Thursday, 4 July 2013

TAUGEH LADA HITAM

Assalamualaikum..
Antara sayur goreng kegemaran kami sekeluarga. Paling senang dibuat.
Kebiasaannya i akan goreng separuh masak, ini kerana taugeh nih mudah layu, jadi jika digoreng lama, taugeh akan jadi lembik.


Bahan-bahan..
1 biji bawang merah besar*
2 ulas bawang putih* - *hiris halus
2 sdk lada hitam - tumbuk kasar
1/2 cawan air
3 mangkok sayur taugeh - buang ekornya (i x sempat) - cuci bersih
1 ikat daun kucai - potong panjang 2 inci - cuci bersih
4 biji baby tomato - belah 2
1 sdk perasa ikan bilis
Garam secukupnya

Cara-caranya..
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan hiris bersama lada hitam sehingga wangi.
2. Tuang air dan biarkan mendidih sebentar.
3. Masukkan taugeh, kucai, tomato dan perasa ikan bilis bersama garam, gaulkan dalam 2 minit.
4. Angkat dan hidangkan.

2 comments:

  1. Assalamualaikum...selalunya lauk simple yang menambahkan selera makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis..
      betul kan sis, yg simple lebih selera kan..

      Delete