Followers

Saturday, 31 May 2014

PAU KACANG MERAH

Assalamualaikum dan salam hujung minggu.
Minggu ini sudah bermula cuti sekolah kan..jadinya ramai sahabat-sahabat yang mula merancang percutian bersama keluarga tersayang. Bagi keluarga kami, kami hanya berehat dirumah sepanjang masa, jadi banyak masa yang kosong untuk mama, boleh berehat sepuas-puasnya bersama dengan anak dan suami tersayang.

Dalam pada tidak mengambil tempahan buat masa sekarang, barulah i dapat membuat beberapa menu atau masakan buat keluarga dengan tenang. Kalau tidak semua kerja terkejar-kejar. Memang penat walaupun berbaloi.

Okke..berbalik pada PAU hari ini. Lama sungguh i tak buat pau, kalau tak silap adalah 2 tahun. Jadi kali ini i buat pau untuk resepi yang baru yang telah i Google dari dapur dari negara seberang.






memangg gebuu dan tembammm..

Bahan-bahan..
200 gm air sejuk
1/2 sdk garam
400 gm tepung hong kong*
50 gm tepung jagung*
5 gm double action baking powder* - *satukan dan ayak
100 gm gula kastor
11 gm yis kering
40 gm shortening
2 gm pelembut roti
240 gm inti kacang merah - timbang 20 gm untuk sebiji - ulikan jadi bulat

Cara-caranya..
KAEDAH BREADMAKER
1. Satukan kesemua bahan-bahan mengikut urutan dalam loyang breadmaker kecuali inti kacang merah.
2. Tekan setting 'dough' 15 minit. Biar sehingga tamat masa. Tak perlu guna setting yang 1 1/2 jam.
3. Keluarkan doh dari loyang breadmaker, tabur sedikit tepung untuk menguli-uli untuk membuang sedikit angin.




4. Ambil doh sebanyak 50 gm, canaikan sebesar tapak tangan, masukkan inti, tutup rapat doh bersama inti dan letak diatas daun pisang atau kertas minyak mengikut saiz pau. Buat sampai habis dan susun dalam loyang besar. Adunan ini menghasilkan 16 biji pau.

5. Biarkan 1 jam supaya pau naik mengembang sekali ganda.


6. Panaskan kukusan sehingga berasap, masukkan pau dan kukus selama 20 minit.


7. Keluarkan dan sejukkan atas redai. Boleh dihidangkan ketika masih panas.


timbang 20 gm untuk sebiji - ulikan jadi bulat


nih si kecik yang nak diambil gambar juga..

Wednesday, 28 May 2014

CUCUR IKAN BILIS

Assalamualaikum..
Biasanya bahasa lembut kita panggil Cucur Ikan Bilis dan bahasa singkatan kita panggil Cekodok..betul tak?? Betul laaa..tapi bukan kodok yang macam katak tu tau hahahha..maunya korang tak makan..eeyuucckk..

Atas permintaan juga i jadikan satu entry untuk malam nih. katanya tak pernah buat. Cekodok ini ada pelbagai jenis..pelbagai cara dan pelbagai bahan..ikut kreativiti kalian ya.



Bahan-bahan..
2 cawan tepung gandum
1 sdk serbuk penaik
1/2 sdk garam
1/2 batang lobak merah - sagatkan
1/2 cawan ikan bilis - cuci bersih
1 pokok daun bawang
1 biji bawang merah - hiris halus
1 biji telur
1 cawan air masak

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk besar, satukan kesemua bahan-bahan kecuali air dan gaulkan.
2. Tuang air sedikit demi sedikit. Buat tiga bahagian. Air bahagian pertama tuang dan gaul kemudian diikuti dengan air bahagian kedua dan ketiga. Air jangan banyak cukup adunan melekat sahaja.
3. Panaskan minyak yang penuh dalam kuali, sudukan adunan dan masak sehingga keemas-emasan.
4. Angkat dan toskan. Hidangkan bersama sos.


TEMPAHAN..

Assalamualaikum..
Syukur Alhamdulillah selamat segala tempahan yang tertunggak. Kesemua kek-kek ini telah ditempah sejak customer nih mengandung..sampai bersalain..berpantang sampai dah habis pantang..adooiii..

Akhirnya hari ini customer dapat merasai. Terima kasih kerana sanggup menunggu dan terima kasih kerana sanggup bersabar. Harap berpuas hati untuk kesemuanya dan mohon maaf jika ada kesilapan atas pembikinan kek-kek ini.

