Followers

Friday 24 October 2014

JERUK MANGGA ASAM BOI

Assalamualaikum..
Neno neno nenooo..virallllll gilerrr yuuuu sekarang nih Jeruk Mangga Asam Boi!! Kalau kat FB tu newsfeed penuhh dengan jeruk pelbagai buah yang macem macem nihh..haiiizzz sakit pipi-pipi i tau..

Kita sebenarnya memang tak suka makan masam-masam nih walaupun masa preggy..issshh idak ler teman nak ngunyah masam-masam tu..tapi dek kerana tak tahan tengok u all buat dan dalam masa yang sama suami kita memang suka jeruk. Kalau kita kemana-mana dan jumpa stall yang jual jeruk-jeruk nih memang akan beli.

Ok..resepi pulak dan berlambak-lambak macam kat pasar tani dah kat sekitar FB dan blogger-blogger nih..sambar jer mana-mana. I pulak pening tak tahu nak sambar yang mana. Akhirnya i buat ikut sukatan sendiri aje..gasakk!!


yang nih x sempat 2 jam pun kita dah keluarkan..pastu kita goncang-goncangkan gula pun tak larut lagi hahahha..

Bahan-bahan..
3 biji mangga muda sederhana besar - buang kulit - cuci bersih - hiris nipis - toskan air
3/4 cawan gula
1/4 sdk garam
4 biji cili api merah*
4 biji cili api hijau* - *hiris halus
15 biji asam boi putih

Cara-caranya..
1. Dalam mangkok besar, satukan kesemua bahan-bahan diatas dan gaul bagi sebati.
2. Masukkan dalam balang yang sesuai dan simpan dalam peti sejuk semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam.






dalam bekas ini 250 gram hanya RM5.00 sahaja..

11 comments:

  1. sedapnya..memang fenomena jeruk asam boi ni..nak buat jugak la nanti..

    ReplyDelete
  2. Alahai asam boi la plak...terus terliur dibuatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah sis..ramai yg terliur nih heheh..

      Delete
  3. fuiyooo..demam jeruk mangga asam boi sudah mari sini..meleleh akak tgk wehh! nak wat sendiri xtau bila..huhu!

    ReplyDelete
  4. Saya berulang kali buat....memang sedap, kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis..kita pun terjebak laa..dh perap rasa manis pulak heheh..

      Delete
  5. sama la kita kak shu.. bkn peminat jetuk2 ni tapi somi saya macam somi akak pantang jumpa stall jeruk mesti beli jeruk asam kelubi... mesti kena try ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis..kita mmg x bule nk mkn masam2..sakit pipi..

      Delete