Followers

Wednesday 4 December 2013

BERRIES WHOLEMEAL BREAD PUDDING

Assalamualaikum dan selamat pagi sahabat-sahabat.
Bulan 12 nih boleh dikatakan hari-hari hujan kan. Bila dah hujan badan pun menjadi lesu (i laa..nak rehat jer kejenya kiki), dah la lesu kemudian asyik lapar aja..betul tak? tak kira masa laparnya huhu..mana tak gebu..

Bila dah hujan sedap makan pelbagai makanan yang manis, jadinya semalam i buat satu menu yang sudah lama i tak hidangkan, dengan tambahan beri-beri segar, rasanya sungguh sedap di tambah pula dengan sos coklat putih, lagilah bertambah sedap.












Bahan-bahan..
15 keping roti gandum - potong dadu
100 gm blueberri
100 gm raspberri
100 gm cranberri
800 gm susu cair IDEAL
4 biji telur A
130 gm gula perang
50 gm mentega - cairkan
1 sdk SPEKUK - boleh diganti dengan serbuk kulit kayu manis @ nutmeg
2 sdk esen vanila

Cara-caranya..


1. Tabur rata roti bersama blueberri, raspberri dan cranberri dalam bekas tahan panggang bersaiz 12x10 inci ataupun loyang yang sesuai yang telah dioles mentega atau 'spray cooking'.

2. Dalam bekas besar yang lain, satukan susu cair bersama telur, gula perang, mentega cair, spekuk dan esen vanila, pukul rata dan sebati.


3. Tapis dan terus tuang kedalam bekas berisi roti dan rehatkan selama 20 minit.

4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 30-40 minit.
5. Biarkan sejuk dari panas kemudian sejukkan dalam peti sejuk semalaman untuk mendapatkan hasil potongan yang cantik.
6. Hidangkan bersama sos yang tersedia. Resepi dibawah.

Bahan-bahan sos..
400 gm uht whipping cream
30 gm gula perang
1 sdk esen vanila
1 sdk SPEKUK
130 gm coklat compound putih - hiris halus
30 gm mentega
1 sdk tepung jagung

Cara-caranya..
1. Panaskan uht whipping cream dalam pan kecil sehingga berbuih ditepi-tepi periuk.
2. Masukkan gula perang, esen vanila, spekuk dan gaul rata.
3. Masukkan coklat compound putih dan mentega, gaul sehingga kesemuanya larut.
4. Tambahkan tepung jagung dan gaul rata, renehkan sehingga sos sedikit pekat.


4 comments:

  1. Salam JC,
    dah lama tak buat puding ni , nnt boleh la try resepi ni pulak...tq ya!.

    ReplyDelete
  2. Salam Puan, bread pudding selalunya saya hanya letak kismis dan jagung dlm tin, tp resepi ini berlainan pula... pasti sedap... disamping bekenan kan resepi bread pudding ... saya juga berkenan bekas tahan panggang yang digunakan...kalau tak keberatan boleh beritahu brand ape dan kat mana Puan beli.. dah puas saya carik tp tak jumpa :)
    terima kasih... reza

    ReplyDelete
  3. Wslm wbt sis..
    Mmg x dnafikn resepi nih mmg sedap..
    Bekas i beli di kilang Claytan di Ayer Hitam, Johor sis..

    ReplyDelete