Followers

Saturday 20 December 2014

BASIC CHOCOLATE CAKE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Malam tadi baru saja pulang dari KL dan hari ini i terima tetamu merangkap sahabat paling rapat dari zaman i muda-muda lagi. Tambahan pula kami hampir 3 tahun tak berjumpa. Masing-masing sibuk dengan hal masing-masing. Memang rizki kami ketemu semula dan masing-masing banyak berubah.

Bila sahabat baik berjumpa i dengan senang hati memasak makanan kegemaran beliau. Ayam masak lemak dan chocolate cake menu kegemaran beliau. Itulah yang mampu i hidangkan bersama 3 menu yang lainnya.

Resepi ini pula i ambil dari buku yang i beli di Big Bad Wolf di MIECC Seri Kembangan tempoh hari. 




Bahan-bahan..
125 gm dark chocolate compound - potong halus - cairkan secara 'double boiler'
300 gm tepung gandum*
25 gm serbuk koko*
2 sdk serbuk soda*
1/2 sdk serbuk penaik* - *satukan dan ayak bersama
125 gm mentega
150 gm gula kastor
150 gm gula perang
4 biji telur
2 sdk perasa vanila
225 gm sour cream
175 gm air panas

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk pengadun, satukan mentega bersama gula kastor dan gula perang, pukul sehingga berkrim dalam 4 minit.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus dipukul.
3. Masuk pula perasa vanila dan coklat yang telah dicairkan tadi, pukul sebati.
4. Masukkan tepung bersama sour cream secara bergilir-gilir dan diakhiri dengan tepung. Gaul sehingga sebati dan rata.
5. Akhir seklai masukkan perlahan-lahan air panas dan gaul sebati lagi.
6. Panaskan oven bersama 'bundt pan', oles 'bundt pan' dengan mentega dan tuang adunan.
7. Bakar dengan suhu 180C selama 40 minit atau sehingga masak.
8. Sejukkan atas redai selama 5 minit kemudian keluarkan kek dari 'bundt pan'.
9. Jirus ganache keatas kek dan hidangkan.

Bahan-bahan ganache..
200 gm dark chocolate compound - sagat halus
100 gm uht whipping cream
1/2 sdb mentega

Cara-caranya..
1. Panaskan uht whipping cream dalam periuk kecil sehingga berbuih ditepi-tepi periuk.
2. Tutup api dan tuang dalam bekas berisi coklat yang disagat.
3. Gaul sebati sehingga coklat larut dan gaul bersama mentega.
4. Sedia digunakan.




resepi i ikut buku ini..
beli kat MIECC RM15.00 sahaja..

No comments:

Post a Comment