Monday, 30 June 2014

CHOCOLATE CHIP COOKIES

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat hari ke 2.
Hari ini masih lagi permintaan buat kudap-kudapan Awin di kampus nanti. Chocolate Chip Cookies menjadi pilihan Awin dan bawa bekal untuk adiknya Aman bekalan di kampus juga.

Resepi ini memang kena dengan selera saya, sedang-sedang enak..tidak terlalu manis, itupun kerna i sudah kurangkan sukatan gulanya.






Bahan-bahan..
580 gm tepung gandum*
1 1/2 sdk serbuk soda* - *satukan dan ayak
340 gm mentega
230 gm gula kastor
150 gm gula perang
3 biji telur
1 1/2 sdb perasa vanilla
150 gm walnut - dicincang
450 gm coklat chip

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk mixer, satukan mentega dan kedua-dua jenis gula dan pukul sebati.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji diikuti dengan perasa vanilla, pukul sehingga adunan rata sepenuhnya.
3. Masuk pula adunan teoung yang diayak sedikit demi sedikit dan gaul rata.
4. Akhir sekali masukkan walnut dan coklat chip, gaul sebati.
5. Sejukkan adunan dalam peti sejuk 1 jam.
6. Sediakan loyang yang dilapik kertas minyak, tak perlu oles. Skop adunan dengan mengunakan skop aiskrim. Adunan ini menghasilkan 78 biji dengan menggunakan skop aiskrim saiz kecil.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 200C selama 12 minit atau sehingga bertukar warna keperang-perangan. Jangan risau jika biskut lembut bila ditekan, bila sejuk biskut akan sedikit mengeras.
8. keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai sebelum disimpan didalam bekas kedap udara.






HOMESTAY SEPERTI RUMAH SENDIRI..

Assalamualaikum..
Suka i berkongsi akan homestay di Langkawi yang mana seperti kita tinggal dirumah hak milik sendiri..amboiiii!! betul laa kan..kalau kita dah bayar, maknanya hak milik kita la untuk hari yang di bayar..kan kann..kannn..

Homestay ini sangat-sangat selesa dan boleh memuatkan seramai 7 - 10 orang tapi kami kesemuanya 12 orang hehehe. Semua kelengkapan di homestay ini kita boleh guna pakai. Pendingin udara sepenuhnya..tapi tolet takde laa hokey! hahaha..

Dapur..errmmm semua cukup..kelengkapan memasak, bahan-bahan seperti beras, bawang, gula, minyak, milo, teh, kopi, nescafe, maggie..haizzzz semua cukup laa kalu untuk terdesak. Toileteries pun semua ada, berus gigi takde laa..kikiki. 

Jimat pun jimat juga..nak kata mahal, i rasa berpatutan. Memang ada homestay yang jauh lebih murah tapi mungkin tidak seselesa seperti ini. Tak percaya jom tengok bawah..



Dataran Helang
semua nak amek gambor dengan helang gergasi nih..


inilah homestay nya..


sofa hijauuuu uuu..my fav colour!


ruang tamu..


tv plasma..


sudut tepi tangga..


meja makan yang comelll ajee..


mamat nih memang lawo macam mama dia ahakkks!


nih bilik nombor 1 di tingkat bawah..
di homestay nih ada 4 extra bed..bantal pun banyakk..
kalau ramai bule jer tidur kat ruang tamu atau kat tepi tangga tu..kalau nak tidur kat dapur pun bulee hahaha..


setiap bilik disediakan telekung 2 set uu..


ini pulak bilik nombor 2 ditingkat bawah juga..






yang nih sudut dapur..peti ais pun ada air mineral..kicap segala tok nenek adooo..


duduk sini, u all tak payah hantar baju kat dobi..sebelum u merendek u cuci baju dulu..pastu jemur kat luar..jimatttt dahhh..kannn..


hiasan ditangga menuju bilik atas..


hiasan ditepi sudut sebelum masuk bilik utama..


ini bilik nombor 3..
ada katil quenn dan single..
adik dah penat terus bobok..


nih pulak Awin yang nak peace..
maaf muka tidak dibenarkan menonjol di laman sosial ya hahaha..


nih pulak set almari dan almari mekap..bilik 1 dan 2 juga ada..


adik dan abang kemain lagi suka naik jetski..

