Assalamualaikum semuaaa..
Amboiii lama sungguh i tak balik sini kan, balik kejap pastu keluar lagi..nanti balik sekejap pastu keluar lamaaa..hari ini rasa banyak kesempatan untuk meluangkan masa di rumah sendiri. Sana sini dah penuh habuk dah rumah i nih, jap nak bersihkan hihihi.
sdgiegftevb qer2385748t58w skjvcn ;fvhsdg
okkee..i dah bersihkan semua habuk-habuk dan khazanah yang adaa..sekarang kita cuci mata pula dengan tempahan tempoh hari. Terima kasih pada Puan Nursadrina diatas tempahan berulang.
Bahan-bahan..
300 gm oreo crushed
80 gm butter - cairkan
375 gm cream cheese - lembutkan
100 gm gula kastor
1 sdb jus lemon
200 gm uht whipping cream - pukul sampai kental
3 sdb serbuk gelatin + 60 gm air - rendam 5 minit - cairkan secara water boiler
200 gm coklat compound putih - potong kecil - cairkan secara double boiler
100 gm oreo crushed
8 keping oreo - belah dua - sebagai hiasan
Cara-caranya..
1. Sediakan 'ring cake' bersaiz 8 inci atau 9 inci diatas papan kek.
2. Satukan 300 gm oreo crushed bersama butter yang telah dicairkan dalam bekas, gaul sebati.
3. Tuang kedalam 'ring cake' yang telah tersedia, tekan biar rata pada keseluruhan 'ring cake' dan sejukkan dalam peti sejuk lebih kurang 1/2 jam.
4. Sementara itu, dalam mixer, pukul cream cheese, gula kastor dan jus lemon sehingga sebati.
5. Dalam bekas kecil yang lain, pukul kental uht whipping cream, tuang ke dalam adunan cheese dan pukul sebati dan rata.
6. Tuang pula gelatin yang telah dicairkan dan pukul rata.
7. Kemudian diikuti pula dengan coklat compound putih yang telah dicairkan dan pukul sebati.
8. Tuang 100 gm oreo crushed dan kaupbalikkan sahaja adunan.
9. Keluarkan 'ring cake' yang disejukkan tadi, tuang adunan cheese kedalam 'ring cake', ratakan dan sejukkan dalam peti sekurang-kurangnya selama 4 jam.
10. Keluarkan 'cheesecake' dari peti dan hias ikut kreativiti masing-masing.