Followers

Thursday, 20 February 2014

KEK LAPIS PELANGI

Assalamualaikum..
Ketemu lagi kita untuk hari ini ya. Sebenarnya hidangan kali ini pun adalah hasil dari yang lepas. Hari ini yang berkesempatan nak update. Hidangan buat keluarga yang datang ziarah masa Tahun Baru Cina yang lepas. Jangan mintak-mintak hokey..dah habis dah..baja pun takde kehkehkeh..

Untuk pertama kali i buat kek lapis pelangi ini, dan i pun sangat tak pandai dalam pembuatan kek-kek lapis. I cuba mencuba dan terus mencuba. Kek Lapis Pelangi ini juga menjadi antara kek yang Adik suka, mungkin adik suka sebab warna kot kan.

Resepinya pula i dapat dari rumah sis QASEY HONEY yang comel lote tuuu..alaa takkan tak tahu. Apa pun terima kasih pada beliau atas perkongsian resepi ini dan i kongsikan disini ya sis. Terima kasih sekali lagi. Untuk pengetahuan i ada buat ubahsuai dari segi cara-cara dan penambahan spekuk. Jika ingin resepi asal dan cara-cara yang asal sila ke rumah sis Qasey Honey ya..









Bahan-bahan..
10 biji telur A
150 gm gula kastor
1 sdb ovallete
500 gm mentega
300 gm susu pekat manis
150 gm serikaya
1 sdk perasa vanilla 
300 gm tepung hong kong*
100 gm serbuk horlick*
1 sdk spekuk* - *satukan dan ayak
1 sdk pewarna ungu
1 sdk pewarna biru
1 sdk pewarna hijau
1 sdk pewarna kuning
1 sdk pewarna oren
1 sdk pewarna merah
100 gm mentega @ jem - untuk dioles

Cara-caranya..


1. Dalam mangkuk mixer, pukul telur bersama gula kastor dan ovallete sehingga naik sekali ganda seperti dalam gambar. Ketepikan.

2.Dalam mangkuk mixer yang bersih, pukul mentega bersama susu pekat manis sehingga putih berkrim dan kemudian masukkan serikaya dan perasa vanilla dan pukul lagi sehingga sebati.
3. Masukkan adunan telur tadi sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk adunan mentega dan pukul sehingga kedua-dua adunan sebati.
4. Masuk pula adunan tepung sedikit demi sedikit dan pukul dengan kelajuan perlahan sehingga adunan tepung sebati dengan adunan yang lainnya.


5. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dimana satu bahagian adalah sebanyak 340 gram dan berikan 1 warna kepada 1 bahagian.

6. Sediakan loyang bersaiz 8 x 8 x 3 inci yang telah dioles dengan mentega atau 'spray cooking' dan lapikkan kertas minyak serta oleskan sekali lagi.
7. Tuang separuh bahagian untuk satu warna sebanyak 170 gram bermula dengan warna ungu kedalam loyang dan ratakan. Ini bermakna satu warna mempunyai 2 lapisan. Warna kedua ialah biru, hijau, kuning, oren dan merah atau anda boleh la mengikut turutan warna yang anda suka.
8. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C dengan api atas bawah selama 8 minit dan api atas sahaja selama 5 minit. Proses dan masa pembakaran mengikut kesesuaian oven masing-masing.
9. Keluarkan loyang dari oven, tekan-tekankan kek dengan penekan kek lapis atau perata fondant dan oleskan bahagian atas kek dengan mentega @ jem.
10. Isikan separuh bahagian yang berbaki tadi, ratakan dan bakar semula dalam oven dengan suhu 200C dan hanya dengan api atas sahaja selama 15 minit. Ingat! Proses pembakaran mengikut kesesuaian oven masing-masing.
11. Ulangi langkah 9 dan 10 sehingga habis keenam-enam warna.
12. Sapu mentega @ jem pada lapisan terakhir kek lapis dan bakar dengan api atas dan bawah dengan suhu 180C selama 5 minit dan api atas sahaja selama 5 minit.
13. Keluarkan dan sejukkan kek atas redai selama 10 minit baru dikeluarkan kek dari loyang.
14. Biarkan sejuk sepenuhnya dan bolehlah dipotong untuk hidangan.



Terima kasih juga pada jiranku yang sudi tempah kek rainbow dibawah buat ayahnya..




2 comments:

  1. salam kak..

    nampak cantik kek lapis pelangi tu..kemas lapisan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm wbt sis..
      Terima kasih tp masih byk kekurangan lg la sis..

      Delete