Hari ini i terrrrajin 1 jam dan terrrrbuattt 'bihun goreng singapura', itupun kerana i kena jaga anak ustazah i seramai 3 orang, jadi kenalah buat menu yang tidak pedas. Bila semuanya dah habis makan barulah i boleh bersenang lenang hihi.
Anak-anak ustazah nih semuanya putih melepak uu..cute mute pulak tu..tapi mereka nih tak mahu sangat dengan i, nasib baik kakak yang besar ada sekali, tidaklah mereka menangis, adik pula layan mereka main, dia keluarkan semua mainan-mainannya.., lucu tengok mereka main, budak-budak la katakan..
Ok..jom lihat resepi i yang simple sangat.
shedappppp uuu..
1 bungkus bihun - rendam sehingga lembut
1 biji bawang merah besar*
3 ulas bawang putih*
1 cm halia*
2 sdb udang kering* - *satukan dan tumbuk
2 sdb lada hitam - tumbuk kasar
1 ketul dada ayam - potong kecil
2 keping sotong - potong kecil
3 pucuk sawi - potong kasar
6 biji lobak merah kecil - potong halus memanjang
6 biji cili api - tidak dipotong
1 kiub ayam
1 sdk garam
3 sdb bawang goreng - hiasan
Cara-caranya..
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
2. Tambahkan lada hitam dan gaul sebentar.
3. Masukkan ayam, sotong, sawi, lobak merah, cili api, kiub ayam dan garam, gaul sehingga semuanya masak dan rasa.
4. Masukkan bihun, gaul agar benar-benar rata dan masak sehingga kering.
5. Siap dihidangkan bersama bawang goreng.
anak-anak ustazah i yang leka bermain..
wah sedap ni bihun macam ni akak suka yg jenis gini ada lada hitam dan sutun tu bestt
ReplyDeleteyerla kan sis..anak2 pun suka sbb x pedas sgt kan..
Deletemabeles.. kak, bak mai sepinggan.. hehehe
ReplyDeletecukup x sepinggan sis hehehe..
Delete