Followers

Tuesday 12 June 2012

AIR KACANG SOYA YANG SEGARRRR..

As-salam..
Air kegemaran anak2..mama pun suka lagi2 kalau minum panas2..haaiizz orang suka minum sejuk2 mama suka minum panas2 lakk..iyaaa uu..i suka minum air yg suam2 nak ke panas..sirap..soya..lagi2 kan kalau makan pedas2 pastu minum air suam2 panas..halamakkkk memang airmata siap keluar2 lagik hehehhe..


jom minum duluuu..


sape nak minum..i dah tuangkan hehhe..

Bahan2..
1 kg kacang soya - rendam semalaman
1 liter air putih
4 helai daun pandan - diikat
Air gula secukupnya

Cara2nya..


1. Cuci bersih kacang soya, masukkan kacang soya sehingga separuh dan tuang air 3/4 penuh, kisar hingga lumat, kisar lebih kurang 3 kali.


2. Tuang dalam periuk besar bersama penapis yang telah disediakan, perah sehingga menjadi hampas, tambah sedikit air jika pekat, ulangi proses tersebut sehingga selesai.


3. Tapis sekali lagi untuk mempastikan tiada hampas terselindung.


4. Masukkan daun pandan, masak atas dapur dengan api kecil sambil dikacau sehingga mendidih.
5. Tambahkan air gula, hidangkan semasa panas atau sejuk. Anda memperolehi air soya sebanyak 2.5 liter.

No comments:

Post a Comment