Followers

Friday 17 August 2012

RED VELVET LAGIIKKKK..

As-salam semua..
Sejak dua menjak nih, red velvet adalah permintaan paling banyak sekali, memang ramai yang gemar red velvet nih kan..termasuk leerr ii hehe..

Red velvet lambang 'mercedez benz' adalah untuk mekanik pakar kami, logo atas permintaan beliau, diharap Encik Farizul berpuashati dengan kek ini.

Kepada sahabat-sahabat yang berada dikawasan Johor Bharu dan ingin memperbaiki kereta bolehlah terus menghubungi tuann punya kedai iaitu Encik Mohd Farizul di talian 012-3269424. 






tempahan dari Puan Melati untuk hari raya ahad ini..
terima kasih sis tempah lagi, semoga sis berpuashati dengan kek ini..

SALAM AIDILFITRI



"IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL"






InsyaAllah esok adalah hari terakhir kita menjalani Ramadhan 1433. 
Rasanya baru sahaja kita memasuki bulan Ramadhan, pejam celik pejam celik dah hampir ke penghujungnya. 
Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang telah memberi kesempatan berpuasa sehingga ke hari ini bersama keluarga tersayang. Amin.

Di kesempatan ini juga dengan rasa rendah hati dan seikhlas-ikhlasnya JUICY CAFE & CAKES ingin memohon maaf jika ada terkasar bahasa, terlebih bergurau senda didalam komen-komen atau apa-apa sahaja yang membuatkan mana-mana pihak tersinggung.

Dengan berbesar hati, kami mengucapkan SALAM AIDILFITRI kepada seluruh umat Islam, keluarga jauh & dekat, sahabat handai, rakan Facebook, Blogger, Twitter, pelanggan-pelanggan setia dan juga kepada semua yang mengenali atau tidak mengenali, sesungguhnya kita adalah saudara sesama Islam.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN



gambar ihsan google..

Friday 10 August 2012

NUTELLA RED VELVET CAKE


As-salam sahabat semua..
Kali ini entry yang hampir i terlupa nak update!!.., tetiba hari ini baru teringat, minta maaf pada sahabat-sahabat yang tertunggu-tunggu ya..
Nutella red velvet permintaan dari PUAN SHARINA buat isteri kepada boss beliau, romantiknyaa suami isteri nih kan, semoga kekal ke syurga, Aminnn..jom kita lihat..senang saja..




1.6kg - RM90.00

Bahan2..
85 gm butter
220 gm gula castor
110 gm biji telur @ 2 biji
25 gm serbuk koko*
1 sdb serbuk nescafe* - *satukan dan ayak
40 gm pewarna merah
240 gm buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sdb cuka + 1 sdb jus lemon - perapkan 20 minit
1 sdk esen vanilla
270 gm tepung superfine - ayakkan
1 sdk baking soda
1 sdb cuka


Cara2nya..


1. Dalam mixer, pukul butter dan gula sehingga sebati.

2. Tambahkan telur dan terus pukul sehingga berkrim.
3. Dalam mangkuk lain, satukan serbuk koko, nescafe dan pewarna, gaul sehingga menjadi pes pekat.
4. Masukkan adunan koko tadi ke dalam adunan telur dan pukul sebati.


5. Tuang buttermilk dan esen vanilla, pukul lagi biar rata.


6. Masukkan tepung sedikit dan kaupbalikkan adunan.


7. Dalam mangkuk kecil, satukan baking soda dan cuka, kacau sehingga buihnya menghilang dan terus tuang kedalam adunan dan pukul dengan kelajuan perlahan selama beberapa saat.

8. Ambil sedikit adunan dan tuang dalam 2 papercup kecil (untuk hiasan - jika mahu), kemudian tuang bakinya dalam 2 loyang saiz 8 inci yang telah di gris dengan setiap loyang sebanyak 450 gm.
9. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 30 minit atai sehingga masak.
10. Sejukkan kek atas redai.
11. Potong setiap kek kepada 2 lapisan, sapu dengan nutella cream cheese (resepi dibawah) sehingga kek lapisan yang teratas, diikuti dengan sapuan nutella cream cheese pada keseluruhan kek.
12. Hias ikut kreativiti masing-masing dan sejukkan kek dalam peti sejuk.