Rasa-rasa ok tak homestay nih? Bagi i ok laa..kami pergi pun 12 orang..jadi kami kongsi-kongsi la kan..haizzz banyak duit aku nak support sumee..mau pengsan kat situ gakkk hahahha..

Tuan rumah nih namanya Encik Rahim, dia charge kami rm1800.00 dari jumaat malam sampai isnin maghrib termasuk dengan van 12 seater. Siap pinjamkan kami GPS lagi tau. Gambar van lupa nak ambil..alaa van panjang berjela tu, kalau nak 2 biji kereta pun bole harga sama jer tapi sebab kami nak jimat lagi so amek aje van panjang ular tuu..hahaha..

Sape bawak van? i leeeerrrr..terkezut tuan rumah hahahha..dahh itu aje nak share ya..lain-lain tak yah la yaa..

Kepada yang ingin duduk di homestay ini boleh terus hubungi Encik Rahim di talian 019-4784300..baik orangnya.


Sunday, 29 June 2014

PULUT MANGGA

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat seluruh umat Islam.
Hari ini hari pertama kita menjalani ibadah puasa dan sebentar lagi Insyaallah kita bakal mengakhiri puasa untuk hari yang pertama.

Untuk menu puasa pertama, Awin minta dibuatkan Pulut Mangga untuk hidangan manisan. Sebenarnya masa di kampus lagi Awin sudah teringin tapi memandangkan susah nak mencari maka terpaksalah menahan airliur.

Dan..
Sebelum Awin balik ke kampus esok Alhamdulillah i dapat buatkan walaupun mamanya tidak berapa cerdik dengan proses pembuatan pulut. Cuba aja ya..tak cuba tak tau..






Bahan-bahan..
500 gm beras pulut - cuci bersih - rendam semalaman
2 helai daun pandan - simpulkan
200 gm santan KARA
100 gm air panas
1/2 sdk garam

Cara-caranya..
1. Panaskan periuk kukusan hingga mendidih, toskan pulut, masukkan dalam loyang saiz 9 inci bersama daun pandan dan kukuskan selama 10 minit.
2. Dalam periuk kecil, panaskan santan, air panas dan garam sehingga mendidih. Ketepikan.
3. Keluarkan pulut, tuang santan yang dimasak sedikit demi sedikit dan gaul rata.
4. Kukus pulut semula selama 20 minit.

Bahan-bahan sos..
200 gm santan KARA
200 gm air panas
1/4 sdk garam
4 sdb gula kasar
2 helai daun pandan
2 sdk tepung aroow root @ tepung jagung*
2 sdb air* - *satukan dan bancuh
2 biji mangga - hiriskan

Cara-caranya..
1. Masukkkan kesemua bahan-bahan sos kecuali bancuhan tepung arrow root @ tepung jagung dalam periuk kecil, masak sehingga santan masak dan mendidih.
2. Tuangkan bancuhan tepung arrow root @ tepung jagung tadi dan kacau sehingga adunan menjadi kental.
3. Siap dihidangkan bersama hirisan mangga.


PULUT DURIAN


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan..
Juadah manisan untuk hari pertama berbuka puasa atas permintaan Awin Pulut Mangga dan akibat terserempak dengan Raja Durian tadi..sekali jalan i buat Pulut Durian okke hehehe..




Bahan-bahan..
500 gm beras pulut - cuci bersih - rendam semalaman
2 helai daun pandan - simpulkan
200 gm santan KARA
100 gm air panas
1/2 sdk garam

Cara-caranya..
1. Panaskan periuk kukusan hingga mendidih, toskan pulut, masukkan dalam loyang saiz 9 inci bersama daun pandan dan kukuskan selama 10 minit.
2. Dalam periuk kecil, panaskan santan, air panas dan garam sehingga mendidih. Ketepikan.
3. Keluarkan pulut, tuang santan yang dimasak sedikit demi sedikit dan gaul rata.
4. Kukus pulut semula selama 20 minit.

Bahan-bahan sos..
200 gm santan KARA
200 gm air panas
1/4 sdk garam
4 sdb gula kasar
2 helai daun pandan
2 sdk tepung aroow root @ tepung jagung*
2 sdb air* - *satukan dan bancuh
Durian secukupnya

Cara-caranya..
1. Masukkkan kesemua bahan-bahan sos kecuali bancuhan tepung arrow root @ tepung jagung dalam periuk kecil, masak sehingga santan masak dan mendidih.
2. Tuangkan bancuhan tepung arrow root @ tepung jagung tadi dan kacau sehingga adunan menjadi kental.
3. Siap dihidangkan bersama durian.