Insyaallah..
Ini adalah kek yang terakhir i buat untuk tempahan dan mungkin akan ambil sedikit masa untuk i memulakan semula atau sebaliknya. Boleh mohon tapi segalanya akan mengikut keadaan dan situasi ya.

Al-maklumlah i bukan Supermom macam baker-baker yang lain dan boleh terkejar sana terkejar sini, tambahan pulak sejak dah hampir 2 tahun bibik takde..memang banyak kerja yang i kena buat. Dengan anak-anak yang besar juga sudah tinggal jauh jadi bertambah-tambahlah takde yang membantu. Kesian i kan ngade-ngade hahahaha..




8" Chocolate Indulgence..




8" Rainbow Layered..


8" Prune Layered..


Sunday, 25 May 2014

GREEK ORANGE FILLO CAKE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat kalian..
Resepi ini lama dah tertangguh, atas sebab tak dapat cari 'fillo pastry' jenama PAMPAS. Dulu ada dijual di Tesco dan sekarang dah takde dah. Di AEON pun takde..apatah lagi pasaraya lain. Maka terbantutlah hasrat.

Kemudian, i lihat sahabat FB ada jual dan kebetulan i ada menghantar 'bundt pan' pada beliau dan sekalian i meng'order' baklava dan fillo pastry tersebut. Alhamdulillah.

Sebenarnya idea semua datang dari Awin yang selalu mencuci mata dalam pencarian pelbagai menu di Google dan sekaligus Awin membuat rujukan untuk sekolahnya. Terima kasih Awin..






Bahan-bahan syrup..
150 gm gula kastor
180 gm air masak
1/2 sdk SPEKUK @ serbuk kulit kayu manis
1 biji buah oren - kulit sagat, belah dua dan perah jusnya


spekuk tu i buat sendiri jadi nampak kasar..

Cara-cara syrup..
1. Satukan semua bahan-bahan syrup termasuk kulit oren yang sudah diguna dalam periuk kecil dan didihkan sehingga gula larut dan sedikit pekat.
2. Tutup api dan ketepikan.

Bahan-bahan kek..
370 gm fillo pastry @ 1 kotak jenama PAMPAS
80 gm gula kastor
5 biji telur
200 gm GREEK yogurt
170 gm minyak zaitun
1 sdb serbuk penaik
3 biji oren - sagat kulit dan perah jusnya
1 biji oren - hiris bulan - hiasan

Cara-cara kek..
1. Oles sedikit mentega atau 'spray cooking' pada loyang bersaiz 19 x 23 cm atau loyang yang sesuai.
2. Koyak-koyakkan fillo pastry dalam loyang dan ketepikan sebentar.
3. Dalam mangkuk besar, satukan gula kastor, telur, yogurt, minyak zaitun, serbuk penaik, kulit oren yang telah disagat bersama jusnya dan pukul sehingga adunan sebati.


4. Tuang adunan dalam loyang berisi fillo pastry, ratakan dan susun hirisan oren diatasnya.


5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 45 minit.


6. Keluarkan dan terus tuang rata syrup yang telah tersedia sebelumnya.

7. Biarkan sejuk diluar selama 1 jam kemudian sejukkan pula di dalam peti ais semalaman.


8. Sedia dipotong untuk dihidangkan.


inilah fillo pastry..


greek yogurt..i beli di AEON..



OREO ICE CREAM WITH CHOCOLATE SPONGE CAKE

Assalamualaikum..
Nak ceritalah sikit. Sepatutnya kek nih i nak buat Chocolate Indulgence tetapi disebabkan atas beberapa sebab ianya gagal diteruskan.

Terfikir-fikir apa yang patut i buat. Akhirnya macam biasa idea datang dari Awinnn jugakk yang membantu hehehe..makasih Awin..boleh jugak buat entry..yer tak..

Awin pelawa i makan..i menolak..tapi bila dah rasa ehh! tak boleh berhenti pulak..hihihi..






Bahan-bahan kek..
150 gm tepung sponge coklat
2 biji telur A
40 gm susu segar*
80 gm minyak jagung

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk sederhana, pukul tepung optima dan telur dengan kelajuan paling tinggi selama 8 minit.
2. Tuang adunan susu dan pukul lagi selama 2 minit.
3. Tuang minyak jagung, pukul dengan kelajuan paling perlahan selama 8 saat atau cukup minyak sebati sahaja, jangan lebih.
4. Oleskan loyang bersaiz 8 inci dan lapik kertas minyak (tepi loyang tak perlu dilenserkan), tuang adunan dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 20 minit atau sehingga masak.
5. Keluarkan kek, kikis ditepi loyang dan terbalikkan kek diatas redai, sejukkan.
6. Potong kek kepada 8 bahagian, ambil satu bahagian kek dan letak di piring yang sesuai. 
7. Skopkan aiskrim keatas kek, 'drizzle dengan coklat dan hiaslah mengikut kreativiti masing-masing.


Bahan-bahan hiasan..
8 skop aiskrim oreo
16 biji raspberry segar
Coklat ganache - drizzle


aiskrim dan coklat untuk drizzle yang i gunakan..


Thursday, 15 May 2014

S'TELLA BUTTERSCOTH ICE CREAM CAKE

Assalamualaikum..
Hari ini perancangan nak buat kek lapis prune pada awal pagi tetapi terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Kek lapis nih kalau nak buat, mesti awal pagi sebab proses pembakaran ambil masa yang lama. I pula tidak suka buat kerja sampai malam dan kebiasaannya i akan pastikan sebelum Magrib semua kerja dah selesai.

Jadi, bila apa yang dirancang tidak menjadi, i tidak mahu membuang masa yang ada dan mencuba satu resepi kek yang belum pernah i buat lagi. Kek aiskrim. Resepi macam biasa hasil tangkapan dari Encik Gugel hihi.






Bahan-bahan..
300 gm biskut TIGER coklat - hancurkan sehingga lumat
100 gm nutella
50 gm mentega - cairkan
700 gm aiskrim vanilla
100 gram snickers @ 2 bars - potong dadu
7 sdb sos butterscoth

Cara-caranya..


cara menghancurkan biskut..
masukkan biskut dalam plastik besar kemudian ketuk dengan menggunakan 'roller'..



1. Dalam bekas besar satukan biskut yang telah dihancurkan bersama nutella dan mentega cair, gaul sehingga kesemua bahan sebati dan rata.


2. Tuang dalam loyang 'springfoam' atau 'ring cake' bersaiz 8 inci kemudian ratakan dan padat-padatkan dengan menggunakan penekan kek lapis atau perata fondant. Boleh juga ratakan dengan menggunakan belakang sudu.

3. Sejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit.
4. Keluarkan dan masukkan aiskrim dalam loyang 'springfoam' atau 'ring cake' dan ratakan juga dengan penekan kek lapis atau perata fondant.


5. Taburkan snickers yang telah dipotong dadu kemudian masukkan dalam peti sejukbeku dan biarkan aiskrim mengeras semalaman atau sekurang-kurangnya 6 jam.

6. Keluarkan kek aiskrim dan buka loyang 'springfoam' atau 'ring cake'.
7. Akhir sekali, tuang sos butterscoth (resepi dibawah) mengikut kreativiti masing-masing.
8. Potong dan hidangkan.


Bahan-bahan sos butterscoth..
80 gm mentega
150 gm gula perang
160 gm uht whipping cream
30 gm corn syrup
1 sdk vanilla
1/4 sdk garam

Cara-caranya..
1. Cairkan mentega dalam periuk sederhana sehingga sedikit mendidih dengan api yang kecil.
2. Masukkan gula perang sambil gaul rata sehingga gula larut dan menjadi cecair yang pekat.
3, Masukkan whipping cream, corn syrup, vanilla dan garam dan kacau dengan whisk berterusan sehingga mendidih dan sedikit pekat.

Nota : Adunan dasar mungkin sedikit mengeras apabila disejukkan, ini kerana adanya nutella.


Wednesday, 14 May 2014

AISKRIM KACANG HIJAU

Assalamualaikum..
Semalam sahabat-sahabat Awin datang rumah..jadi i buat menu tambahan BUBUR KACANG sebagai juadah manisan. Memang sengaja buat lebih sebab nak buat aiskrim.

Adik pula selalu sangat cakap.. "rugi jer mama beli bekas aiskrim tu tapi tak pernah guna". Nak dijadikan cerita tempoh hari i pergi DAISO dan Adik nampak acuan aiskrim tu kat DAISO, dan dan tu juga sekali lagi Adik perli hahahha..adoooiii..jadinya kena la buat kannn..