Bahan2 frosting..
400 gm non-dairy whipping cream
250 gm cream cheese - suhu bilik
250 gm nutella
20 gm gula aising - ayakkan

Cara2nya..
1. Dalam mangkuk, pukul dengan kelajuan tinggi non-dairy whipping cream sehingga bertanduk.
2. Dalam bekas lain, pukul sebati cream cheese, nutella dan gula aising.
3. Satukan adunan cheese bersama adunan non-dairy whipping cream, pukul sehingga semua adunan sebati dan rata. Siap digunakan.


ini pula tempahan dari CIK FIDA buat adik dan datoknya, 
ulangtahunnya hari ini berkonsepkan floorball design..2.6kg RM120.00
kek yang sama juga RED VELVET cuma dalamnya frosting dengan buttercream bersama fondant.
Terima kasih PUAN SHARINA & CIK FIDA sudi menempah..
mohon maaf jika ada kekurangan ya..

Wednesday 8 August 2012

BEEF BURGER

Assalamualaikum sahabat semua..
Ramadhan hari ke 18, Alhamdulillah kita masih lagi diberi kesempatan dalam meneruskan bulan Ramadhan yang mulia ini. Aminn..
Diam tak diam tak lama lagi dah sampai ke penghujung Ramadhan, MasyaAllah cepatnya masa berlalu. Rasanya macam baru saja Ramadhan bermula.
Sahabat semua sihat ke?? I disini terlebih sihat, mana tidaknya bulan Ramadhan nih memanjang menu ala-ala barat. Bukan apa, masa bulan biasa, nafsu nafsi barat tak menyinggah di dapur i hehhe, tetiba bulan Ramadhan nih macam-macam menu barat datang..apa-apa pun syukur di atas segala rizeki yang diberiNya.




Bahan2 daging..
800 gm daging kisar RAMLY
100 gm bawang holland - potong dadu
50 gm serbuk roti
1 biji telur - pukul sedikit
2 sdb worcestershire lea & perins
1/2 sdk lada sulah
1/2 sdk lada hitam
2 genggam daun ketumbar
1 sdk garam halus

Cara2nya..


1. Dalam mangkuk besar, satukan semua bahan-bahan dan gaul rata sehingga adunan sebati.


2. Ambil 100 gm adunan, bulat-bulatkan dan leperkan sehingga menjadi setebal lebih kurang 2 cm, susun dalam dulang yang ditaburkan sedikit tepung, buat sehingga selesai.

3. Sejukkan daging dalam peti sejuk selama 1 jam supaya daging mengeras sedikit.


4. Keluarkan daging, sapu daging dengan sedikit minyak zaitun.





5. Panaskan pan, masak daging sehingga kedua-dua bahagian masak. Angkat.

6. Ambil roti burger bahagian bawah, susun salad, kobis putih dan ungu, pipe kan cili sos dan mayonis.
7. Letakkan sekeping daging yang telah siap dimasak, kemudian letak pula kepingan cheese, susun hirisan tomato dan timun, pipe kan cili sos dan mayonis sekali lagi baru ditindihkan roti burger bahagian atas.
8. Buat sehingga semuanya selesai dan hidangkan.

Bahan2 lain..
9 biji roti burger - belah dua - sapu sedikit butter - panaskan dalam pan sebentar
50 gm kobis putih*
50 gm kobis ungu* - *hiris halus
2 biji tomato - hiris bulat
1 biji timun - hiris halus
9 keping cheese
Salad secukupnya
Sos cili
Mayonis


i buat daging burger 6 keping sahaja, bakinya i jadikan meatball buat adik untuk spaghetti nya nanti..
setiap 1 biji sebanyak 10 gram..
i goreng separuh masak kemudian i frozenkan..

