Thursday, 31 January 2013

SAMBAL BELACAN ASLI

Assalamualaikum..
Hari ini i buat sambal belacan, kebiasaannya kami memang jarang buat, bukan tak suka makan tapi MALAS nak tumbuk kikiki..i mengaku okke.

Kali ini i buat banyak, jadi i kisarkan saja, kalu buat sedikit macamana nak kisar kan, dah buat banyak-banyak i simpan dalam peti sejuk dan kalau nak makan bolehlah ambil pada bila-bila masa.

Jom lihat sambal belacan, i buat yang senang saja dan yang asli, maksud yang asli tu adalah tiada campuran lain-lainnya seperti mangga ke..macang ke..tomato ke dan lain-lain lagi.




Bahan-bahan..
7 biji cili merah besar*
5 biji cili merah hijau*
10 biji cili api hijau*
10 biji cili api merah* - *potong kecil - buang biji - cuci - toskan
2 sdb belacan - dibakar
1/2 sdk gula
1/4 sdk garam
1 biji limau purut - ambil jusnya
1/3 cawan air

Cara-caranya..
1. Satukan semua bahan-bahan dalam bekas pengisar, kisar semua bahan hanya sehingga 3/4 lumat.
2. Simpan dalam botol dan sejukkan dalam peti supaya tahan lama.


senang kan..

Wednesday, 30 January 2013

CEMPEDAK GORENG

AS-SALAM & SALAM SEJAHTERA..
Menu kami untuk petang ini hanyalah cempedak goreng kampung, eerrrmm memang lazat dan ranggup, lama sangat tak merasa cempedak, itupun dah tinggal separuh, separuh lagi encik suami dah tolong makan kan, memang kegemaran beliau cempedak nih, kalau tidak i kenalah beli lagi.

Kelmarin lagi i dah beli cempedak nih, balik dari pasar terus i keletihan dan tidur dan tak sempat nak goreng, nasib baiklah encik suami selamatkan dari busuk dan simpankan dalam peti sejuk (eh..cempedak kalau simpan kat luar boleh busuk ke ya??).., i pun tak berapa pasti hihihi..

Tak kisah la tu, yang penting hajat dah tercapai, jom tengok adunan tepung..





Bahan-bahan..
5 sdb tepung gandum
3 sdb tepung jagung
3 sdb tepung beras
2 sdk serbuk kunyit
2 sdb gula kastor
1/2 sdk garam
1 cawan air

Cara-caranya..
1. Satukan semua bahan-bahan dalam bekas dan pukul sehingga adunan semua sebati dan rata.


2. Masukkan cempedak dan gaul sebati.


3. Panaskan minyak dalam kuali sehingga sedikit tenggelam, biarkan minyak panas.

4. Sudukan cempedak dan goreng sehingga keperang-perangan.
5. Angkat dan toskan minyak.


6. Hidangkan buat hidangan petang.

Sunday, 27 January 2013

HIDANGAN BUAT TETAMU

Assalamualaikum..

Hari ini i menerima kunjungan tetamu dari Kuala Lumpur yang kebetulan datang bercuti di Johor nih. Tetamu ini juga merangkap sahabat baik i semasa di alam persekolahan.

Rasa seronok yang tidak terhingga dapat bertemu sahabat baik yang hampir 21 tahun kami tidak ketemu, dalam tempoh itu kami ketemu hanya 3 kali sahaja itupun tidak berborak seperti hari ini, hanya hi hi bye bye ditepi jalan.

Kami masing-masing telah mempunyai anak-anak yang sudah besar. dalam masa berborak, kami teringat zaman persekolahan kami dulu..ohh asyiknya..

Apa jua i bersyukur dan Alhamdulillah dengan izin Allah kami dipertemukan dengan masa yang panjang.

Dalam pada itu i sempat membuat beberapa menu buat Puan Junaidah Jaafar sekeluarga. Jom lihat.

