Followers

Wednesday, 26 December 2012

NUTELLA POPCAKES

AS-SALAM..
Tinggal beberapa hari lagi anak-anak dah nak masuk sekolah kan, mesti semuanya dah siapkan persiapan untuk anak-anak. I juga begitu, Alhamdulillah semuanya sudah selesai, hanya tinggal anak-anak ke sekolah saja.

Okey..berbalik kepada entry hari ini, popcakes nih sebenarnya untuk jualan semalam tapi apakan daya tidak kesampaian untuk menyiapkannya, bukan rizki i kannn..apa pun i sempat menyiapkan sedikit untuk tatapan sahabat-sahabat.., jom tengok cara popcakes i..






Bahan-bahan..
1 biji kek coklat - hancurkan (klik disini untuk resepi kek coklat)
100 gm cream cheese*
50 gm gula aising - ayakkan*
100 gm nutella* - *satukan dan pukul sebati
300 gm coklat compound - potong kecil
20 gm butter
Batang lolipop secukupnya
Riben - hiasan

Cara-caranya..
1. Satukan kek coklat, adunan * yang dipukul sebati (cream cheese, gula aising dan nutella) dalam mixer.
2. Pukul sehingga adunan semuanya rata dan lumat.
3. Ambil adunan sebanyak 10 gm, bulat-bulatkan dan sejukkan dalam peti ais sehingga keras.
4. Cairkan coklat compound dan butter dengan kaedah double boiler.
5. Keluarkan bebola kek dari peti sejuk, celup batang lolipop dalam 1 inci dalam coklat, cucukkan pada permukaan bebola kek, ini supaya batang lolipop melekat pada kek.
6. Dengan segera, celupkan keseluruhan bebola kek dalam coklat, pusing-pusingkan bebola kek supaya coklat turun dan kena pada keseluruhan bebola kek.
7. Biarkan sehingga coklat tidak menitis, biarkan separuh kering baru digelekkan pada rainbow rice dan cucuk pada kotak gabus. Boleh juga dihias mengikut kreativiti sendiri dan buat sehingga selesai.

Note : Ketika mencelup bebola kek, pastikan bebola kek dalam keadaan yang sejuk dan keras, ini supaya bebola kek akan cepat kering dan tidak turun atau tembus ke bawah batang lolipop.


siap sudaa..



Tuesday, 25 December 2012

MINI CAKES & TEMPAHAN LAINNYA..

ASSALAMUALAIKUM..
Masih lagi bersama 'last minutes order', ku terima dengan rasa hati yang tenang kerana ini adalah rizki kami sekeluarga dariNya, aminnn & syukur Alhamdulillah. Tempahan untuk hari ini adalah hidangan di hari perkahwinan. 

Tempahan ini juga tertinggal 1 menu iaitu 'popcakes' yang sememangnya tidak sempat untuk dilaksanakan, maaf kepada Puan Sree Duranni dan terima kasih diatas tempahan yang berterusan, mohon maaf jika ada yang terkurang. Jom lihat.


yang ini mini pandan sponge cake 200 biji..






yang ini pulak mini cheese brownies 200 biji..


mini sponge rainbow dengan blueberry & marshmallow 200 biji..




mini marble cake 200 biji..


sebahagian dari mini-mini cakes..


penghantaran dilaksanakan oleh suami..
terima kasih pada suami dan anak-anak membantu saya dalam segala hal..


choc popcakes yang tidak berkesempatan untuk dibuat..


kek ulangtahun buat anak Encik Fendi dari TA-Q-BIN..
terima kasih atas tempahannya..
hepi besday syafeqq..

Saturday, 22 December 2012

3 TIERS SIMPLE WEDDING CAKE

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA..
Apa khabar sahabat-sahabatku? Harap semuanya berada dalam keadaan yang sihat walafiat ya, i macam biasa terlebih sihat hihi, selamat bercuti juga kepada semua sahabat yang sedang bercuti, jaga diri dan keluarga ketika berada di tempat percutian.

Hari ini selesai i menyiapkan kek kahwin 3 tingkat buat Puan Izyan yang kini telah bergelar Puan. Syukur Alhamdulillah. Kek ini telah ditempah pada hari semalam jam lebih kurang 6 petang..haaaah semalam..terkezut kangaroo i tau haha, biar betik nih..esok kenduri hari ini baru nak tempah, lagi beberapa jam saja lagi kan, walau bagaimanapun i terima dengan ikhlas, ini kerana ada tempahan kek yang sama dengan yang Izyan minta, bolehlah selit menyelit kannn, dalam selit menyelit pun lambat jugalah i dan Awin masuk tidur, adik, abang & papa dah berdengkur, kami terkial-kial menyiapkan kek ini. Apa pun inilah rizki namanya kan.

