Followers

Wednesday 23 January 2013

KARI TELUR cincaiii..

Assalam..
Selepas i siapkan tempahan kek 'angry bird' tadi terus i siapkan hidangan tengah hari. Buka-buka peti sejuk..errmmm takde apa lauk yang mengancam,..yang ada ikan salmon 5 keping tapi yang tu terlebih mengancam pulak..kemudian daging..alaaa nak rebus pulakk..ikan-ikan pulak terlupa nak lembutkan dulu..haizzzz..masa pun dah lewat nak masak..akhirnyaaa..terhasillah lauk yang cincaii hahhaha..belasah aja ya buat hari ini..






dah siap..jom makan..

Bahan-bahan..
8 biji telur - cuci - rebus - buang kulit
1 biji bawang merah besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia* - *tumbuk kasar
1 sdb cili kering kisar
4 sdb serbuk kari - digaul bersama 1 cawan air
200 gm santan kotak
1 cawan air
1 batang lobak merah - buang kulit - hiris tebal
10 biji brussel sprout
10 biji baby tomato
1 keping asam gelugor
3 tangkai daun kari
Garam dan perasa

Cara-caranya..
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk kasar sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kering kisar, tumis sehingga sedikit garing.
3. Tambah pula serbuk kari yang digaul bersama air, renehkan selama 5 minit.
4. Masukkan santan, air dan biarkan mendidih sebentar.
5. Masuk pula lobak merah, brussel sprout, tomato, asam gelugor dan daun kari, masak sehingga sayuran empuk.
6. Akhir sekali, tambahkan garam dan perasa, renehkan dalam 5 minit dan padamkan api.
7. Siap untuk dihidangkan.

8 comments:

  1. ni pon nampak sedap sangat..mula2 bulat2 hijau tu igtkan limau kasturi rupanya brussel sprout..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis..kalu limau kasturi mesti kari jd masam kan hihi..

      Delete
  2. walaupun cincai tp terujeeeee

    ReplyDelete
  3. Salam sis...yg cincai tu la yg sedap..hehe...
    Salam Maulidur Rasul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis rahel..salam maulidur rasul juga ya..

      Delete
  4. kak shu menu kat blog saya arini pun tentang kari telur... ishh x penah saya tau brussel sprout leh letak dalam kari.. kena cuba ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis mayang..hihi..sbnrnya letak brussel sprout tu sbb xnak dia layu sbb dh lame..tu yg main campak2 cincai2 aje hihihi..

      Delete