Antaranya ialah..


cer teka cer teka..dalamnya macamane??




tadaaaa..
nipis sangat i sapu krim..dah nampak kesan huhu..
permintaan dari Awin..


rainbow cake..


cream caramel..


sup sayur..
gambar x sempat nk ambil yang dah siap masak..
yang nih gambar belum siap masak..baru letak 2 jenis sayur saja..
sebetulnya ada 7 jenis termasuk tahu jepun..


ayam panggang..


kari dagingggg..


kalau ada kari wajib ada sambal belacan kan kan..


bila dah makan macam-macam jus lemon adalah air yang paling bagus disediakan..


terharu dengan pemberian pashmina ini..
terima kasih nai dan family yang sudi ziarah i sekeluarga disini..

CREAM CARAMEL

As-salam semua dan selamat bercuti kepada yang bercuti.
Lama sungguh i tak buat 'cream caramel' nih, anak gadisku Awin dah minta hampir 2 tahun..hahaha..terkezut kuda kann..lamanya Awin minta..hari ini baru sangat-sangat berkesempatan membuatnya itupun kerana ada tetamu yang datang..

Alhamdulillah Awin suka sangat bila i dah buat. Cuba lihat bahan-bahan dulu ya..


nih sebenarnya terlebih masak hihi..


Bahan-bahan..
10 biji telur
250 gm susu pekat manis
400 gm susu cair Ideal
400 gm air putih
1 sdb esen vanilla
1 sdk tepung kastad
1/4 sdk garam halus
Golden syrup secukupnya

Cara-caranya..
1. Dalam bekas besar satukan semua bahan-bahan kecuali golden syrup, pukul sehingga sebati dan tapiskan.
2. Rata golden syrup pada keseluruhan loyang bersaiz 8 inci atau 'bundt pan'.
3. Tuang adunan yang ditapis perlahan-lahan kedalam loyang atau 'bundt pan' yang berisi golden syrup tadi.
4. Masukkan loyang kedalam periuk kukusan yang telah dipanaskan dan kukus selama 20-30 minit dengan api sederhana.


5. Cucukkan lidi kedalam 'cream caramel', jika lidi boleh berdiri dengan tegak bermakna 'cream caramel' telah siap dimasak.

6. Rendamkan loyang kedalam air sejuk selama 10 minit, ini supaya 'cream caramel' senang untuk keluar dari loyang.
7. Keluarkan dari loyang, sejukkan daam peti sejuk dan sedia dihidangkan.

Note :
- Golden syrup boleh juga digantikan dengan madu atau 1/2 cawan gula yang dimasak sehingga perang.
- Boleh juga dikukus didalam bekas kecil.
- Boleh juga dibakar secara 'waterbath'.

Saturday, 26 January 2013

RAINBOW CAKE design ala ala kek ulangtahun DATO' CT NURHALIZA..

As-salam semua..
Tempahan hari ini 'rainbow cake' yang ditempah dari Puan Iza buat suaminya bersama Red velvet Nutella In Jar (maaf gambar tak sempat nak ambil). Rekabentuk kek ini hasil dari kek terbaru penyanyi terkenal Siti Nurhaliza. Bila Puan Iza beri contoh mahu 'design' seperti ini, i terfikir dimana i lihat design kek ini ya?? ooo baru teringat kek ulangtahun Siti Nurhaliza untuk tahun ini.

Di harap Puan Iza berpuashati dengan kek ini walaupun hasilnya lebih kecil dari yang asal, mohon maaf juga jika ada yang terkurang ya. Terima kasih.






sekiannn..

Wednesday, 23 January 2013

KARI TELUR cincaiii..

Assalam..
Selepas i siapkan tempahan kek 'angry bird' tadi terus i siapkan hidangan tengah hari. Buka-buka peti sejuk..errmmm takde apa lauk yang mengancam,..yang ada ikan salmon 5 keping tapi yang tu terlebih mengancam pulak..kemudian daging..alaaa nak rebus pulakk..ikan-ikan pulak terlupa nak lembutkan dulu..haizzzz..masa pun dah lewat nak masak..akhirnyaaa..terhasillah lauk yang cincaii hahhaha..belasah aja ya buat hari ini..






dah siap..jom makan..

