Followers

Sunday 25 January 2015

TARTE AU CHOCOLAT

Assalamualaikum dan selamat pagi kalian..
Pagi ini, kita dah siapkan satu menu untuk hidangan petang nanti. Sebenarnya dah siapkan semalam tapi sibuk dengan pelbagai hal jadi kita tangguhkan. Cuma pagi ini baru kita hias.

Sebenarnya TARTE AU CHOCOLAT nih Awin yang buat sepenuhnya. I cuma hias dan potong strawberry tu aje hehehhe. Memang Awin lama dah mengidam nak buat..sejak beli buku PIES & TARTS di BIG BAD WOLF tahun lepas. Alhamdulillah menjadi Awin buat. Jom tengok.






Bahan-bahan pastry..
250 gm tepung gandum - ayak
60 gm gula kastor
1/2 sdk garam
150 mentega - sejuk - potong kecil
1 biji telur
2 sdk uht whipping cream

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk, satukan tepung gandum, gula kastor dan garam dan gaul.
2. Masukkan mentega, kemudian gaul sehingga menjadi serbuk roti.
3. Dalam mangkuk kecil, satukan telur dan uht whipping cream dan pukul sebati.
4. Masukkan dalam adunan mentega tadi dan uli sehingga menjadi doh.
5. Bungkus doh dengan 'cling paper' dan sejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit.
6. Sediakan loyang bersaiz 10 inci dan oleskan dengan sedikit mentega atau spray cooking.
7. Keluarkan adunan dalam peti sejuk, letak atas meja pencanai dan gelek dengan bentuk bulat sehingga doh menjadi saiz 12 inci.
8. Gulungkan doh pada pengelek dan alihkan pada loyang.
9. Ratakan doh sehingga ditepi-tepi loyang, potong mana yang berlebihan.
10. Cucuk doh dengan garfu pada sekeliling, lapik aluminium foil dan taburkan kacah hijau sepenuhnya. Tujuannya agar pastry tidak naik dan kembang.
11. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 200C selama 20-30 minit atau sehingga keperang-perangan.
12. Keluarkan pastry dan alihkan kacang hijau. Sejukkan suhu bilik.
13. Tuang adunan filling (resepi dibawah) dalam pastry dan sejukkan dalam peti sejuk selama 2 jam.
14, Keluarkan TARTE AU CHOCOLAT dan hiaskan dengan strawberry segar.
15. Alihkan ke papan kek dan potong untuk hidangan.

Bahan-bahan filling..
250 gm uht whipping cream
250 gm dark chocolate compound - potong kecil*
1 sdk mentega* - *satukan dalam mangkuk
12 biji strawberry - untuk hiasan

Cara-caranya..
1. Panaskan uht whipping cream sehingga berbuih ditepi-tepi periuk.
2. Tuang dalam mangkuk coklat dan kacau sehingga coklat larut.
3. Sejukkan disuhu bilik selama 15 minit.






inilah buku resepinya..

6 comments:

  1. tergeliat lidah kaknoor sebut bende ni mesti sedap dimakan ni kanJC

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak Noor..cheq pun tergeliat lidah hahaha..

      Delete
  2. Salam sis, klu x keberatan share tips,utk pastry, berape banyak kacang hijau diperlukan utk letak atas aluminium foil tu? tq in advance

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm wbt sis..
      Untuk kacang hijau tak kisah berapa byk ya sis sbb ianya bertujuan supaya pastry kita tidak mengelembung semasa proses bakar..

      Delete