Terima kasih kepada Puan Ezyan sudi membuat tempahan dengan i walaupun disaat-saat akhir. Jom lihat.


Selamat Pengantin Baru kepada Puan Izyan & Encik Amran..
Semoga kekal hingga ke syurga..Amin..






Terima kasih diatas tempahan, mohon maaf jika ada yang terkurang ya Izyan..


Untuk tempahan sila hubungi di talian 0167614744..
terima kasih..

Wednesday, 19 December 2012

ROTI MOCCA

Assalamualaikum semuaa..
Lamanya i tak buat roti, hari ini memang terlalu rajin untuk buat macam-macam, mana tidaknya, menu tengahari tak masak, tu yang i rajin buat lain hehehe..

Kali ini i buat roti mocca yang i belajar dulu dengan chef Peter Lim tapi adunan mocca tu i pelajari dari chef Fauziah dan i gandingan bersama. Jom lihat..


memang lembuttt..


Bahan-bahan roti..
250 gm air + ais batu
1 biji telur - pukul sedikit
5 gm garam halus
500 gm tepung roti*
15 gm susu tepung* - *satukan dan ayak
130 gm gula kastor
5 gm improver
12 gm yis kering
100 gm mentega

Cara-caranya..
KAEDAH BREADMAKER
1. Tuang air dan ais batu dalam bekas mesin breadmaker.
2. Di ikuti dengan bahan-bahan yang lain, pastikan garam dan yis duduk berjauhan.
3. Masukkan bekas breadmaker dalam mesin, tekan setting 'bread dough' dan biarkan selama 1 1/2 jam.
4. Keluarkan doh, tumbuk-tumbukkan doh supaya angin keluar.
5. Ambil doh seberat 50 gm dan susun dalam loyang dengan jarak 3 inci.
6. Buat sehingga habis dan biarkan doh naik sekali ganda.
7. Paipkan adunan mocca secara membulat dari tengah-tengah roti sehingga separuh bahagian roti.
8. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 25 minit atau sehingga masak.
9. Keluarkan roti dan sejukkan atas redai, jika roti kosong sapu atas roti dengan susu segar.

KAEDAH BIASA
1. Satukan tepung, susu tepung dan yis dalam mixer dan gaul rata.
2. Masuk pula gula, garam dan bread improver dan gaul rata lagi.
3. Tambahkan telur, tuang air dan ais batu sedikit-sedikit dengan kelajuan sederhana selama 15 minit.
4. Masukkan mentega dan pukul dengan kelajuan perlahan sehingga doh elastik.
5. Titiskan 1/2 sdk minyak jagung ditepi-tepi bekas mixer supaya doh tidak melekat.
6. Rehatkan doh selama 10 minit.
7. Seterusnya ikuti KAEDAH BREADMAKER dari nombor 4 sehingga 9.

Bahan-bahan mocca..
100 gm butter
50 gm gula aising - ayakkan
3 biji putih telur
100 gm tepung roti - ayakkan
5 gm serbuk nescafe + 2 sdb air panas
Secubit garam
1 sdb mocca emulco

Cara-caranya..
1. Dalam mixer, pukul butter dan gula aising sehingga lembut.
2. Masukkan putih telur berselang seli dengan tepung roti, pukul lagi.
3. Masuk pula bancuhan nescafe, garam dan mocca emulco dan pukul sehingga sebati.
4. Masukkan adunan dalam piping beg dan siap digunakan.


adik tak mahu yang ada mocca..berbiji-biji adik makan..



BIHUN GORENG SINGAPURA

As-salam semua..
Hari ini i terrrrajin 1 jam dan terrrrbuattt 'bihun goreng singapura', itupun kerana i kena jaga anak ustazah i seramai 3 orang, jadi kenalah buat menu yang tidak pedas. Bila semuanya dah habis makan barulah i boleh bersenang lenang hihi.

Anak-anak ustazah nih semuanya putih melepak uu..cute mute pulak tu..tapi mereka nih tak mahu sangat dengan i, nasib baik kakak yang besar ada sekali, tidaklah mereka menangis, adik pula layan mereka main, dia keluarkan semua mainan-mainannya.., lucu tengok mereka main, budak-budak la katakan..

Ok..jom lihat resepi i yang simple sangat.




shedappppp uuu..

