Thursday, 25 July 2013

FLORENTINE COOKIES

Assalamualaikum semua..
Hari ini i dapat melaksanakan buat kali ketiga biskut yang tengah meletop sekarang nih. Dalam pada itu, sebelum i update disini, i telah berkongsi gambar di Facebook. Ingatkan i tak mahu update, sebab resepinya terlalu mudah serta sudah banyak yang ada di blogger-blogger lainnya tapi atas permintaan sahabat-sahabat, i update kan disini ya.

Dalam pada sahabat-sahabat semua sibuk dengan biskut Florentine nih, kedengarannya di kebanyakkan kedai-kedai menjual bahan bakery telah kehabisan stok untuk tepung florenta, selepas lebaran baru ada stok. I nak beli pun memang tiada stok tapi syukur Alhamdulillah my BFF Puan Ieda Hijau sudi membeli 3 paket untuk saya..fffuuhhhhh lega i, apa-apa pun terima kasih sangat-sangat kepada beliau.

Untuk resepi nih, i tidak mengikut sukatan, cuma i buat ikut keperluan loyang yang i ada dengan cara menabur dengan rata tapi jangan risau i cuba berikan serba sedikit sukatan untuk sahabat mengikut imiginasi i ya..





Bahan-bahan..
150 gm tepung florenta
100 gm kepingan badam*
70 gm kuaci hijau* - *bakar 5 minit
10 gm bijan hitam
10 gm bijan putih

Cara-caranya..
1. Sediakan loyang bersaiz 16 x 12 inci yang telak dilapik dengan 'parchment paper' - bukan kertas minyak ya.
2. Taburkan tepung florenta dan ratakan pada keseluruhan loyang.


3. Tabur rata kepingan badam dan kuaci hijau yang telah dibakar bersama bijan hitam dan putih.

4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 7 minit sahaja.


5. Keluarkan biskut dan dengan pantas potong biskut mengikut saiz yang dikehendaki.

6. Keluarkan biskut dari loyang, sejukkan sebentar dan segera simpan dalam bekas kedap udara.


tepung florenta..

14 comments:

  1. wahh..senang je. mesti cuba ni! thanks for the recipe!

    ReplyDelete
  2. kita jugak yg tak terbuat sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. yerla sis, rasanya Ramadhan kita lg sibuk kan sis..

      Delete
  3. Salam sis, 1 pack tpg florenta tu how much?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis..
      kalu kt selangor murah dlm belas2..

      Delete
  4. kalo kat area selangor kat mne ek nk dapat kn ek??

    ReplyDelete
    Replies
    1. tepung florentine tu sis..

      Delete
    2. oo..tepung tu boleh beli di kedai menjual bahan bakery ya sis..

      Delete
  5. mmg x yah letak gula eh sis,tepung tu da manes ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sis..adunan tepung tu dh siap semuanya ya..

      Delete
  6. Feveret ni..nanti leh try..tq ya..blog saya https://cararesepi.blogspot.my/

    ReplyDelete
  7. Mau tanya tepung florenta ni sdh ada rasanya ke?jadi tak perlulah kita tambah gula/madu ke?terimakasih

    ReplyDelete