Followers

Wednesday 19 December 2012

ROTI MOCCA

Assalamualaikum semuaa..
Lamanya i tak buat roti, hari ini memang terlalu rajin untuk buat macam-macam, mana tidaknya, menu tengahari tak masak, tu yang i rajin buat lain hehehe..

Kali ini i buat roti mocca yang i belajar dulu dengan chef Peter Lim tapi adunan mocca tu i pelajari dari chef Fauziah dan i gandingan bersama. Jom lihat..


memang lembuttt..


Bahan-bahan roti..
250 gm air + ais batu
1 biji telur - pukul sedikit
5 gm garam halus
500 gm tepung roti*
15 gm susu tepung* - *satukan dan ayak
130 gm gula kastor
5 gm improver
12 gm yis kering
100 gm mentega

Cara-caranya..
KAEDAH BREADMAKER
1. Tuang air dan ais batu dalam bekas mesin breadmaker.
2. Di ikuti dengan bahan-bahan yang lain, pastikan garam dan yis duduk berjauhan.
3. Masukkan bekas breadmaker dalam mesin, tekan setting 'bread dough' dan biarkan selama 1 1/2 jam.
4. Keluarkan doh, tumbuk-tumbukkan doh supaya angin keluar.
5. Ambil doh seberat 50 gm dan susun dalam loyang dengan jarak 3 inci.
6. Buat sehingga habis dan biarkan doh naik sekali ganda.
7. Paipkan adunan mocca secara membulat dari tengah-tengah roti sehingga separuh bahagian roti.
8. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 25 minit atau sehingga masak.
9. Keluarkan roti dan sejukkan atas redai, jika roti kosong sapu atas roti dengan susu segar.

KAEDAH BIASA
1. Satukan tepung, susu tepung dan yis dalam mixer dan gaul rata.
2. Masuk pula gula, garam dan bread improver dan gaul rata lagi.
3. Tambahkan telur, tuang air dan ais batu sedikit-sedikit dengan kelajuan sederhana selama 15 minit.
4. Masukkan mentega dan pukul dengan kelajuan perlahan sehingga doh elastik.
5. Titiskan 1/2 sdk minyak jagung ditepi-tepi bekas mixer supaya doh tidak melekat.
6. Rehatkan doh selama 10 minit.
7. Seterusnya ikuti KAEDAH BREADMAKER dari nombor 4 sehingga 9.

Bahan-bahan mocca..
100 gm butter
50 gm gula aising - ayakkan
3 biji putih telur
100 gm tepung roti - ayakkan
5 gm serbuk nescafe + 2 sdb air panas
Secubit garam
1 sdb mocca emulco

Cara-caranya..
1. Dalam mixer, pukul butter dan gula aising sehingga lembut.
2. Masukkan putih telur berselang seli dengan tepung roti, pukul lagi.
3. Masuk pula bancuhan nescafe, garam dan mocca emulco dan pukul sehingga sebati.
4. Masukkan adunan dalam piping beg dan siap digunakan.


adik tak mahu yang ada mocca..berbiji-biji adik makan..



2 comments:

  1. Kak Shu,
    ogyep pun macam dah begitu lama tak buat roti.. Nak kena asah skill semula ni.. takut tumpul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kite kan sis..nih pun hampir2 tumpul dh nih hihi..

      Delete