Tuesday, 14 October 2014

STRAWBERRY COMPOTE

Assalmualaikum..
Ok..ini pula adalah hasil pembuatan pada hari ini yang dibuat oleh Awin. Kek telah tersedia cuma filling sahaja yang mengambil masa sebab asyik keluar berjalan aje kann hihi..

Ok..sebenarnya Strawberry Compote ini adalah filling untuk Victoria Sandwich Cake akan tetapi Strawberry Compote ini juga boleh di makan bersama waffel, scones, roti, campuran dalam mousse dan lain-lain lagi. Jadi resepi ini boleh dipelbagaikan untuk kegunaan yang sesuai.





Bahan-bahan..
400 gm strawberi segar - buang daun - belah dua - cuci bersih
60 gm gula kastor
60 gm air
1 sdb tepung jagung
1 biji lemon - sagat kulit - ambil jus

Cara-caranya..
1. Dalam pan kecil, panaskan gula kastor, air dan tepung jagung, kacau sebati.
2. Masukkan kulit lemon bersama perahan lemon, gaul lagi.
3. Masukkan buah strawberi segar, kacau selama 5 - 8 minit atau sehingga pekat.
4. Tutup api dan sejukkan. Sedia untuk digunakan.




2 comments:

  1. salam kenal juga sis..i ziarah ya..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Mohon halal resepi. Saya guna ye. Buat niaga tuk cake☺

    ReplyDelete