Bahan-bahan..
1 bungkus bihun - rendam sehingga lembut
1 biji bawang merah besar*
3 ulas bawang putih*
1 cm halia*
2 sdb udang kering* - *satukan dan tumbuk
2 sdb lada hitam - tumbuk kasar
1 ketul dada ayam - potong kecil
2 keping sotong - potong kecil
3 pucuk sawi - potong kasar
6 biji lobak merah kecil - potong halus memanjang
6 biji cili api - tidak dipotong
1 kiub ayam
1 sdk garam
3 sdb bawang goreng - hiasan

Cara-caranya..
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
2. Tambahkan lada hitam dan gaul sebentar.
3. Masukkan ayam, sotong, sawi, lobak merah, cili api, kiub ayam dan garam, gaul sehingga semuanya masak dan rasa.
4. Masukkan bihun, gaul agar benar-benar rata dan masak sehingga kering.
5. Siap dihidangkan bersama bawang goreng.




anak-anak ustazah i yang leka bermain..




Sunday, 16 December 2012

2 TIERS STEAM BUTTERCREAM CLASS

AS-SALAM & SALAM SEJAHTERA BUAT SEMUA..

Semalam berlangsung lagi kelas Steam Buttercream (SBC). Terima kasih kepada Puan Sofea sudi mengikuti kelas bersama kami.

Dari awal bermulanya kelas sehingga akhir Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan sempurna. Sofea kini sudah mendapat teknik dalam pembuatan Steam Buttercream (SBC) dan boleh membuat bunga ros dan blossom dengan sempurna, sedangkan sebelum ini beliau tidak pernah membuat ros atau blossom, syukur Alhamdulillah.

Sampai waktu untuk Sofea pulang, tetapi tidak lama selepas itu Sofea kembali semula kerana bunga-bunganya jatuh dan kemudian kami sama-sama memperbaiki kek tersebut. Akhirnya atas perbincangan bersama kek tersebut tidak lagi bertindih, kami jadikan kek tersebut 2 biji dan jadikan kek bertiang.

Kusangkakan panas hingga ke petang tetapi hujan ditengahari, sesudah Sofea sampai ke rumahnya, bunga jatuh lagi, i jadi susah hati, jiwa tak tenteram, pertama kali kejadian seumpama ini berlaku dalam sepanjang kelas yang pernah i jalankan. Sehinggakan terbawa-bawa dalam mimpi dengan apa yang berlaku. Sedih sangat dengan kejadian tersebut. Semoga sofea dapat mengatasinya dugaan ini dengan penuh kesabaran.


kek yang dihasilkan sepenuhnya oleh Puan Sofea..






kejadian kek sebelum dibawa pulang hingga i menghantar ke kereta beliau, 
kek masih elok dan cantik..

Tapiii sedihhhh...
Kek yang telah diperbaiki..




kek yang telah diperbaiki ini juga jatuh bunganya..
pelik bin ajaib juga..




Puan Sofea yang pemalu macam i sedang dalam proses menyiapkan kek..


Kepada yang ingin mendapatkan teknih dan mengikuti kursus Steam Buttercream ini, bolehlah menghubungi di talian 0167614744 untuk keterangan lebih lanjut.

KIWI SMOOTHIE

ASSALAM..
Petang minggu yang mendung dan vercuaca baik, kami sekeluarga menghabiskan masa hanya dirumah. I hidangkan kiwi smoothie buat suami atas permintaan beliau..jom lihat..


Bahan-bahan..
2 biji buah kiwi - buang kulit
140 gm yogurt
5 sdb air gula pekat
1 cawan ais batu

Cara-caranya..
1. Kisar semua bahan-bahan dalam pengisar sehingga halus.
2. Tuang dalam gelas dan hidangkan.


Saturday, 15 December 2012

ALPUKAT CHEESECAKE

As-salam sahabat semua..
Masih lagi berminggu-mingguan ALPUKAT. Alpukat?? Apa itu alpukat?? Iyaaa..alpukat itu avocado mbakk, kelmarin gue bikin alpukat smoothie, hari ini alpukatnya masih ada lagi, jadi gue bikin cheesecake lorhh..alpukatnya juga gedek-gedek dari yang ada di Malaysia dan segerr lagi murah banget sihh.
Hahahah kan dah berbahasa Indo pulak i kan..dah dah jom kita skodeng kat bawah lagi, resepi i ambil dari buku chef Alex Goh..






