Followers

Sunday, 19 June 2016

KUIH BAKAR PANDAN

Assalamualaikum..

Kembali bersiaran setelah lama sungguh berehat. Bukanlah sibuk tapi buat-buat sibuk hahaha..desktop asyik anak aje yang 'konker'..mama nak usik pun tak boleh..sekarang dia buat paswed tau dak..haizzz..ditanya baru kasik.

Kita nak simpan resepi pun nak kena tunggu dia..kalau tak simpan nanti lupa..aduhh anakk oh anakkk..

Itu aja nak tulis..puasa-puasa nih tenaga kurang..nak angkat jari pun penat harharhar..melampau kann..





KUIH BAKAR
(sumber : CIKEPEL)

Bahan-bahan..
250 gm air*
10 helai daun pandan* - *satukan dalam pengisar - kisar halus - tapis - ambil jus
1 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum
200 gm santan KARA
250 gm air
3 biji telur
2 sdb mentega - cairkan
1/2 sdk garam
1 sdk pandan KOEPOE

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk besar, satukan kesemua bahan-bahan dan kacau sehingga sebati. Jika masih tidak halus, boleh masukkan dalam pengisar dan kisar sehingga halus.
2. Sediakan loyang bersaiz 8 x 8 inci dan oleskan dengan mentega kemudian panaskan loyang 10 minit dalam oven.
3. Tuang dan tapiskan adunan dalam loyang dan taburkan bijan.
4. Bakar dengan suhu 180C selama 40 minit atau sehingga masak.
5. Keluarkan dari oven, sejukkan atas redai dan bila sejuk sepenuhnya baru dipotong.

No comments:

Post a Comment