Bahan-bahan..
4 genggam kacang hijau - rendam 1 jam
1.5 liter air
1 inci halia - ketuk
200 gm santan kotak KARA
200 gm air
2 sdb gula merah
8 sdb gula kasar
1/4 sdk garam
2 helai daun pandan - diikat

Cara2nya..
1. Rebus kacang hijau bersama air dalam periuk sehingga lembut atau sehingga air sedikit kering bersama halia.
2. Tambahkan santan, air dan gaul sebati, biar mereneh sebentar.
3. Masukkan gula merah, gula kasar, garam, gaul dan rasa, biarkan mereneh dengan api yang kecil sehingga santan masak dan mengelegak.
4. Tutup api dan biarkan sejuk.

5. Tuang bubur kacang dalam acuan aiskrim dan sejukkan semalaman dalam peti sejukbeku.
6. Sedia dinikmati.



JUS LIMAU NIPIS

Assalamualaikum..
Cuaca nak kata panas..tidak juga..nak kata nak hujan pun tidak..tapi cuaca buat masa sekarang nih ala ala mendung tak bererti hujannn la kiranya. Nak kata panas sebab nak minum air jus limau nih tidak juga dan sebenarnya Awin yang nak minum. Sambil-sambil mem'baking' buatlah jus limau nipis nih..

Resepi semua tahu kan..bukan susah pun..perah limau..tambah air gula..air sejuk..ais..dahh siapppp..kannn..




Bahan-bahan..
3 biji limau nipis - tapis dan perah ambil jus
6 sdb gula*
1/2 cawan air panas* - *kacau sehingga gula larut
1 cawan air sejuk
10 ketul mini ais
1 biji limau nipis - hiriskan - hiasan

Cara-caranya..
1. Tuang jus limau nipis dan air gula kepada 2 gelas.
2. Tuang air sejuk dan gaul sebati dan tambahkan ais.
3. Letak sehiris limau nipis dalam gelas dan sehiris sebagai hiasan.
4. Sedia diminum.



Saturday, 10 May 2014

VICTORIA SANDWICH CAKE

Assalamualaikum..
Hari ini sangat lapang dan menyenangkan. Awin pun ada..jadi i ambil kesempatan untuk membuat satu jenis kek baru yang tak pernah i buat sebelum ini. Sebenarnya Awin yang suruh buat kek nih..nak rasa katanya.

Kek ini juga salah satu kek yang sering ditanya oleh pelanggan dan mulai hari ini dah boleh ambil tempahan untuk kek ini ya.

Bagi yang nak cuba buat pun boleh. Kek yang sangat mudah dan senang. Bahan-bahan yang digunakan juga tidak rumit.






Bahan-bahan kek..
250 gm mentega
200 gm gula kastor
4 biji telur A
1 sdk perasa vanilla
250 gm tepung superfine*
1/2 sdk serbuk penaik* - *satukan dan ayak
1 sdb susu segar

Bahan-bahan filling..
300 gm jem strawberry - gaul agar tidak berketul
150 gm freshcream - pukul sehingga kental
1 sdb snow sugar
10 biji strawberry segar - hiasan

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk pengadun, pukul mentega dan gula sehingga berkrim.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji bersama perasa vanilla dan pukul lagi sehingga gebu.
3. Tambahkan sedikit demi sedikit adunan tepung, gaul dengan rata.
4. Tambahkan susu dan gaul rata lagi.
5. Sediakan 2 loyang bersaiz 7 atau 8 inci. Oles sedikit mentega, lapik kertas minyak dan oles mentega lagi.
6. Tuang adunan sebanyak +- 470 gram untuk 1 loyang, ratakan dan buat lekuk ditengah tengah adunan. Ini supaya kek tidak naik membukit di tengah tengah ketika proses pembakaran.
7. bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 30-35 minit.


8. Keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai.


9. Letak sebiji kek atas papan kek, sapu jem strawberry rata keseluruhan kek.
10. Masukkan freshcream yang telah dipukul kental dalam piping bag dan paip kan mengikut kreativiti anda.


11. Tindihkan sekeping lagi kek diatas freshcream dan ayakkan snow sugar pada keseluruhan kek dan susun strawberry segar diatasnya.
12. Sejukkan sebentar dan hidangkan.