Followers

Thursday 2 January 2014

PASSION FRUIT CHEESECAKE

Bismillahhirrohmannirrohhim & Assalamualaikum..
Alhamdulillah dapat juga i updated resepi cheesecake ini. I buat awal bulan Disember yang lepas dan dibawa ke Selangor untuk hidangan ahli keluarga. Hampir lupa nak updated dan hampir lupa dimana i letak resepinya. Alhamdulillah dah jumpa..syukur..














Bahan-bahan..
300 gm biskut marie - hancurkan
125 gm mentega - cairkan
500 gm cream cheese - suhu bilik
155 gm gula kastor
1 biji kulit lemon - diparut
2 sdk jus lemon
2 sdb tepung gandum - ayakkan
5 biji telur A
125 gm uht whipping cream
100 gm markisa

Bahan-bahan topping..
1 sdb tepung jagung
80 gm air
170 gm markisa
60 gm gula kastor

Cara-cara kek..


1. Dalam mangkuk sederhana, gaulkan biskut marie dan mentega cair sehingga sebati dan tuang dalam loyang 'spring foam' bersaiz 8 inci. Ratakan biskut pada keseluruh dasar loyang dan ditepi-tepi loyang, kemudian sejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit.

2. Dalam mangkuk pengadun, satukan cream cheese, gula kastor, kulit lemon dan jus lemon, pukul sehingga lembut.
3. Masukkan tepung gandum dan pukul sebati dengan kelajuan sederhana.
4. Masukkan telur 1 biji untuk 1 minit, habiskan kelima-lima telur sambil dipukul rata.
5. Tuang uht whipping cream dan pukul lagi.
6. Akhir sekali, masukkan markisa dan gaul rata dan adunan sebati.


7. Tuang adunan dalam loyang biskut yang disejukkan tadi dan ratakan. Balut bahagian bawah loyang dengan 'aluminium foil'

8. Bakar secara 'water bath' dengan suhu 160C selama 1 jam 10 minit.
9. Tutup suis oven, keluarkan loyang kek dari loyang takungan air dan masukkan loyang kek kedalam oven semula sambil penutup pintu oven direnggangkan dan biarkan kek didalam oven selama 2 jam. Jangan risau jika bahagian tengah kek masih bergoyang. Selepas 2 jam sejukkan kek dalam peti sejuk semalaman.

Cara-cara topping..
1. Dalam periuk kecil, masak markisa bersama gula sehingga gula larut.
2. Masukkan tepung jagung yang telah di larutkan bersama air.
3. Renehkan sebentar sehingga sedikit kental.


4. Tuang atas 'cheesecake' yang telah disejukkan semalaman dan sejukkan kembali dalam peti sejuk selama 1 jam lagi.




5. Siap untuk dihidangkan.

2 comments:

  1. salam..

    menariknya kek ni..mesti sedap rasanya kan..gabungan markisa dan cheese..terbaek!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm wbt sis..
      Alhamdulillah..mmg bule tagan sedap sis..dgn masam2 manis2..

      Delete