Maaf lama sangat updated pelbagai resepi, maaf juga kepada yang tertunggu2, kepada yang whatsapp, sms dan pm i kat FB..memang sibuk sikit..hari ini Alhamdulillah i dapat updated entry-entry yang tertunggak..hehehe..bukan bil api air saja yang tertunggak tau hehehe..
Bahan2..
3 biji telur A
130 gm gula kastor
1/2 sdk esen vanilla
150 gm tepung gandum*
1 sdk baking powder* - *satukan dan ayak
150 gm butter - cairkan - sejukkan
50 gm cheddar - sagat kasar
Bahan2 hiasan..
150 gm cheddar - sagat kasar
10 gm serbuk kulit kayu manis
Cara2nya..
1. Buat ganache terdahulu, boleh juga guna buttercream.
2. Dalam mangkuk, pukul telur, gula dan esen vanilla dengan whisk sehingga gula larut.
3. Masukkan adunan tepung sedikit-sedikit dan kaupbalikkan sehingga sebati.
4. Tuangkan butter yang telah dicairkan dan adun sebati, jika berbintil gunakan mixer dengan kelajuan paling rendah selama 10 saat.
5. Tambahkan cheddar sagat dan kaupbalikkan.
7. Sapukan ganache atau buttercream diatas cupcake, taburkan cheddar dan ayak sedikit serbuk kulit kayu manis ditengah-tengahnya. Siap dihidangkan.
Bahan2 ganache..
300 gm dark chocolate compound - sagat halus
200 gm UHT whipping cream
50 gm butter
Cara2nya..
1. Panaskan whipping cream dalam periuk sehingga panas dan berbuih ditepi2 periuk.
2. Tuang dalam coklat yang disagat bersama butter dan gaul sehingga adunan larut.
3. Sejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit atau sehingga sedikit keras.
Bahan2 buttercream..
200 gm krimwell
100 gm shortening
50 gm butter
200 gm susu pekat
Cara2nya..
1. Pukul krimwell, shortening dan butter sehingga sebati.
2. Tuang susu pekat dan pukul lagi dengan kelajuan paling tinggi selama 8 minit.
3. Siap digunakan.
cheddar yang i gunakan..
resepi asal dari buku terbaru CHEF ALEX GOH..
antara tetamu2 yang hadir..
staff2 dari TA-Q-BIN JB branch..
Assallamualaikum...
ReplyDeleteDatang nak testing boleh komen ke tak ni...
wslm wbt sis..
Deletekite pun nk testing reply jugak hehe..
Yeeeeehhhhh...boleh komen dah sis..hihihiii....
ReplyDeleteyeahh alhmdlhhh..itu puncanya ya sis, br la tahu..terima kasih ya sis ajarkan i hehe..
Deletemau cup cake nya, nanti kalo Melly pergi Johor mau singgah rumah akak ,mau makan cake yg yummy yummy..hehe
ReplyDeleteambil dikit ya melly..kapan2 ke johor jgn lupa bilang ya..kita ketemu..
DeleteAssalam sis,
ReplyDeletewaduh kalau singgah sini aje mesti mulut ternganga, tengok cake2 dan cupcake dan semua jenis cake lah..tau..
selamt hari raya ya sis, maaf zahir batin sekria ada salah dan silap..:)
wslm wbt sis ayu..
Deletewaduhhh..kek kita biasa2 aje sis..kek2 sis lg meletup..
selamat hari raya juga buat sis n family ya, maaf zahir batin..