Tuesday, 17 June 2014

APABILA HATI MENJADI DENDAM..

Assalamualaikum..

I jual kek u pun nak jual kek..
I jual nasi lemak u pun nak jual nasi lemak..
I jual baju..kain-kain dari Vietnam u pun nak jual jugak..
I jual peralatan bakery bakery punnn u nk jaul jugakkk..

Ok..dari dialog diatas..patut atau tidak ada pertikaian seperti ini? Wajar atau tidak? Jawapan i adalah tidak patut dan tidak wajar..apatah lagi kita nak 'kondem' barang jualan orang.

Bagi yang beragama Islam yang sebenar, akan mengaku bahawasanya RIZKI masing-masing telah ditetapkan oleh ALLAH swt. Redha dengan apa jua untung rugi dalam perniagaan yang dijalankan.

Tapii..
Ada juga mereka-mereka yang beragama Islam jauh terpesong akidahnya dan mengatakan seperti dialog-dialog seperti diatas. Itu adalah tidak sepatutnya dan sama sekali tidak wajar. Punyai hati yang hitam dan tidak berlapang dada.

Ok..teruskan penulisan..

I jual TART PRESSER ini adalah atas perbincangan i bersama 'supplier'. Kami saling membantu, bukan setakat Tart Presser sahaja malah Mesin Tart juga. Jika ada yang berminat silakan dan jika sebaliknya kami tidak berasa apa-apa sebab percaya pada setiap rizki.

Suka saya nak berpesan, setiap apa yang kita jual HARGA adalah dari kiraan kita sendiri. Produk masing-masing..pembuatan masing-masing..modal pun masing-masing..dan harga tetapkanlah dan masing-masing punya harga sendiri..

Kalau sesuatu produk itu mahal..mesti bersebab, mungkin atas kualitinya, mungkin proses pembuatannya dan paling mungkin adalah modalnya. Iyalah dah produknya berbeza, mestilah harga pun berbeza..ini tidak..produk dah sah-sah tak sama, pastu pertikaikan harga mahal..dan amat keterlaluan bila dikatakan produk yang dijual TIRUAN!!

Hello misss..hello misss..engaporengge!!
Kalau i jual mahal..apa u nak risau..u punya kan murah..mesti ramai berderet-deret yang teringin nak beli..mesti produk u laku banget kann.

Kalau produk ini TIRUAN buktikan bahawasanya produk ini benar-benar tiruan dan dari penglihatan i di Facebook anda, ada yang bertanya "bagaimana nak tahu tiruan atau tidak" tapi malangnya tidak ada jawapan dari anda. Jika benar tiruan kenapa tidak jawap? kenapa berdiam diri? Beritahu bagaimana mahu membezakan dengan yang tiruan atau tidak..

Inilah manusia..org jual mahal pun sibuk..sentap..org jual murah lagi la sentap sentil..yennadeyyy..kemudian takde modal..takde kerje ambil gambar orang..curi gambar orang dan tepek tulis TIRUAN!!

Tenangkanlah diri anda..jangan takut..jangan rasa tergugat..ini semua rizki masing-masing. Sepatutnya i yang berasa panas..rasa tak senang duduk..ini tidak..Kalau u umat Islam yang sebenar-benarnya pasti u terima Qada & Qadar Allah.. Sekian.


kerja dari manusia yang hatinya sudah tidak tenang..sama-sama kita doanya beliau tenang dan berlapang dada..

KEPADA YANG INGIN MELIHAT TART PRESSER YANG I JUAL DAN CIRI-CIRI PRODUK BOLEH KLIK


DAN ANDA BANDINGKAN CIRI-CIRINYA..

TERIMA KASIH..



Sunday, 15 June 2014

MASAK NASI DALAM MICROWAVE

Assalamualaikum..
Petang tadi, saja la i post status tentang masak nasi dalam microwave nih..tak sangka pula ramai juga yang ingin tahu. I ingat i sorang yang jakun hahahha..rupanya orang lain pun sama jugak kihkihkih..jangan marahh naaaa..

Ramai yang bertanya bagaimana nak masak dalam microwave, jadi dibawah ini i tunjukkan serba sedikit ya. Tips ini telah diajar oleh adik i Shadila semasa i berkunjung rumah beliau tahun lepas..makaceh Noiiiii.. Jom tengok..




jimatt nasi..tiada kerak..tahan lama..


