Tuesday, 16 September 2014

MINI BEEF PASTRY

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Akhirnya dapat juga i laksanakan menu ini. Sebenarnya menu ini memang sudah ada di dalam list sejak sekian lama. Niat dihati memang teringin buat untuk suami. Al-maklum la suami memang tak berapa suka makanan-makanan yang manis. Jadi i rasa menu ini memang sangat sesuai. Memang tidak menghampakan, suami makan banyakkk..i hantar 2 ketul..belum pun suapan yang seketul habis minta ditambahkan lagi. Syukur Alhamdulillah.

Sebenarnya resepi nih mudah sahaja, i gunakan kulit pastry jenama KAWAN dan initinya i buat mengikut kesesuaian yang i fikirkan. Jika ada yang ingin mencuba, bahan-bahan di bawah bolehlah ditukarkan mengikut citarasa kalian ya..nak bubuh inti karipap pun boleh.








Bahan-bahan inti..
1 biji bawang holland*
2 ulas bawang putih*
1 cm halia* - *potong dadu
5 biji cili api - potong halus
250 gm daging cincang
1 sdk serbuk ketumbar
1 sdk serbuk jintan manis
1 sdk serbuk lada hitam
1 sdk serbuk paprika
130 gm kacang hijau - dalam tin
1 batang lobak merah - buang kulit - sagat halus
1 helai daun bay
1 sdk oregano kering
2 sdk sos ikan
Garam dan perasa
1 pokok daun ketumbar - hiris halus
1 pek pastri KAWAN - suhu bilik
150 gm mozarella - sagat kasar

Cara-caranya..
1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang holland, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
2. Tambahkan cili api dan tumis lagi.
3. Masuk pula daging cincang dan kacau sehingga tidak berketul.
4. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk lada hitam, serbuk paprika, kacang hijau, lobak merah, daun bay, oregano kering, sos ikan, garam dan perasakan. Kacau sehingga sebati dan kering.
5. Tutup api, tambahkan daun ketumbar dan gaul rata.


6. Angkat dan ketepikan sebentar.

7. Sediakan loyang muffin dan semburkan dengan 'spray cooking'.


8. Ambil sekeping pastri jenama KAWAN, nipiskan pastri dengan pengelek, tekap dengan acuan bulat mengikut saiz loyang yang digunakan dan susun di dalam lubang muffin. Lebihan pastri yang ditekap boleh digunakan lagi bersama lebihan pastri yang lain. Uli bersama semula dan gelekkan.
9. Cucukkan dengan garfu kulit pastry.


10. Sudukan inti daging kedalam kulit pastry sehingga penuh dan tutupkan daging dengan mozarella.

11. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 200C selama 30 minit.
12. Angkat dan sejukkan aats redai. Hiaslah mengikut kreativiti masing-masing.




kacang hijau yang i gunakan..

2 comments:

  1. asssalam JC, memang sedap akak pernah buat sangat laris oleh anak2 kat umah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm wbt kak..
      Betul kak..anak n suami suka..mama pun suka hehehe..

      Delete