Bahan-bahan..
8 biji telur - cuci - rebus - buang kulit
1 biji bawang merah besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia* - *tumbuk kasar
1 sdb cili kering kisar
4 sdb serbuk kari - digaul bersama 1 cawan air
200 gm santan kotak
1 cawan air
1 batang lobak merah - buang kulit - hiris tebal
10 biji brussel sprout
10 biji baby tomato
1 keping asam gelugor
3 tangkai daun kari
Garam dan perasa

Cara-caranya..
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk kasar sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kering kisar, tumis sehingga sedikit garing.
3. Tambah pula serbuk kari yang digaul bersama air, renehkan selama 5 minit.
4. Masukkan santan, air dan biarkan mendidih sebentar.
5. Masuk pula lobak merah, brussel sprout, tomato, asam gelugor dan daun kari, masak sehingga sayuran empuk.
6. Akhir sekali, tambahkan garam dan perasa, renehkan dalam 5 minit dan padamkan api.
7. Siap untuk dihidangkan.

ANGRY BIRD SPONGE CAKE

Assalamualaikum semua..

Tempahan dari Puan Faziah (Oja aka mok mok) yang berada di Klang, Selangor. Kek ulangtahun buat anaknya yang akan di raikan di sekolah esok. Asalnya mok mok mahukan kek spongebob tapi tengtiba anaknya nak angry bird pulakkk..ok la tu..

Tema kartun memang di gemari oleh anak-anak..ada tak mak bapak budak yang suka kartun?? adaaaaaaa..x caya..cer tanya orang sebelah kikiki..mesti mak bapak budak pun ada yang suka kartun kan kan..

Apa apa pun terima kasih kerana sudi menempah kek ini. Selamat ulangtahun buat anak saudara ku Danyaal Tee. Jom lihat..





Monday, 21 January 2013

WALNUT CARROT CAKE

Assalam semua..
Antara kek yang terlaris menerima tempahan, sekali lagi i masukkan bersama resepi buat tatapan sahabat-sahabat semuanya.

Terima kasih saya kepada Puan Siti Aishah, mohon maaf jika ada yang terkurang.




Bahan-bahan..
300 gm gula kastor
5 biji telur A
250 gm minyak jagung
70 gm kacang walnut - cincang kasar - bakar 10 minit - sejukkan
280 gm tepung superfine*
2 sdk serbuk penaik*
1 1/2 sdk serbuk soda* - *satukan dan ayak
400 gm lobak merah - sagat kasar
300 gm croquant
1/2 sdk pewarna oren
1/4 sdk pewarna hijau

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk mixer, satukan gula dan telur, pukul sehingga mengembang dengan kelajuan sederhana.
2. Tambahkan minyak sambil terus memukul sehingga sebati.
3. Masukkan kacang walnut, pukul sebati lagi.
4. Perlahankan mixer, masukkan adunan tepung yang di ayak sehingga rata.
5. Diikuti dengan lobak merah sagat dan gaul sehingga lobak sebati dan rata bersama adunan.
6. Tuang adunan dalam 3 loyang bersaiz 8 inci yang telah digris, lapik kertas minyak dan gris sekali lagi, setiap 1 loyang sebanyak 470 gm kurang lebih.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 50 minit.
8. Keluarkan kek dari oven, sejukkan atas redai.
9. Lapisi setiap kek dengan adunan cream cheese (resepi dibawah), di ikuti dengan sapuan cream cheese keseluruhan kek.
10. Sejukkan kek dalam 30-40 minit dalam peti sejuk.
11. Tepekkan dan ratakan 'croquant' ditepi-tepi kek.
12. Ambil 2 sudu besar baki adunan cream cheese, tambahkan pewarna oren dan gaul rata.
13. Ambil juga 1 sudu besar baki adunan cream cheese, tambahkan pewarna hijau dan gaul rata.
14. Masukkan nozel bermuncung bulat ke dalam 'piping bag' bersama adunan cheese warna oren dan nozel berbentuk daun kecil untuk warna hijau.
15. Buat corak berbentuk lobak merah mengikut kreativiti masing-masing.

