul sebati kemudian tambahkan air sehingga adunan cukup 300 ml
500 gm tepung gandum
1 sdb susu tepung
3/4 cawan gula
2 sdb butter
1 sdk shortening
2 sdk yis kering
Cara2nya..
Kaedah breadmaker
1. Masukkan adunan susu pekat, telur n air ke dalam loyang 'breadmaker'.
2. Di ikuti dengan tepung gandum, susu tepung, gula, butter, shortening dan yis.
3. Tekan setting doh pada mesin 'breadmaker' dan tunggu sehingga siap.
4. Sapu butter pada meja canai, keluarkan adunan dari mesin dan uli doh mengikut saiz yang di kehendaki.
5. Rehatkan doh sekali ganda dan sapu putih telur atas doh.
6. Bakar dalam oven yang telah di panaskan dengan suhu 180C selama 20 minit.
7. Keluarkan roti yang telah siap di bakar, sapu sedikit butter dan tabur bijan.
adikkkk pun nak amek gambarrr mama..
No comments:
Post a Comment