Followers

Tuesday 22 July 2014

KOLE KACANG

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..syukurrr..
Pertama kali seumur hidup tercapai cita-cita nak buat Kuih Kole Kacang nih. Sebenarnya i memang tak suka kuih nih tau. Kalau jumpa kuih nih memang i mencebik tak mahu hahahha..

Tapikannn..
Sejak puasa nih hati berkobar-kobar pula nak buat. Padahal tak suka. Dok terfikir juga siapa la yang nak menghabiskannya dan Alhamdulillah ada rizki buat Ustazah i yang datang. Jadi kami kongsi-kongsi la kan..

Resepinya pula i dapat dari rumah SIS AYU..macam biasa laaa..sis makasih yahh! Enak banget sihh kuehnya!!..dan gue kongsikan resepnya disini pula yah..makaseh hihihi..(kalau baca jangan senyum meleret tau!) hihihi..

Memanggg..seriuss sedap tau..kenapa ya dulu i tak suka?? keliru oh! keliru..






Bahan-bahan..
400 gm santan KARA**
1/4 sdk garam** - ** untuk tahi minyak
300 gm tepung kacang hijau - sangai sebentar
750 gm air masak
600 gm santan KARA
1/2 sdk garam
300 gm gula merah*
100 gm air masak* - *satukan - didihkan sehingga gula larut - tapis

Cara-caranya..
1. Dalam kuali kecil, masak santan bersama garam dengan api kecil sehingga bertukar warna menjadi coklat dan berbintil-bintil sehingga mengeluarkan minyak. Sentiasa di kacau agar tidak melekat. Tapiskan minyak dan tahi minyak. Minyak jangan dibuang dan ketepikan sebentar.
2. Dalam pan atau kuali besar, satukan tepung kacang hijau, air masak, santan, garam dan adunan gula merah yang telah larut. Gaul bagi rata dan sebati.
3. Nyalakan api sederhana perlahan dan masak sehingga adunan menjadi likat dan pekat lebih kurang dalam 15-20 minit.
4. Sediakan loyang bersaiz 10 x 10 inci, lapikkan plastik dan tuang adunan dalam loyang serta ratakan.
5. Sapu nipis minyak dari tahi minyak diatas kole kacang dan taburkan tahi minyak diatas kole.
6. Biarkan kole sejuk dalam 2-3 jam barulah dipotong.




memang enakk!!


i guna tepung kacang hijau jenama ini..ada yang kata jenama Babas lebih sedap tapi malangnya i tak jumpa..takpe lain kali kita guna Babas pula ya..

6 comments:

  1. Assalam sis,
    terpanggil untuk click link sis tadi..sebab ada koleh kacang...sekali gue terperanjat berukks..rupanya nama gue ada diposting sis ni....
    bukan hanya tersenyum meleret tau..gue terus senyum kambing ah..hahahaha...
    thank you sis sudi mencuba..samalah macam kita..tahun ni a few kuih muih yang pertama kali buat sebab memang pada mulanya tak bekenan dan tak teringin nak mencuba..
    sekali buat boleh sedaplah pulak..heheh..
    dikesempatan ni kalau kita tak sempat nak update..
    kita nak ucapkan selamt hari raya
    maaf zahir batin sekira ada tersalah silap dan tutur bicara..harap diampunkan ya...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm wbt sissss..

      Heheehe..i nampak ahh senyum kambing u tu kikiki..tp hari tu i nk c&p tapi dah tak bole hahahha..cian i..sampai hati tau! atlast i print screen hihihi..

      Kita pun nak ucap juga Salam Aidilfitri buat sis n sekeluarga ya, mohon maaf jika ada tersalah taip..tersalah bahasa..tersalah macam2 la hihi..ampunkan juga ya..

      Delete
  2. fav akak ni kole kacang tapi sayang tkde tepung kacang hijau kat sini lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Noor..

      Kini menjadi fav ku juga hehehe..

      Delete
  3. Sedapnya tang tahi minyak tu

    ReplyDelete