Bahan-bahan..
1 keping kek span bersaiz 9 inci - kalau nak guna biskut juga boleh
250 gm cream cheese
60 gm gula kastor
200 gm alpukat - ambil isinya*
1 sdb jus lemon* - *satukan dan kisar lumat
1 sdb gelatin 'HALAGEL'
40 gm air putih
120 gm yogurt tanpa perasa
200 gm whipping cream

Cara-caranya..
1. Masukkan kek span dalam loyang springfoam bersaiz 8 inci, potong jika ada lebih dan ketepikan.
2. Dalam mixer, pukul cream cheese bersama gula sehingga lembut dan sebati.
3. Masukkan adunan alpukat yang telah dikisar dan pukul lagi biar sebati.
4. Dalam periuk kecil satukan gelatin bersama air biarkan dalam 5 minit kemudian cairkan gelatin dengan kaedah double boiler, masak sehingga gelatin cair dan hancur.
5. Tuang adunan gelatin ke dalam adunan cheese dan pukul lagi biar rata.
6. Masukkan yogurt dan pukul lagi diikuti dengan whipping cream, gaul lagi biar sebati.
7. Tuang adunan cheese dalam loyang berisi kek span tadi, ratakan dan sejukkan semalaman.
8. Keluarkan kek dan hias ikut kreativiti masing-masing.




dah siappp..jom..

Thursday, 13 December 2012

ALPUKAT SMOOTHIE

AS-SALAM..
Apa khabar sahabat-sahabat alam maya semuanya, i doakan semuanya berada dalam keadaan yang sihat dan seger buger ya..aminn. I tak berapa nak seger, badan lesu-lesu, mungkin tak cukup tidur tapi hari ini harap-harap boleh seger buger macam sahabat semua..in sha allah..

Alpukat nama diberi di Indonesia atau nama glemernya avocado, kat Indonesia memang banyak sesangat alpukat nih, merata-rata wajib ada, ditepi-tepi jalan pun ada yang jual, yang menggendong pun adooo, kalau kat pasar tak perlu habiaq la kan..memang penuh..nak mandi alpukat kat situ juga bisa mbakk..kikiki..


I dengan my sahabat Norm namanya, memang alpukat menjadi kegemaran kami, tapi nak dijadikan cerita masa i kat sana i boleh terlupa nak minum alpukat nih, biasanya berkali-kali i minum, nih tidak, sampai balik pun terlupa, rasanya norm sempat minum 2 3 kali kot.

Walau bagaimana pun i sempat beli buahnya, i beli kongsi-kongsi dengan Norm 10 biji 30 ribu Rupiah, duit kita dalam rm1 sebiji, memang ok sangat, buahnya 2 kali ganda besar dari yang jual kat pasaraya. Dulu i beli kat Mydin 1 biji rm3.99..i terpengsan 5 saat kat Mydin tu hahahah..kalau teringin sangat memang beli tapi biasanya dah pegang nak beli tapi i letak balik hahahha..mana taknya..ketar tangan nak bayar hahhaha..


Ok..pepagi nih tak mahu celoteh memanjang, skodeng la alpukat smoothie nih ya..daaaaaa..

Bahan2..
80 gm alpukat - belah dua - korek ambil isinya
100 gm yogurt
80 gm susu pekat
100 gm ais batu
120 gm air putih
1 sdb coklat Hershey


Cara2nya..
1. Masukkan kesemua bahan-bahan kecuali coklat kedalam mesin pengisar dan kisar hingga halus.
2. Tuang dalam gelas, letakkan coklat Hershey diatasnya.
3. Siap dihidangkan ketika cuaca panas.


Sunday, 2 December 2012

BUTTERCREAM DECORATION CLASS

As-salam semuaa..
Sejak kebelakangan ini tempahan agak kurang sedikit mungkin kerana cuti sekolah dan ramai yang bercuti bersama keluarga atau pulang ke kampung halaman. Pada i biasa la tu kan..berniaga memang ada pasang surutnya, tapi walaupun kurang tempahan Alhamdulillah kelas ada setiap minggu..syukurr rizki dariNya.

Hari ini 'buttercream decoration class' untuk Puan Siti Azlina telah berlangsung dengan teratur, syukur sekali lagi. Semuanya selesai jam 2.30 petang tadi. Kali ini kelas buttercream sahaja bersama decoration rose dan blossom.

Kesian dengan siti, tengah sakit gigi yang berdenyut-denyut tu, sanggup datang untuk kelas hari ini. Paling penting walaupun menahan kesakitan didalam kelas Siti dapat juga membuat rose dan blossom, nasihat i pada Siti, teruskan praktis ya Siti, jangan ditinggalkan lama-lama nanti berkarat nanti hehehe..

Okke..jom kite tangok hasil kerja dari Siti.


bunga Siti memang tak pernah buat, alhamdulillah semuanya boleh..


nanti Siti praktis blossom lagi yaa..


manis aje Siti nih..
Terima kasih Siti sudi menimba ilmu..
mohon maaf jika ada yang terkurang atau terkasar bahasa ya..