Sunday 5 August 2012

SALMON & PRAWN QUICHE

As-salam sahabat semuanya..
Antara menu berbuka untuk semalam 4hb Ogos 2012 masih ada hidangan ala barat..kali ini kerana membuat speghetti untuk adik, abang dan kakak adik kata cukup la setakat speghetti sahaja tapi i buat tambahan hidangan quiche untuk kami sekeluarga, suami dah masak sambal ikan dan sayur goreng, jadi anak-anak boleh memilih lauk kegemaran masing-masing.

Resepi quiche ini idea asal adalah dari CHEF ALEX GOH dalam resepi bertajuk "QUICHE LORRAINE" yang dimuatkan dalam buku resepi beliau yang bertajuk "IRRESISTIBLE PASTRY".

Dalam resepi tersebut inti asalnya adalah menggunakan daging tapi i telah menukar dengan menggunakan ikan salmon dan udang, dalam masa yang sama untuk menghabiskan segala stok-stok yang ada dalam simpanan, jangan membazirrrr uuu..


maaf ya terlebih bakar hehe..


Bahan2 pastry..
250 gm tepung gandum - ayakkan
150 gm butter
Secubit garam
70 gm air

Cara2nya..
1. Satukan tepung gandum dan butter dalam mangkuk, gaul atau pukul guna mixer sehingga menjadi serbuk roti.
2. Tambahkan air sedikit-sedikit dan uli sehingga menjadi doh.


3. Bungkuskan doh dengan plastik, simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.

4. Keluarkan doh dan canai diantara dua keping plastik setebal 3mm.


5. Lapik pastry ke dalam loyang springfoam pizza yang telah digris bersaiz 9 inci dan tusukkan dengan garfu pada keseluruhan pastry.

6. Sejukkan pastry dalam peti sejuk selama 20 minit.


7. Keluarkan pastry, alas keseluruhan pastry dengan kertas aluminium dan isikan dengan kacang hijau, ini supaya pastry tidak menggelembung.

8. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 190C selama 20 minit.
9. Keluarkan pastry, buang kertas aluminium dan kacang hijau, bakar lagi selama 8 minit.
10. Keluarkan dan sejukkan sebentar.

Bahan2 inti..
3 sdb minyak zaitun
160 gm bawang holland - hiris halus
60 gm ikan salmon - potong kecil - buang tulang - cuci - toskan
60 gm udang segar - potong kecil - cuci - toskan
100 gm keju mozarella @ parmesan - diparut
3 biji telur
200 gm susu segar
150 gm uht whipping cream
20 gm tepung gandum
1/2 sdk garam halus
1/2 sdk lada sulah
1/2 sdk serbuk kulit kayu manis

Cara2nya..


1. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang holland sehingga naik bau dan keperangan, tutup api dan sejukkan sebentar.
2. Letak dan ratakan bawang dalam kulit pastry yang telah disediakan.


3. Taburkan ikan salmon, udang dan mozarella sehingga rata pada keseluruhan pastry.




4. Dalam mangkuk, pukul telur, susu segar, uht whipping cream, tepung gandum, garam, lada sulah dan kulit kayu manis, tapiskan dan tuang kedalam kulit pastry.

5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 190C selama 35 minit atau sehingga masak.
6. Siap dihidangkan.


boleh tahan sedapnya..

SPAGHETTI BOLOGNAISE

As-salam semuaa..
Menu ala barat untuk berbuka semalam, hidangan wajib yang perlu ada setiap minggu untuk adik. Dalam satu hari berkali-kali adik boleh makan spaghetti nih tau. Semalam dalam satu hari 5 pinggan adik makan, alhamdulillah, memang i akan masak jika menu itu kegemaan anak-anak dan suami.




