Followers

Thursday, 3 January 2013

SUP TULANG ISTIMEWA

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..
Salam sejahtera juga buat sahabat-sahabat yang bukan muslim.

Hari ini sudah 2 hari persekolahan bermula, pasti ramai ibubapa yang mengambil cuti bagi menyelesaikan persekolahan anak-anak. Bagi surirumah dan surarumah juga sibuk menyiapkan hidangan untuk anak-anak ketika pulang sekolah.

Tidak ketinggalan juga dalam hidup i, menyiapkan segala keperluan 2 anak bujang yang bersekolah, manakala anak gadis pula sudah tamat persekolahan.

Hari ini i menyediakan sup tulang istimewa, dimana resepi ini telah dikongsikan dari Puan Nurul Aniza. Terima kasih sis atas perkongsiannya, izinkan i kongsikan disini pula ya.

Kaedah pembuatan sup istimewa ini adalah sama seperti sup-sup yang biasa cumanya i tidak pernah lagi menemui resepi sup yang ditambahkan dengan kentang yang telah dilenyek. Ini menjadikan sup sedikit pekat dari sup-sup yang biasa. Cuma disini, i ada buat penambahan bahan-bahan lain-lainnya yang sama seperti sup tulang yang biasa i buat. Alhamdulillah anak-anak semua suka dengan kaedah ini. Syukur..

Jom kita lihat.




nih aje sempat snap..anak-anak dah makan sebelum matang hihi..

Bahan-bahan rebus..
1 kg tulang - cuci bersih*
2 liter air*
1 batang serai - diketuk*
1 biji bawang merah besar - tumbuk kasar*
4 ulas bawang putih - tumbuk kasar*
2 inci halia - tumbuk kasar*
1 batang kulit kayu manis*
2 kuntum bunga lawang* - *satukan dan rebus selama 1 jam atau sehingga empuk
3 biji kentang besar - buang kulit - potong kecil - rebus hingga lembut - lenyekkan ketika panas - ketepikan




Bahan-bahan tumis..
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
1 batang serai - diketuk

Bahan-bahan tumbuk kasar..
2 biji bawang merah besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
3 biji buah keras
1 sdk lada hitam

Bahan-bahan hiris halus..
2 pokok daun bawang
2 pokok daun sup - simpan sedikit untuk hiasan



Bahan-bahan lainnya..
2 cawan air panas
1 bungkus serbuk perencah sup
1 biji kentang - buang kulit - potong kasar
10 biji lobak merah kecil - cuci bersih
10 biji tomato kecil
2 batang saderi - potong kasar
2 sdb jus lemon
10 biji cili api
1 biji bawang holland - potong bulat
3 sdb bawang goreng


Cara-caranya..
1. Panaskan minyak dalam periuk besar, tumiskan semua bahan-bahan tumis sebentar.
2. Masukkan bahan-bahan tumbuk kasar dan tumis lagi sehingga naik bau.
3. Masuk pula bahan-bahan hiris halus dan gaul sebati.
4. Diikuti dengan serbuk perencah sup, gaul sehingga adunan rata.
5. Tuang air rebusan sup tulang bersama tulang dan kentang yang telah dilenyek serta air panas.
6. Masukkan kentang, lobak merah, tomato, saderi, bawang holland, jus lemon, cili api, garam dan perasakan mengikut sukatan.
7. Renehkan sup selama 30-40 minit dengan api sederhana.
8. Hidangkan ketika panas bersama daun bawang, daun sup dan bawang goreng.


jom jamu selera..

9 comments:

  1. Ermmmmmmm...sedapnye sis...suje2....mmg terbaik ar...

    ReplyDelete
  2. Ermmmmmmm...sedapnye sis...suje2....mmg terbaik ar...

    ReplyDelete
  3. Ermmmmmmm...sedapnye sis...suje2....mmg terbaik ar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh..mmg sedap sis hehe..jom slurrppp..

      Delete
  4. akak pun nak slurrrppp jugak ni..sedap nampak meratah je besttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom kak nooriah kita sama2 slurrp hehe..

      Delete
  5. Dah lama jugak tak pekena sup tulang ni Kak Shu.. meh semangkuk....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade lg nih sis..siap frozenkan hehehe..

      Delete