Bahan-bahan cheese..
380 gm cream cheese*
180 gm mentega* - *suhu bilik
180 gm gula aising - ayakkan

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk mixer, satukan semua bahan-bahan cheese, pukul selama 5 minit atau sehingga adunan rata.
2. Sedia digunakan.


siap sudaa..

Friday, 18 January 2013

HOT CHEESE CHOCOLATE CAKE DARI TERUNA UNTUK SI GADIS..

Assalam sahabat-sahabat semua..

Tempahan saat akhir dari Encik Mohd Aidil untuk kekasih hatinya Cik Siti Aishah. Beruntungnyaaaaa Cik Aishah nih tau, buah hatinya buat kejutan untuknya pada hari ulangtahunnya hari ini. Memang romantikkk giler Encik Aidil nih..

Kek ini bersaiz 12 inci, 12 inciii uuuu..besarrr..khusus untuk buah hatinya dan sanak saudara keluarga buah hati. Bukan setakat kek saja tau..siap sejambak bunga rose berwarna pink diberi sekali dan semua tanggungjawab yang diberi telah i laksanakan dengan izinNya. Syukur Alhamdulillah, walaupun i tak tahu jalan dan atas bantuan anak bujang i langsung tak sesatt uuu hahahha..amboiii eksenn ekk..

Sebenarnya i memang tidak buat penghantaran sendiri kecuali TA-Q-BIN, tetapi disebabkan memang mahu kebandar jadi bolehlah i hantarkan. Apa-apa pun semuanya telah selesai, syukur alhamdulillah.

Terima kasih kepada Encik Mohd Aidil diatas tempahan kek ini, mohon maaf jika ada terkurang.


sejambak bunga bersama taman strawberry..hihi..


ada roses ade strawberry..




cantikkan jambangan bunga rose pink nih..
romantikk tau Encik Aidil nih..
sejambak nih ada 6 kuntum bunga, maknanya 'good luck'..
harga RM50.00..


akhir sekali nota buat buah hatinya..


yang ini pulak i kasik anak gadis i..
1 kuntum maknanya 'only u' - hanya u anak perempuan i..
harganya sekuntum macam nih RM3.00..

Thursday, 17 January 2013

HOT CHEESE CHOCOLATE CAKE

As-salam semua..
Tempahan untuk hari ini pula hot cheese chocolate cake, kek yg penuh kontroversi suatu ketika dahulu yang tidak berapa nak dahulu jugakkk laa hihihi. Dekorasi dipilih oleh pelanggan sendiri yang mahukan seperti ini..ada bunga-bunga yang berbaring dan menegak.

Terima kasih kepada Puan Azah sudi memberi kepercayaan kepada i, mohon maaf jika ada kekurangan dan akan diperbaiki lagi pada masa akan datang.




simple sangat kan..


Monday, 14 January 2013

PECAN BUTTERCAKE

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..

Hampir 20 hari i tidak mengambil tempahan dek kerana ingin memberi tumpuan pada anak bongsu yang memasuki alam persekolahan. Hari ini i memulakan kembali dengan 1 kek yang i rasa cuteee sangat tang gajah tu hehe..ololololo cuteee..gajah tu awin yang buat ya, credit to my daughter..thank you sayang..

Kek dalamnya pula adalah 'pecan buttercake' dan atas permintaan pelanggan yang ingin dibaluti dengan buttercream. Kepada yang berminat dengan tema 'elephant' ini bolehlah menghubungi i di talian 0167614744 untuk tempahan anda.






Saturday, 12 January 2013

NASI AYAM

Assalamualaikum..
Menu untuk tengahari tadi buat kami sekeluarga, lama sangat-sangat i tak buat nasi ayam nih, biasanya i makan kat 1 kedai di Kulai, Nasi Ayam Angah memang popular dikawasan Kulai.

Memang sudah merancang untuk membuat nasi ayam, jadi i cuba mencari resepi yang senang, akhirnya i ketemui resepi ini dari ustazah saya Ustazah Jah Din, cuba i ada buat penambahan serba sedikit. Apa pun i ucapkan ribuan terima kasih kepada ustazah atas perkongsian resepi ini. Jom lihat.


tak sempat nak ambil gambar elok-elok, semuanya dah tak sabar, nih aje yang sempat..