Bahan2..
1 bungkus spaghetti - rebus sehingga masak - toskan - gaul dengan minyak zaitun
2 biji bawang holland - hiris halus
3 ulas bawang putih*
1 inci halia* - *dicincang
500 gm daging kisar RAMLY
2 helai daun basil
1 sdk lada hitam - ditumbuk
1 biji tomato - potong dadu
100 gm tomato puri
2 tin sos prego tradisi + 3 tin air masak
1 sdb oregano kering
1 helai daun bay kering
2 tin cendawan butang - hiriskan
2 paket perencah spaghetti bolognaise
4 kepingan keju
10 biji baby tomato


Cara2nya..
1. Dalam periuk besar, panaskan minyak zaitun dan tumis bawang holland, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
2. Masukkan daging kisar, daun basil dan lada hitam, gaul sehingga daging masak.
3. Tambahkan tomato yang dipotong dadu, puri tomato, sos prego dan air, kacau dan renehkan selama 15 minit.
4. Masukkan oregano kering, daun bay kering, cendawan butang dan perencah spaghetti, gaul lagi sehingga kuah sebati, renehkan lagi 10 minit.
5. Akhir sekali, masukkan kepingan keju dan baby tomato, gaulkan supaya keju cair.
6. Siap untuk hidangan bersama spaghetti.


sos spaghetti..


perencah spaghetti..


adik bersama oreonya pemberian nanny..
makaceh nannyyyy..muuahhh..

Friday 3 August 2012

LAMB CHOP BLACK PEPPER

As-salam semuaa..
Wah wah wahhh 'western' hari ini yaa..sebenarnya 2 hari ini en. suami 'outstation'..itu yang i boleh masak pelbagai menu berdaging, en. suami tidak boleh makan sangat, jadi kalau i masak masa en. suami ada, kesian pulak kat dia kann..

I tak pasti apa rasanya sebab pertama kali mencuba cara seperti ini..resepi sos 'black pepper' i pelbagaikan dari macam-macam bahan..idea dari SINI dan SINI dan i tambah-tambahkan ikut perasaan i hehehe..al-maklum la puasa kann..dan resepi untuk coleslaw pula idea dari SINI cuma i gantikan dari buttermilk ke yogurt..jom tengok bawah lagi..




Bahan2 perap..
4 keping australian lamb - cuci bersih
4 sdb lada hitam - ditumbuk
2 sdk garam halus
2 sdb minyak zaitun

Cara2nya..
1. Taburkan bahan2 perap pada keseluruh daging, ratakan dan perap selama 1 jam.
2. Masakkan dalam 'pan' panggang sehingga daging masak.


i guna 'pan' macam ni lerr..

Bahan2 sos..
3 sdb minyak zaitun
2 biji bawang holland*
3 ulas bawang putih* - *potong dadu
2 sdb tepung gandum
3 sdb lada hitam - ditumbuk
2 cawan air panas
1 kiub lembu
1/2 cawan uht whipping cream
2 sdb sos worcestershire
3 sdb kicap pekat
1 sdk cuka epal
1/2 sdk jus lemon
3 sdb butter

Cara2nya..
1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis bahan2 yang dipotong dadu sehingga naik bau.
2. Masukkan tepung gandum dan gaul rata bersama lada hitam.
3. Tuang air panas, kiub lembu, uht whipping cream dan biar adunan mendidih sebentar.
4. Tambahkan sos worcestershire, kicap pekat, cuka epal dan jus lemon, gaul sebati dan biarkan mereneh.
5. Akhir sekali tambahkan butter dan gaul sehingga butter cair, renehkan lagi dalam 8 minit.
6. Angkat dan tuangkan keatas daging.
7. Hias bersama brokoli, coleslaw, jagung rebus dan tomato panggang.


selepas merasai semasa berbuka tadi, 
sos ini akan jadi sos untuk resepi western kami sekeluarga akan datang.

