Followers

Sunday, 19 June 2016

KUIH KERIA

Assalamualaikum..

Jalan-jalan sekejap nak simpan resepi hokey..


KUIH KERIA
(Sumber : QASEY HONEY)

Bahan-bahan keria..
250 gm keledek oren - rebus - toskan - lecekkan - sejukkan
1 sdb tepung ubi
80 gm tepung gandum - ayakkan
1/2 sdk garam

Bahan-bahan gula..
80 gm gula kastor
3 sdb air

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk besar, satukan kesemua bahan-bahan keria dan uli sebati sehingga adunan tidak melekat ditangan. Tambah sedikit tepung jika adunan lembik.
2. Timbang adunan sebanyak 40 gram untuk sebiji, bulatkan, leperkan dan buatkan bulat ditengah-tengah. Susun dalam loyang dan buat sehingga selesai.
3. Goreng dalam minyak yang penuh dan sederhana panas kemudian toskan,
4. Dalam kuali pula, satukan gula dan air, biar sehingga mendidih dan pekat.
5. Masukkan keria, gaul rata sehingga kelihatan gula itu bertali.
6. Tutup api dan terus kacau sehingga gula mengering dan menyaluti keria.


1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete