Followers

Thursday, 15 May 2014

S'TELLA BUTTERSCOTH ICE CREAM CAKE

Assalamualaikum..
Hari ini perancangan nak buat kek lapis prune pada awal pagi tetapi terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Kek lapis nih kalau nak buat, mesti awal pagi sebab proses pembakaran ambil masa yang lama. I pula tidak suka buat kerja sampai malam dan kebiasaannya i akan pastikan sebelum Magrib semua kerja dah selesai.

Jadi, bila apa yang dirancang tidak menjadi, i tidak mahu membuang masa yang ada dan mencuba satu resepi kek yang belum pernah i buat lagi. Kek aiskrim. Resepi macam biasa hasil tangkapan dari Encik Gugel hihi.






Bahan-bahan..
300 gm biskut TIGER coklat - hancurkan sehingga lumat
100 gm nutella
50 gm mentega - cairkan
700 gm aiskrim vanilla
100 gram snickers @ 2 bars - potong dadu
7 sdb sos butterscoth

Cara-caranya..


cara menghancurkan biskut..
masukkan biskut dalam plastik besar kemudian ketuk dengan menggunakan 'roller'..



1. Dalam bekas besar satukan biskut yang telah dihancurkan bersama nutella dan mentega cair, gaul sehingga kesemua bahan sebati dan rata.


2. Tuang dalam loyang 'springfoam' atau 'ring cake' bersaiz 8 inci kemudian ratakan dan padat-padatkan dengan menggunakan penekan kek lapis atau perata fondant. Boleh juga ratakan dengan menggunakan belakang sudu.

3. Sejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit.
4. Keluarkan dan masukkan aiskrim dalam loyang 'springfoam' atau 'ring cake' dan ratakan juga dengan penekan kek lapis atau perata fondant.


5. Taburkan snickers yang telah dipotong dadu kemudian masukkan dalam peti sejukbeku dan biarkan aiskrim mengeras semalaman atau sekurang-kurangnya 6 jam.

6. Keluarkan kek aiskrim dan buka loyang 'springfoam' atau 'ring cake'.
7. Akhir sekali, tuang sos butterscoth (resepi dibawah) mengikut kreativiti masing-masing.
8. Potong dan hidangkan.


Bahan-bahan sos butterscoth..
80 gm mentega
150 gm gula perang
160 gm uht whipping cream
30 gm corn syrup
1 sdk vanilla
1/4 sdk garam

Cara-caranya..
1. Cairkan mentega dalam periuk sederhana sehingga sedikit mendidih dengan api yang kecil.
2. Masukkan gula perang sambil gaul rata sehingga gula larut dan menjadi cecair yang pekat.
3, Masukkan whipping cream, corn syrup, vanilla dan garam dan kacau dengan whisk berterusan sehingga mendidih dan sedikit pekat.

Nota : Adunan dasar mungkin sedikit mengeras apabila disejukkan, ini kerana adanya nutella.


6 comments:

  1. wah..nampak sedap dan menggiurkan la kek tu kak..yummy..

    ReplyDelete
  2. OMGGG..that looks delicious! mesti cuba. Thanks for the recipe..hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. OCN (oh! cik Nadz) hehehe..ur most wlcm sis..hihi..

      Delete