Assalamualaikum..
Biasanya bahasa lembut kita panggil Cucur Ikan Bilis dan bahasa singkatan kita panggil Cekodok..betul tak?? Betul laaa..tapi bukan kodok yang macam katak tu tau hahahha..maunya korang tak makan..eeyuucckk..
Atas permintaan juga i jadikan satu entry untuk malam nih. katanya tak pernah buat. Cekodok ini ada pelbagai jenis..pelbagai cara dan pelbagai bahan..ikut kreativiti kalian ya.
Bahan-bahan..
2 cawan tepung gandum
1 sdk serbuk penaik
1/2 sdk garam
1/2 batang lobak merah - sagatkan
1/2 cawan ikan bilis - cuci bersih
1 pokok daun bawang
1 biji bawang merah - hiris halus
1 biji telur
1 cawan air masak
Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk besar, satukan kesemua bahan-bahan kecuali air dan gaulkan.
2. Tuang air sedikit demi sedikit. Buat tiga bahagian. Air bahagian pertama tuang dan gaul kemudian diikuti dengan air bahagian kedua dan ketiga. Air jangan banyak cukup adunan melekat sahaja.
3. Panaskan minyak yang penuh dalam kuali, sudukan adunan dan masak sehingga keemas-emasan.
4. Angkat dan toskan. Hidangkan bersama sos.
as salam JC malam-malam tengok cucur ikan bilis mmg terliur apa lagi kalau panasss cicah sos..
ReplyDeletewslm wbt kak Noor..
Deletebetul kak..walau simple tp kalu mkn tau tau jer dh habis sepiring..