Followers

Sunday 25 May 2014

GREEK ORANGE FILLO CAKE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat kalian..
Resepi ini lama dah tertangguh, atas sebab tak dapat cari 'fillo pastry' jenama PAMPAS. Dulu ada dijual di Tesco dan sekarang dah takde dah. Di AEON pun takde..apatah lagi pasaraya lain. Maka terbantutlah hasrat.

Kemudian, i lihat sahabat FB ada jual dan kebetulan i ada menghantar 'bundt pan' pada beliau dan sekalian i meng'order' baklava dan fillo pastry tersebut. Alhamdulillah.

Sebenarnya idea semua datang dari Awin yang selalu mencuci mata dalam pencarian pelbagai menu di Google dan sekaligus Awin membuat rujukan untuk sekolahnya. Terima kasih Awin..






Bahan-bahan syrup..
150 gm gula kastor
180 gm air masak
1/2 sdk SPEKUK @ serbuk kulit kayu manis
1 biji buah oren - kulit sagat, belah dua dan perah jusnya


spekuk tu i buat sendiri jadi nampak kasar..

Cara-cara syrup..
1. Satukan semua bahan-bahan syrup termasuk kulit oren yang sudah diguna dalam periuk kecil dan didihkan sehingga gula larut dan sedikit pekat.
2. Tutup api dan ketepikan.

Bahan-bahan kek..
370 gm fillo pastry @ 1 kotak jenama PAMPAS
80 gm gula kastor
5 biji telur
200 gm GREEK yogurt
170 gm minyak zaitun
1 sdb serbuk penaik
3 biji oren - sagat kulit dan perah jusnya
1 biji oren - hiris bulan - hiasan

Cara-cara kek..
1. Oles sedikit mentega atau 'spray cooking' pada loyang bersaiz 19 x 23 cm atau loyang yang sesuai.
2. Koyak-koyakkan fillo pastry dalam loyang dan ketepikan sebentar.
3. Dalam mangkuk besar, satukan gula kastor, telur, yogurt, minyak zaitun, serbuk penaik, kulit oren yang telah disagat bersama jusnya dan pukul sehingga adunan sebati.


4. Tuang adunan dalam loyang berisi fillo pastry, ratakan dan susun hirisan oren diatasnya.


5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 45 minit.


6. Keluarkan dan terus tuang rata syrup yang telah tersedia sebelumnya.

7. Biarkan sejuk diluar selama 1 jam kemudian sejukkan pula di dalam peti ais semalaman.


8. Sedia dipotong untuk dihidangkan.


inilah fillo pastry..


greek yogurt..i beli di AEON..



No comments:

Post a Comment