Followers

Sunday 8 February 2015

CHILLED OREO CHEESECAKE

Assalamualaikum..
Memang lama sangat tak buat cheesecake, baik untuk makan-makan atau untuk jualan. Semalam Awin tiba-tiba terindu nak buat cheese cake..jadi i pun sediakanlah mana-mana bahan yang tidak cukup.

Dan kebetulan juga nak hantar tempahan cheese tart pada customer merangkap kawan kepada my sis..so i pun suruh Awin buat lebih untuk di beri pada my sis sempena ulangtahun beliau. Selamat ulangtahun ya kakkk muuaahh..









Bahan-bahan..
300 gm biskut oreo - hancur halus
80 gm mentega - cairkan
360 gm cream cheese
300 gm uht whipping cream
1 sdk jus lemon
80 gm gula kastor
2 sdk gelatin*
60 gm air panas* - *satukan dan cairkan secara double boiler
150 gm coklat putih - cairkan secara double boiler
150 gm biskut oreo - patah-patahkan

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk, satukan biskut oreo yang talah hancur halus bersama mentega dan gaul sebati.
2. Sediakan loyang springfoam bersaiz 8 inci, isikan adunan oreo dan ratakan pada dasar loyang sehingga ketepi-tepi loyang dengan menggunakan perata fondant.
3. Sejukkan dalam peti sejuk sementara menyediakan adunan cheese.
4. Dalam mangkuk pengadun, masukkan cream cheese dan pukul sebati.
5. Tuangkan uht whipping cream bersama jus lemon dan gula, pukul lagi sehingga gula larut.
6. Masukkan cairan gelatin dan gaul rata diikuti coklat putih yang telah dicairkan dan pukul rata.
7. Matikan mesin pengadun, keluarkan loyang biskut yang disejukkan tadi dan tuang adunan cheese separuh bahagian.
8. Tenggelamkan sebahagian biskut oreo yang telah dipatah-patahkan kedalam adunan cheese.
9. Tuang kesemua baki adunan cheese, ratakan dan susun lagi biskut oreo diatasnya.
10. Sejukkan semula cheese cake dalam peti sejuk semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam.
11. Sedia dipotong dan dihidangkan.





8 comments:

  1. Replies
    1. Betul tu kak Nooriah..mmg wajib makan sejuk2..

      Delete
  2. Menawannya dan sungguh menggoda jiwa nk merasanya..

    ReplyDelete
  3. sis kalo cheese cake ni xletak dlm peti ais letak kt luar jer suhu bilik dia cair x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau chilled cheesecake mmg tak bole letak luar ya sis..nti akan jd lembik..kecuali kalu yg baked ok letak luar ya..

      Delete