Bahan-bahan rebusan..
4 keping paha ayam - cuci bersih - toskan
4 sdb serbuk lada sulah
4 sdb minyak bijan
1 batang serai - diketuk
2 inci halia - hiris kasar
5 ulas bawang putih - diketuk
2.5 liter air


Bahan-bahan perapan ayam..
4 sdb sos tiram
4 sdb kicap manis
2 sdb kicap masin
1 sdb kicap pekat
4 sdb madu
3 ulas bawang putih*
1 inci halia* - *tumbuk lumat
1 sdb mentega


Bahan-bahan nasi..
500 gm beras basmathi - cuci bersih - rendam 10 minit - toskan
2 sdb mentega
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
4 ulas bawang putih*
1 inci halia* - *hiris halus
2 helai daun pandan - kerat kasar
700 gm air rebusan ayam


Bahan-bahan sup..
2 sdb mentega
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 biji bawang merah besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
2 biji buah keras* - *satukan dan tumbuk
1 pokok daun bawang - hiris halus*
1 pokok daun sup - hiris halus* - *tinggalkan sedikit untuk hiasan
1 biji lobak merah - potong kasar
2 batang seleri - potong kasar
1 mangkuk kecil kobis - hiris halus
1 sup bunjut
Garam dan perasa

Bahan-bahan cili..
8 biji cili merah besar - potong kasar - cuci - buang biji - toskan
3 ulas bawang putih
1/2 cawan air rebusan ayam
1 sdb cuka makan
1/2 sdk garam
1 sdb gula

Bahan-bahan kicap..
3 ulas bawang putih*
1 inci halia* - *tumbuk lumat
4 sdb kicap manis
3 sdb kicap masin
1 sdk kicap pekat
1 sdk tepung jagung*
2 sdb air* - *satukan dan gaul

Bahan-bahan lainnya..
1 batang timun - potong kasar
6 keping daun salad - hiasan
3 biji tomato - hiris tebal

Cara-caranya..
1. Dalam bekas besar ratakan ayam bersama serbuk lada sulah dan minyak bijan dan ketepikan.
2. Rebus air bersama serai, halia dan bawang putih sehingga mendidih kemudian masukkan ayam dan rebus selama 15 minit. Hati-hati ketika mengacau supaya kulit ayam tidak tertanggal.
3. Dalam bekas lain, gaul rata kesemua bahan perapan, masukkan ayam rebus, ratakan, ketepikan dan perap selama 1 jam.
4. Kemudian susun ayam bersama sos perapan dalam loyang yang telah digris, bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 200C selama 15 minit. Keluarkan dan susun diaatas salad.
5. Dalam kuali, panaskan mentega sehingga cair, tumis bahan-bahan nasi iaitu kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, bawang putih, halia dan daun pandan sehingga naik bau.
6. Tuang bahan-bahan tumis kedalam periuk yang berisi nasi tadi bersama air rebusan ayam dan tekan 'setting on' dan tunggu sehingga nasi masak. Gaul perlahan-lahan.
7. Dalam kuali yang sama juga, cairkan mentega, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga sehingga wangi diikiuti dengan bahan-bahan tumbuk, daun bawang dan daun sup sehingga wangi juga.
8. Tuang bahan-bahan tumis kedalam periuk baki air rebusan ayam tadi, masak sehingga mendidih.
9. Masukkan lobak merah, seleri, kobis, sup bunjut, garam, perasa dan renehkan selama 15 minit.
10. Kisar halus kesemua bahan-bahan cili kemudian tuang dalam periuk kecik, renehkan sehingga adunan sedikit pekat, tambahkan gula dan garam jika perlu.
11. Dalam periuk kecil juga, satukan bahan-bahan kicap seperti bawang putih, halia, kicap manis, kicap masin, kicap pekat, renehkan sehingga mendidih, tuangkan adunan tepung jagung dan renehkan lagi sehingga mendidih.
12. Apabila semua hidangan telah siap, sediakan nasi bersama ayam dilapik dengan salad, timun, tomato, sos cili dan sos kicap.