Followers

Wednesday 5 June 2013

CHOCOLATE CHIP MUFFINS

ASSALAMUALAIKUM..
Wahhh!! mood membuat muffin pulak sekarang kan, yerla..sejak i dah tahu punca utama untuk menjadikan muffin yang montok dan membukit, i rasa tak mahu melepaskan "saspek utama" nih, mungkin ramai dah sahabat-sahabat yang sudah tahu sebelum nih..cuma setakat nih belum lagi ada yang sudi berkongsi secara mendalam.

Walau macamana pun bersyukur kerana dengan secara tidak sengaja dan secara membuta tuli telah terkeluar teknik membuat muffin yang montok begini. Alhamdulillah.

Malam ini walaupun sebenarnya penat dengan tempahan, i merajinkan diri untuk buat satu lagi jenis muffin untuk dibawa ke Kuala Lumpur esok sebagai bekalan kami sekeluarga.
Untuk yang ingin mencuba, dapatkan "saspek utama" dulu ya sis semua, jom cuba, resepi asal DISINI..




yang nih i koyakkan kemontokkan..



Bahan-bahan..
250 gm susu segar
90 gm butter cair @ minyak jagung
1 biji telur A
1 sdk esen vanilla
250 gm tepung gandum*
2 sdk serbuk penaik*
1/2 sdk serbuk soda*
2 sdb serbuk koko* - satukan dan ayak
150 gm gula kastor
150 gm coklat chip
50 gm coklat chip - tabur

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk besar, satukan susu segar, butter cair, telur dan esen vanilla, pukul sehingga sebati.
2. Gaul bahan-bahan kering yang telah diayak bersama gula kastor dan coklat chip.


3. Tuang adunan basah kedalam adunan kering dan gaul rata, JANGAN TERLEBIH GAUL.

4. Sediakan loyang muffin bersama papercup dan tuang adunan dengan isian yang sangat penuh.
5. Taburkan coklat chip sebagai hiasan.
6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 190C selama 20 minit atau sehingga muffin masak.
7. Kelurkan dari oven dan sejukkan atas redai.


loyang muffin yg i gunakan..
papercup saiz M dan menghasilakn 18 biji muffins..



14 comments:

  1. salam..

    memang montok mufin tu..mufin yang mewah dengan rasa coklat..nyum-nyum.

    ReplyDelete
  2. Assalam papercup saiz M no. berapa, tqvm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..maaf sis plastik pd papercup tu dh hilang..

      Delete
  3. Assalamualikum...aduhai..sedapnya......

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum....aduhaiiiiii...cantik menggunung ngan taburan chippp..terus rasa nak ngapppp je

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis..kena cuba dulu br bule ngap sis hihi..

      Delete
  5. Assalamualaikum..

    Terima kasih sudi berkongsi resepi muffin..nampak mudah tapi memerlukan teknik yg betul..

    Saya telah beberapa kali buat muffin, masih ada yg kurang memuaskan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis..
      Pada pendapat i, loyang muffin yg menjadikan muffin naik gebu bukan resepi sis..dr dulu i juga dah byk kali mencuba tp sering tdk memuaskan..tp kini syukur alhmdlh..

      Delete
  6. Assalam sis,
    wah cantik naik betul muffin sis ni!!..
    oh itu loyangnya yang digunakn ..ok ok kalau naik Kl, kita nak cari jugalah..heheh..kalau tak salah satu lagi teknik kalau nak mufin naik gebu macam tu..salah satu lobang acuan mufin tu disini dengan air..mufin akan naik gebu macam tu juga..ini yang pernah kita cubalah..hehe..kaypo pulak orang tak tanya kan sis..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis..
      langsung x kaypo pun sis hahha..i suka..ooo letak air ya..mcm waterbath ke sis??

      Delete
  7. Hahaha bukan waterbath sis .. Tapi salah satu lubang acuan tu diisi dgn papercup yg diisi air aje. The rest lubang acuan tu isi adunan mcm biasa.. Bila dibakar nanti adunan akan naik gitu... Itu aje sis.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha oooo tu la..mak kompius kejap tau..

      Delete