Minggu lepas i lihat sis Ina Harlina bikin Kek Buah. Baru tengok aja kita sudah terliur, belum makan lagi. Kebetulan juga ada customer yang ingin tempah Kek Buah minggu ini jadi tak tunggu sampai waktu tempahan i sudah bikin dulu hihi..lagi pula Kek Buah nih lagi lama lagi sedap tau.
Resepi pula i rujuk dari dua blogger kita iaitu sis Sheila dan sis Hana. I lihat resepi untuk kedua-duanya sama cuma sis Hana ada buat beberapa tambahan susu pekat dan oren sunquik. Terima kasih buat kedua-duanya sekali ya.
Mentega pula i gunakan sebahagian mentega dari Indonesia dan sebahagian lagi mentega SCS. Menggunakan mentega yang berkualitas tinggi akan menjadikan Kek Buah kita lebih terangkat hehehe..seriuss tak bohong tau..
Sumber : Sis Sheila d'Dapoq & Sis Hanamemories
Bahan-bahan..
125 gm mentega SCS
125 gm mentega WIJSMAN
300 gm gula kastor
60 gm air panas
500 gm buah campuran kering
1 sdb susu pekat
1 sdb sunquik
350 gm tepung gandum*
2 sdk baking soda*
1 sdk cream of tartar*
1 sdk spekuk* - *satukan dan ayak
3 biji telur A
1 sdk perasa vanila
Cara-caranya..
1. Masak gula dalam kuali dengan api kecil sehingga gula larut dan menjadi perang.
2. Dengan perlahan, tuangkan air panas dan kacau sebati. Hati-hati sebab akan meletus.
3. Masukkan kedua-dua jenis mentega, susu pekat dan sunquik dan kacau lagi sehingga mentega mencair.
4. Masuk pula buah-buahan kering, gaul rata dan sebati dan biarkan sedikit mendidih. Tutup api dan biarkan sejuk.
5. Masukkan sedikit demi sedikit adunan tepung yang telah diayak dan gaul sebati.
6. Dalam bekas lain, satukan telur dan perasa vanila, pukul sebentar. Tuang dalam adunan tadi sedikit demi sedikit dan gaul sehingga sebati dan rata.
7. Tuang adunan dalam loyang bersaiz 7 x 7 inci yang telah dilapik kertas minyak pada dasar dan sekelilingnya serta di oles sedikit mentega atau 'spray cooking' dan ratakan. Tutup permukaan atas loyang dengan aluminium foil.
8. Kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terdahulu dan untuk mendapat kelembapan yang sempurna kukus selama 4 jam.
9. Biarkan sejuk di suhu bilik dan kemudian barulah disejukkan didalam peti sejuk semalaman.
10. Potong semasa kek baru keluar dari peti sejuk bagi mendapatkan potongan yang cantik dan juga agar setiap potongan tidak berderai.
11. Siap dihidangkan.
No comments:
Post a Comment