Followers

Sunday 5 January 2014

CHERRY CLAFOUTIS

Assalamualaikum..
Di Negeri Johor, hari ini hari pertama anak-anak bersekolah pada hari Ahad. Permulaan yang baru. Kebiasaannya hari Ahad hari berkeluarga tapi kini hari Ahad adalah hari waktu persekolahan dan berkerja..tapi mama tak kerja..mama dok rumah aje hihi..

Dek kerana semacam boring di rumah, pagi-pagi buta gelap gelita rentung duniawi ini, i dah mula ber'baking'. Menu ini sebenarnya Awin yang nak buat sebab dia yang skodeng hehehe..tapi semalam Awin dah balik kampus..so mama la yang mewarisinyaaa..mesti Awin jeles kan..

Awinnn Awinn..meh la tengok nih..mama dah buat.., 
Eh! eh! macam Awin dengar i jerit-jerit kann..
eh! kalau i jerit u all pun tak dengar kan kikikiki..
dah la dah laa..










Bahan-bahan..
500 gm cherry - cuci bersih - buang tangkai - belah separuh - keluarkan biji
60 gm tepung gandum*
10 gm tepung kastard* - *satukan dan ayak
100 gm gula kastor
1 sdk garam halus
3 biji telur
1 sdk esen vanilla
50 gm uht whipping cream
300 gm susu segar
1 sdb snow sugar - hiasan

Cara-caranya..
1. Susun buah cherry yang telah dibuang biji kedalam bekas 'casserole' yang telah di gris dengan mentega atau 'spray cooking' atau loyang yang sesuai. (lebih kurang 8 inci).


2. Dalam mangkuk sederhana, satukan tepung gandum, tepung kastard, gula dan garam, gaul rata.
3. Tambahkan telur sebiji-sebiji dan gaul sehingga telur sebati dengan adunan kering.


4. Tambahkan esen vanilla, uht whipping cream dan susu segar, gaul sehingga adunan semua rata dan sebati.


5. Tuang adunan dalam bekas 'casserole' yang berisi buah cherry tadi.

6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 50 minit.
7. Keluarkan dan biarkan sejuk kemudian ayakkan 'snow sugar' diatas 'clafoutis'.
8. Potong dan hidangkan untuk hidangan petang.


Melalui info Wikipedia.
Clafoutis berasal dari rantau Limausin Perancis yang membawa maksud pencuci mulut dalam bahasa Perancis. Pencuci mulut yang dibakar bersama ceri hitam bersama puding karamel yang tebal.

12 comments:

  1. InshaaAllah permulaan yg baik utk warga joho bila bercuti hari jumaat (teringat sekitar penghujng 80an, awal 90an, cuti sekolah mmg jumaat & sabtu).. Lagi best kalau non goverment join sekali cuti jumaat tu.. baru cuti 1 keluarga dapat dimanfaatkan dengan baik :)
    Kak, kecur lak tengok pic CHERRY CLAFOUTIS ni.. mesti sedapkan kn.. erm, boleh tak cherry tu ganti dengan anggur.. tengah banyak stok anggur ni.. hehee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju tu sis..
      Kalau yg swasta ikut sekali lagi bagus kan..sbb kesian juga dgn family yg cuti ahad tp anak2 pula sekolah..kalau semua diwajibkn, lg teratur..

      Kecurkan..haaaa..clafoutis nih mmg sedap..bule tuka buah2 lain juga, akak pun terfikir lepas nih nk buat anggur pulak..

      Delete
  2. sedapnya nak sebut pun susah hahaha nampak sedap sangat pencuci mulut ni kena cari ceri dulu lah baru boleh buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillahh..mmg sedap Kak Noor..
      Harus di coba..nk sebut belit2 kejap ya..kikiki..

      Delete
  3. Replies
    1. Awinnnn..u dgr i jerit nama u ya hehehe..

      Delete
  4. Boleh meleleh liur dibuatnya...mewah cerry clafoutis tu....

    ReplyDelete
  5. salam...knapa lama menyepi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis..
      maaf sis..i x berapa sihat..hari ini baru kembali semula ke blog..

      Delete