Followers

Sunday 7 September 2014

CONGO BARS

Assalamualaikum..
Hari ini dapat pula i sediakan menu atas permintaan Awin dan dalam masa yang sama i buat lebih untuk jualan buat sahabat-sahabat.

Resepi masih i kekalkan dengan RESEPI LAMA cuma i buat penolakkan dan penambahan mengikut citarasa dan keperluan yang ada. Alhamdulillah sangat tidak menghampakan.








Bahan-bahan..
150 gm mentega
250 gm gula perang
3 biji telur A
1 sdk esen vanilla
300 gm tepung gandum*
2 sdk baking powder*
1/2 sdk garam*
1/2 sdk spekuk @ serbuk kulit kayu manis*
30 gm nescafe 3 in 1*  - *satukan n ayak
200 gm coklat chip
150 gm kacang pecan - bakar - hancurkan
130 gm kranberi kering


Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk pengadun, pukul mentega dan gula perang sehingga sebati.
2. Masukkan telur satu persatu bersama esen vanilla, pukul lagi dalam anggaran 5 minit.
3. Masuk pula adunan tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata dengan spatula atau menggunakan pengadun dengan kelajuan paling perlahan.
4. Akhir sekali, masukkan coklat chip, kacang pecan dan kranberi kering, gaul rata.
5. Alas loyang 14x10x1 inci dengan kertas minyak dan oleskan mentega atau 'spray cooking' kemudian tuang adunan, ratakan supaya sama tinggi.
6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dgn suhu 170C selama 40 minit atau sehingga keperang-perangan.
7. Keluarkan dari oven dan potong mengikut kesesuaian.







Untuk jualan kali ini i buat jualan mini iaitu 1 keping Congo Bars ini bersaiz 2.5 x 2.5 inci dengan harga RM2.00 sahaja. Kepada yang berminat boleh terus hubungi i di talian 016-7614744 untuk pengambilan ya.

No comments:

Post a Comment