Followers

Friday, 23 January 2015

SERI MUKA PANDAN aka PUTERI SALAT

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Jumaat..
Pagi-pagi i dah buka entry baru kan. Bukan apa, sebenarnya SERI MUKA nih i sudah buat semalam lagi tapi disebabkan ingin mendapatkan potongan yang cantik i biarkan semalaman.

Seri Muka atau orang-orang Singapura panggil Puteri Salat..i sudah buat 3 kali tau..semuanya tak jadi cantik..berkedut-kedut..becak sana sini..haizzz memang tensen tau. Tengok orang lain buat cantikkkkkk jer permukaannya..rata jerr..kann. Jadi, semalam dengan lafaz Bismillahirrohmannirrohhim..puhh kiri puuhh kanan..i buat dengan sopan santun..berhati-hati tau..hahaha..Alhamdulillah kali ini banyak pembaharuan ke arah kebagusan hahaha..ayat tak semegah!

Semalam memang i sudah bilang..kali nih kalau berkedut jugak..becak juga..memang tak buat la lagi..mula-mula buka periuk kukus tu hati mcm sudah tensen..tapi sabarr..i lap-lap sikit air yang bertakung..sikit jer..sebab i tak balut penutup kukusan tu..lama-lama dia dah sejuk, dah okk..yahooo!! boleh la dikatakan jadiii..kann..

Terima kasih pada yang berkongsi resepi..terima kasih pada Chef Asma..sis Rohah..i panjang-panjangkan pula resepi disini ya. Untuk resepi asal boleh dapati di SINI ya..terima kasih semua..










Bahan-bahan lapisan bawah..
500 gm beras pulut - rendam 4 jam - cuci bersih - toskan
250 gm santan pekat
250 gm air
1 1/2 sdk garam

Cara-caranya..
1. Panaskan periuk kukusan.
2. Masukkan beras pulut yang telah direndam dan telah ditos dalam loyang yang sesuai.
3. Satukan santan pekat, air dan garam, gaul sebati
4. Tuang dalam beras pulut dan gaulkan.
5. Kukus dalam periuk kukusan yang telah dipanaskan selama 30 minit.
6. Sambil itu bolehlah dibuat lapisan bawah.

Bahan-bahan lapisan atas..
250 gm gula kastor
80 gm tepung kastad - ayakkan
400 gm santan pekat
400 gm air*
20 gm daun pandan* - *satukan - kisar halus - tapis - ambil jusnya
3 biji telur
1/2 sdk garam halus
1/2 sdk pandan emulco

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk besar, satukan gula kastor, tepung kastad, santan pekat, air yang telah dikisar dan ditapis bersama daun pandan dan gaul sebati sehingga larut.
2. Tambahkan telur dan gaul lagi.
3. Masukkan garam dan pandan emulco dan gaul lagi sehingga sebati.
4. Sediakan periuk, tuang dan tapiskan adunan.
5. Masak adunan sehingga naik wap atau erti kata lain sedikit berasap. Pastikan adunan JANGAN sampai pekat ya. (maaf jika salah).
6. Tutup api.

Cara-cara SERIMUKA aka PUTERI SALAT
1. Sediakan loyang bersaiz 10x10x2 inci, lapik dengan plastik dan pastikan plastik melebihi had loyang.
2. Keluarkan pulut dari dalam periuk kukusan, tuang dalam loyang dan ratakan dengan menggunakan perata fondant atau apa-apa yang sesuai.
3. Cedok sedikit adunan lapisan atas dan berus nipis pada pulut tadi.
4. Tuang adunan lapisan atas diatas pulut dengan perlahan-lahan dan kukuskan lagi dalam 35 minit atau sehingga masak.
5. Keluarkan dan sejukkan atas redai.
6. Jika ingin potongan yang cantik pastikan SERIMUKA aka PUTERI SALAT benar-benar sejuk.
7. Siap dihidangkan.





haaa..pulut memang i buat lebih sebab nak makan dengan ikan gelama nih..amacam? terancam x? hehehe..

No comments:

Post a Comment