sahabat handai..

Wednesday, 30 January 2013

CEMPEDAK GORENG

AS-SALAM & SALAM SEJAHTERA..
Menu kami untuk petang ini hanyalah cempedak goreng kampung, eerrrmm memang lazat dan ranggup, lama sangat tak merasa cempedak, itupun dah tinggal separuh, separuh lagi encik suami dah tolong makan kan, memang kegemaran beliau cempedak nih, kalau tidak i kenalah beli lagi.

Kelmarin lagi i dah beli cempedak nih, balik dari pasar terus i keletihan dan tidur dan tak sempat nak goreng, nasib baiklah encik suami selamatkan dari busuk dan simpankan dalam peti sejuk (eh..cempedak kalau simpan kat luar boleh busuk ke ya??).., i pun tak berapa pasti hihihi..

Tak kisah la tu, yang penting hajat dah tercapai, jom tengok adunan tepung..





Bahan-bahan..
5 sdb tepung gandum
3 sdb tepung jagung
3 sdb tepung beras
2 sdk serbuk kunyit
2 sdb gula kastor
1/2 sdk garam
1 cawan air

Cara-caranya..
1. Satukan semua bahan-bahan dalam bekas dan pukul sehingga adunan semua sebati dan rata.


2. Masukkan cempedak dan gaul sebati.


3. Panaskan minyak dalam kuali sehingga sedikit tenggelam, biarkan minyak panas.

4. Sudukan cempedak dan goreng sehingga keperang-perangan.
5. Angkat dan toskan minyak.


6. Hidangkan buat hidangan petang.

6 comments:

  1. Uhu...sedapnya cempedak goreng....nak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuhuuu sis rahel..marilah mkn sama2..

      Delete
  2. sedap ni kalau mkn sama dgn biji heee tpi awas angin kus kus dtg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kan sis..i pun suka mkn bijinya..angin tolak blkg hehe..

      Delete
  3. oooo, rahsia nak bagi kuning kena bubuh kunyit ye... tak pandai masak tapi suka nak kumpul resepi... sambil tengok mcm2 stail memasak

    ReplyDelete