Followers

Saturday 12 January 2013

NASI AYAM

Assalamualaikum..
Menu untuk tengahari tadi buat kami sekeluarga, lama sangat-sangat i tak buat nasi ayam nih, biasanya i makan kat 1 kedai di Kulai, Nasi Ayam Angah memang popular dikawasan Kulai.

Memang sudah merancang untuk membuat nasi ayam, jadi i cuba mencari resepi yang senang, akhirnya i ketemui resepi ini dari ustazah saya Ustazah Jah Din, cuba i ada buat penambahan serba sedikit. Apa pun i ucapkan ribuan terima kasih kepada ustazah atas perkongsian resepi ini. Jom lihat.


tak sempat nak ambil gambar elok-elok, semuanya dah tak sabar, nih aje yang sempat..


Bahan-bahan rebusan..
4 keping paha ayam - cuci bersih - toskan
4 sdb serbuk lada sulah
4 sdb minyak bijan
1 batang serai - diketuk
2 inci halia - hiris kasar
5 ulas bawang putih - diketuk
2.5 liter air


Bahan-bahan perapan ayam..
4 sdb sos tiram
4 sdb kicap manis
2 sdb kicap masin
1 sdb kicap pekat
4 sdb madu
3 ulas bawang putih*
1 inci halia* - *tumbuk lumat
1 sdb mentega


Bahan-bahan nasi..
500 gm beras basmathi - cuci bersih - rendam 10 minit - toskan
2 sdb mentega
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
4 ulas bawang putih*
1 inci halia* - *hiris halus
2 helai daun pandan - kerat kasar
700 gm air rebusan ayam


Bahan-bahan sup..
2 sdb mentega
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 biji bawang merah besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
2 biji buah keras* - *satukan dan tumbuk
1 pokok daun bawang - hiris halus*
1 pokok daun sup - hiris halus* - *tinggalkan sedikit untuk hiasan
1 biji lobak merah - potong kasar
2 batang seleri - potong kasar
1 mangkuk kecil kobis - hiris halus
1 sup bunjut
Garam dan perasa

Bahan-bahan cili..
8 biji cili merah besar - potong kasar - cuci - buang biji - toskan
3 ulas bawang putih
1/2 cawan air rebusan ayam
1 sdb cuka makan
1/2 sdk garam
1 sdb gula

Bahan-bahan kicap..
3 ulas bawang putih*
1 inci halia* - *tumbuk lumat
4 sdb kicap manis
3 sdb kicap masin
1 sdk kicap pekat
1 sdk tepung jagung*
2 sdb air* - *satukan dan gaul

Bahan-bahan lainnya..
1 batang timun - potong kasar
6 keping daun salad - hiasan
3 biji tomato - hiris tebal

Cara-caranya..
1. Dalam bekas besar ratakan ayam bersama serbuk lada sulah dan minyak bijan dan ketepikan.
2. Rebus air bersama serai, halia dan bawang putih sehingga mendidih kemudian masukkan ayam dan rebus selama 15 minit. Hati-hati ketika mengacau supaya kulit ayam tidak tertanggal.
3. Dalam bekas lain, gaul rata kesemua bahan perapan, masukkan ayam rebus, ratakan, ketepikan dan perap selama 1 jam.
4. Kemudian susun ayam bersama sos perapan dalam loyang yang telah digris, bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 200C selama 15 minit. Keluarkan dan susun diaatas salad.
5. Dalam kuali, panaskan mentega sehingga cair, tumis bahan-bahan nasi iaitu kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, bawang putih, halia dan daun pandan sehingga naik bau.
6. Tuang bahan-bahan tumis kedalam periuk yang berisi nasi tadi bersama air rebusan ayam dan tekan 'setting on' dan tunggu sehingga nasi masak. Gaul perlahan-lahan.
7. Dalam kuali yang sama juga, cairkan mentega, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga sehingga wangi diikiuti dengan bahan-bahan tumbuk, daun bawang dan daun sup sehingga wangi juga.
8. Tuang bahan-bahan tumis kedalam periuk baki air rebusan ayam tadi, masak sehingga mendidih.
9. Masukkan lobak merah, seleri, kobis, sup bunjut, garam, perasa dan renehkan selama 15 minit.
10. Kisar halus kesemua bahan-bahan cili kemudian tuang dalam periuk kecik, renehkan sehingga adunan sedikit pekat, tambahkan gula dan garam jika perlu.
11. Dalam periuk kecil juga, satukan bahan-bahan kicap seperti bawang putih, halia, kicap manis, kicap masin, kicap pekat, renehkan sehingga mendidih, tuangkan adunan tepung jagung dan renehkan lagi sehingga mendidih.
12. Apabila semua hidangan telah siap, sediakan nasi bersama ayam dilapik dengan salad, timun, tomato, sos cili dan sos kicap.

6 comments:

  1. sedapnya..........peha plak tu semua..memang heaven nasi ayam ni... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis faa..alhmdlhh sedap nih sis..lg2 tang paha tu hihi..

      Delete
  2. rajin Kak Shu.. sekejap menge kek.. sekejap bernasi ayam pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhe..tu la sis ogyep..nih lama dh x mengekek..

      Delete
  3. Alhamdulillah.. trima kasih kerana menyokong kami di nasi ayam angah! :)

    ReplyDelete