Assalamualaikum..
Lama teringin nak buat donut..dari sehari ke sehari nak buat. Dulu selalu buat sebab anak bongsu tu suka..kadang siap request nak pelbagai donut..tapi kali nih dia kata dah tak suka donut pulak..haiizz..sabar jerla..tapi kerana nak lepaskan kempunan, mama buat juga donut..
Kali ini kita buat donut nih sebab ada baki keledek buat keria tempoh hari..sebab itulah kononnya nak habiskan keledek tu. Bila dah siap, Awin pulak tak nak gula, katanya nak butterscoth..haa inilah kejadiannya.
Si pecan tu pulak..kisahnya semalam Awin nak buat Pecan Butterscoth Cake..buat la pecan caramel tu awal..akhirnya letak kat donut pulak hahha..kannn..
Resepi pula i dapat dari sumber SECUBIT GARAM, kalau u all nak lihat yang asli boleh ziarah blog tersebut ya. Terima kasih sis atas perkongsian ilmu donut ini, i kongsi pula disini ya. Terima kasih sekali lagi.
Bahan-bahan..
90 gm air sejuk
320 gm tepung gandum
60 gm gula kastor
180 gm keledek - buang kulit - rebus - lenyekkan - baru timbang
1 biji telur
2 sdk yis kering
1 sdb susu pekat manis
1 sdb mentega
1/2 sdk garam - jangan dekatkan dengan yis
Cara-cara..
KAEDAH BREADMAKER
1. Tuang air dalam mangkuk pengadun 'breadmaker'.
2. Masukkan kesemua bahan-bahan dan masukkan loyang ke dalam mesin.
3. Tekan setting 'dough' dan tunggu sehingga selesai.
4. Keluarkan doh, uli dengan sedikit tepung, canaikan dan terap dengan menggunakan acuan donut.
5. Susun donut atas loyang yang ditaburi dengan tepung, buat sehingga selesai dan biarkan donut naik mengembang sekali ganda.
6. Panaskan minyak dalam kuali, goreng donut sehingga berwarna keemas-emasan, angkat dan toskan.
7. Celupkan sebahagian donut dalam sos butterscoth (resepi dibawah) dan taburkan pecan karamel.
8. Siap untuk dihidangkan.
Bahan-bahan caramel..
150 gm UHT whipping cream
60 gm air
200 gm gula kastor
40 gm corn syrup
60 gm sour cream
Cara-caranya caramel..
1. Panaskan uht whipping cream dalam pan. Cukup sekadar panas, bukan mendidih.
2. Dalam pan sederhana yang lain, satukan air, gula kastor dan corn syrup. Kacau sehingga mendidih dengan api sederhana sehingga menjadi warna keperang-perangan yang pudar. Hati-hati jangan sampai menjadi warna perang yang pekat, ia akan menjadi pahit.
3. Setelah perang, tutup api dan dengan perlahan dan sedikit-sedikit masukkan adunan uht whipping cream dan gaul sebati. Hati-hati kerana ianya akan meletus-letus.
4. Akhir sekali masukkan sour cream dan gaul sebati.

Bahan-bahan pecan caramel..
100 gm pecan - potong kecil - bakar 5 minit
100 gm gula kastor
Cara-caranya..
1. Panaskan gula sehingga menjadi sedikit keperang-perangan.
2. Masukkan pecan, gaul dan tuang atas loyang yang dilapik dengan 'grease paper' dan sejukkan.
3. Pecah-pecahkan pecan caramel dan sedia digunakan.
No comments:
Post a Comment