Bahan2 coleslaw..
200 gm kobis putih dan ungu - hiris halus
100 gm lobak merah - sagat halus
20 gm gula kastor
1/2 sdk lada sulah
20 gm susu segar
80 gm mayonis
30 gm yogurt
1 sdk cuka epal
1/2 sdk jus lemon

Cara2nya..
1. Satukan kobis putih, kobis ungu dan lobak dalam bekas besar. Ketepikan.
2. Dalam bekas lain, satukan bahan-bahan selebihnya dan gaul sehingga semua bahan sebati.
3. Tuang ke dalam bekas sayuran dan gaul sebati.
4. Tutup dengan plastik dan sejukkan dalam peti sejuk lebih kurang 2 jam.
5. Keluarkan dan hidangkan.


coleslaw pun boleh tahan..i suka..

Bahan2 lain..
10 potongan brokoli*
1 batang jagung - potong 3* - *cuci bersih - rebus bersama sedikit garam - toskan - jagung sapu butter
10 biji baby tomato - panggang


Thursday 2 August 2012

SAMBAL SOTONG

As-salam semuaa..
Jeng jeng jengg..sambal sotong memang kegemaran anak-anak..mama dan papa pun suka jugak hehe, dari dulu kebiasaannya kalau ada sotong kami akan masak sambal sahaja, jarang sekali kalau buat menu yang lain.

Mula-mula tadi terfikir nak buat kari sotong, sekali bila i kata pada anak-anak terus mereka menjerit "takkkk nakkkkkkk"..hehehhe..memang dah tahu kari sotong memang anak-anak tak makan..saja jerrr hehe..yerla asyik sambal sambal sambal..anak-anak memang tak jemu dan tak pernah jemu, hairan sungguh laaa..


Bahan2..
1 kg sotong - potong - cuci bersih - toskan
2 biji bawang merah besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia* - *tumbuk lumat
1 batang serai - diketuk
30 tangkai cili kering - rendam air panas - toskan - kisar halus @ 6 sdb cili kisar
4 sdb gula
1 sdk perasa
1 sdk garam
1 sdb pati asam jawa ADABI
1 biji bawang holland - potong bulat

Cara2nya..
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan yang ditumbuk lumat bersama serai sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kering kisar, biarkan sehingga cili masak selama 10 minit.
3. Tambahkan gula, perasa, garam dan asam jawa, gaul sebati.
4. Masukkan sotong, gaul bagi rata dan biarkan mereneh selama 10 minit.
5. Akhir sekali masukkan bawang potong, gaulkan dan biarkan lagi 5 minit.
6. Siap untuk hidangan.


harap-harap rasanya okee..


yang nih pulak siakap goreng, i tambahkan sedikit rempah ayam goreng dari KAK PAU dan dicicah bersama air asam..sluurrppp..

KUAH ASAM

Bahan2..
1 biji bawang merah besar*
2 ulas bawang putih*
10 biji cili api* - *potong dadu
1 sdb pati asam jawa ADABI
1 sdb belacan - bakar
1 sdb kicap manis
1 sdk kicap pekat
2 sdk gula
1 sdk jus lemon
1 cawan air panas

Cara2nya..
1. Satukan semua bahan-bahan dalam mangkuk, gaul sebati.
2. Siap dihidangkan.

KAILAN SOS TIRAM

Assalamualaikum semuaa..

Sekejap saja sudah Ramadhan ke 13 kan, begitulah masa yang cepat berlalu, rasanya macam baru semalam mula berpuasa..

Salah satu menu untuk hari ini atas permintaan anak Awin..jom lihat..


Bahan2..
1 bungkus baby kailan - cuci bersih - rebus - toskan - susun dalam piring
1 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 cm halia*
1 biji cili merah besar* - *potong dadu
3 sdb sos tiram
1 sdb sos kicap manis
1 sdk sos ikan
1 sdk kicap pekat
Sedikit air

Cara2nya..
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan yang dipotong dadu sehingga naik bau.
2. Tambahkan sos tiram, kicap manis, sos ikan, kicap pekat dan sedikit air, gaul sehingga semua sebati dan mendidih.
3. Tutup api dan tuang atas kailan yang telah disusun tadi. Siap dihidangkan.