Followers

Friday, 3 January 2014

RENDANG DAGING PEDAS

Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah..akhirnya i dapat membuat rendang daging mengikut citarasa anak-anak dan suami. Ceritanya macam nih, kelmarin..i ketandusan idea nak masak..jadi i tekad nak buat rendang sebab teringin sangat-sangat nak makan.

Awin kata..,
"Mama..tak payah la masak rendang..nanti tak jadi macam sebelum-sebelum nih"
I pun jawab laa..
"Alaaa..mama nak masak rendang jugak"

Awin pun berkeras kata tak payah..tak payah..

Akhirnyakan..i buat derk aje dengan Awin dan terus masak..
Dah siap masak kan, i pelawa Awin makan, Awin macam nak tak nak, last-last Awin rasa dan makan juga..dia ambil la nasi sesenduk dan rendang sikittt..sekali dah rasa..haaaaaaa siap tambah sepinggan penuhhh uu harharhar..kannn dah kena penangan air tangan mama hahahha..

Malam suami balik..suami i pun rasa..Alhamdulillah suami kata sedap..suke suke suke tau..kembang setalamm hahaha..

So pagi tadi kami sekeluarga pergi Aeon..dalam kereta dok berborak-borak la..suami tanya nak beli apa..i kata nak beli daging (sebab family kami memang semuanya suka daging) so suami kata ok laa..beli daging lebih dan masak rendang macam kelmarin..suami kata sedapppp..gilaaa uuu i kembang sebesen pulakkk hahahha..

Maka malam ini siap sedia la Rendang Daging Pedas kamiii..Awin pun nak tapau bawak balik kampus..Alhamdulillah..akhirnya i dapat juga buat rendang kegemaran keluarga, kalau tidak sebelum-sebelum nih suami yang masak..Syukurrr..





Bahan-bahan..
1 1/2 cawan minyak masak
1 kilo daging batang pinang - hiris nipis dan lebar
10 biji bawang merah besar sederhana*
15 ulas bawang putih*
2 inci halia*
2 inci lengkuas*
10 biji cili api*
1 sdk lada hitam*
6 batang serai*
1 cawan air* - *kisar lumat
3 cawan cili kering kisar
5 sdk ketumbar**
3 sdk jintan manis**
3 sdk jintan putih** - **kisar kering dan sangaikan sehingga naik bau
600 gm santan KARA
2 sdb gula merah
3 sdk garam
1 sdk perasa
2 keping asam gelugor
5 helai daun kunyit - buang urat tengah dan hiris halus
3 sdb kerisik

Cara-caranya..
1. Sediakan kuali besar, sangai ketumbar, jintan manis dan jintang putih yang telah dikisar halus. Angkat.
2. Panaskan minyak dalam kuali yang sama, tumis bahan-bahan bawang yang telah dikisar lumat sehingga naik bau kemudian masukkan cili kering kisar. Masak sehingga cili dan bawang sedikit garing.
3. Masukkan bahan-bahan yang disangai tadi dan biarkan lagi dalam 8 minit.
4. Tambahkan daging, gaulkan sehingga daging rata dan sebati. Masakkan sehingga air daging keluar dan sehingga air daging mengering.
5. Masukkan santan dan gaul sebati dan rata. Renehkan sehingga sedikit kering.
6. Apabila sudah separuh kering, tambahkan gula merah, garam, perasa, asam gelugor dan daun kunyit. Gaul rata lagi dan biarkan daging mengering lagi.
7. Akhir sekali, masukkan kerisik dan gaul sebati dan sehingga kering. Bila sudah masuk kerisik pastikan rendang sentiasa digaul, ini kerana rendang akan mudah melekat di kuali.


Nota :-
- Jika suka boleh tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
- Nak tambah daun limau purut juga boleh.
- Tambahan buah keras juga boleh didalam bahan-bahan bawang.

4 comments:

  1. Salam! Kalau dah kena puji begini memang bersemangatlah ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm wbt sis..
      Memang sisss..rasa puashati hihi..

      Delete
  2. Kak..nak resepi mini pretzel bole x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pretzel tu beli siap aje ygg pastu celup coklat..

      Delete