Saturday, 27 July 2013

RED VELVET COOKIES

Assalamualaikum semua..
Sekarang nih ramai sahabat-sahabat dah mula membuat persiapan untuk Lebaran akan datang, ada yang ambil kesempatan pergi membeli belah untuk pakaian keluarga, balik kampung bertemu atau berbuka puasa bersama keluarga dan yang lebih penting ramai bagi surirumah adalah membuat pelbagai jenis biskut-biskut buat hidangan tetamu Lebaran akan datang.

I juga tak mahu ketinggalan untuk menyediakan yang termampu mengikut kesihatan, tapi tidak dinafikan hari ini vitamin R sudah bermula hehehe..sebab itu terjadilah biskut yang telah lama diperap resepinya.



Resepi nih asalnya dari Ny. Liem yang terkenal dari Bandung, Indonesia. Lama dah i simpan resepi ini tapi disebabkan vitamin R tidak tersuntik, maka berkuburlah sementara.

Bagi sahabat-sahabat yang ingin mencuba, mungkin mengalami kesukaran dalam bentuk bahan-bahannya tapi dalam nota dibawah i cuba gantikan dengan setanding dengan bahan-bahan yang boleh didapati disini cuma mungkin hasilnya berbeza sedikit.


Bahan-bahan..

A
400 gm mentega
200 gm gula perang
180 gm gula kastor
1 sdk condensed milk*
20 gm pewarna merah
10 gm mocca hopyes*
1/4 sdk garam

B
2 biji telur A

C
475 gm tepung gandum*
2 sdk serbuk penaik*
2 sdk serbuk soda*
50 gm procake V. 45.5* - *satukan dan ayak*
200 gm serbuk badam - dibakar 5 minit
200 gm kacang gajus - dicincang kasar dan bakar 5 minit
200 gm coklat cip

Cara-caranya..

1. Dalam bekas mixer, satukan bahan-bahan A dan pukul sehingga mengembang.
2. Masukkan bahan B dan pukul lagi sehingga rata.


3. Masukkan sedikit demi sedikit bahan-bahan C dan gaul rata.


4. Sudukan adunan sebanyak 1 sudu kecil dan susun atas loyang yang telah dialas dengan kertas minyak.

5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 150C selama 20 minit kemudian turunkan suhu kepada 100C dan bakar lagi selama 20 minit.


6. Keluarkan dan apabila sejuk 'drizzle' dengan coklat putih cair.
(ini i tak buat sebab tetiba vitamin R tak cukup hehehe)..

7. Adunan ini menghasilkan kurang lebih 300 biji.

Nota..
*Condensed milk - milk flavor - (kalau takde pun takde masalah)
*Mocca hopyes - mocca emulco/flavor
*Procake V. 45.5 - susu tepung
*Masa pembakaran boleh juga gunakan 170C dan bakar selama 20 minit.


inilah condensed milk paste dan mocca hopyes keluaran dari Ny. Liem..
memang tidak dinafikan sangat sedap bau dan rasanya..

13 comments:

  1. Wah....red velvet cookies sudah mari.....sedap.

    ReplyDelete
  2. Salam,..mana nak cari mocca hopyes keluaran dari Ny. Liem kat sini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt..
      mocca hopyes tu sis bule gantikan dgn mocha emulco ya, disini tdk ada jual..

      Delete
  3. salam sis..u jual kira mcm na yea

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm wbt sis..
      utk cookies i memang x jual ya..

      Delete
  4. assalamualaikum sis...nak tanyalah Procake V. 45.5 tu apa ea?

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Sis.. bakar 20 mins dgn suhu 100 kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 150C selama 20 minit kemudian turunkan suhu kepada 100C dan bakar lagi selama 20 minit.

      Delete