1. Ini namanya beras..hihi..kebetulan tadi memang nak masak nasi. I masak 2 pot. Isikan beras dalam bekas tahan selamat untuk microwave, Boleh lihat dibelakang bekas. I guna mana yang ada jer kat rumah.


2. Cuci bersih dan sukat seperti biasa, cumanya tambah air sedikit lebih supaya tak kering kontang..tapi kalau korang suka kering kontang gasak la kan hihi..masak NASI LEMAK pun i guna microwave jugak..


3. Masukkan dalam microwave dan tekan 20 minit. Tidak ada setting apa-apa, cuma tekan minit sahaja. kalau i masak 4 pot pun i gunakan masa 20 minit. Alaaa kalau tak cukup masak tambahlah masa lagi..


4. Minit dah berjalan, nampak cahaya dalam microwave tu..haaa jap lagi siap laa tu..microwave i nih dah lama..berkurun dah..sebab tu nampak buruk kikikiki..15 tahun dah usia microwave nih uuu..anak-anak pun dah besorr hahahha..


5. Dah siap masak..boleh la digaul-gaulkan jika suka..




6. Bekas seperti ini juga boleh diguna, beli kat Aeon RM18.00 sahaja.

Wednesday, 11 June 2014

TART PRESSER harga mampu milik..

Bismillahhirrohmannirrohim dan Salam Sejahtera.

Pemberitahuan untuk semua yang ingin memiliki TART PRESSER harga mampu milik. Tart Presser ini dijangka siap dan bakal berada di pasaran dalam tempoh anggaran masa 2 minggu.

Sangat sesuai untuk suri rumah atau para 'baker' yang biasa mengambil tempahan dengan jumlah sederhana. Tidak perlu lagi kalian menekan-nekan menggunakan jari, ianya sangat mudah, cepat dan harga mampu milik. Tidak terjual dimana-mana pasaran.





 Ciri-ciri Tart Presser adalah seperti dibawah.


1. TART PRESSER hanya terhad kepada 100 unit sahaja.

2. Di jangka bakal berada di pasaran dalam masa 2 minggu mulai sekarang. Jika awal dari jangkaan, akan diumumkan kelak.

3. TART PRESSER mempunyai 6 saiz pilihan iaitu 4, 4.5, 5, 5.5, 6.3 dan 7 cm. Untuk 1 unit anda boleh membuat pilihan 2 jenis saiz.

4. Berat keseluruhan bagi TART PRESSER ini adalah 800 - 850 gram.

5. Harga kos penghantaran adalah seperti berikut :-
- Semenanjung = RM12.00
- Sabah / Sarawak = RM15.00
- Singapore = RM60.00
- Indonesia = RM68.00
- Brunei = RM65.00

6. Harga 1 unit bersama 2 saiz adalah RM299.00
Ini adalah HARGA PROMOSI HARI RAYA.

7. Selepas Hari Raya harga akan kembali kepada harga asal iaitu RM330.00 termasuk kos penghantaran hanya bagi Malaysia sahaja. Untuk kos penghantaran bagi negara luar adalah sama seperti diatas.

8. Kepada yang sangat berminat, boleh terus inbox di Facebook / Shuhairi Shuhaini atau SMS, Whatsapp di talian 0167614744 untuk tempahan kalian.






 INGAT!!!

TART PRESSER HANYA TERHAD 100 UNIT SAHAJA

JANGAN KETINGGALAN

BIAR MENYESAL BELI JANGAN MENYESAL TAK BELI..


Tuesday, 10 June 2014

VANILLA MACARONS

Assalamualaikum..
Masih lagi permintaan dari Awin yang ingin membawa balik buat sahabat-sahabatnya di hostel. Memang putih telur terlalu banyak dirumah nih dan kebetulan i pun sudah bertahun tak buat mak aron nih.

Bila ada mood nak buat..bahan pula takde..tapi bila anak dah minta macamana pun mesti buat. Alhamdulillah 4 hari Awin pulang ke rumah segala yang diminta..segala yang mahu dimakan..semua mama dah buat. Syukur atas izinNYA. Amin..

Untuk resepi Macarons nih rata-rata resepinya lebih kurang sama. Jadi pandai-pandailah kita pilih yang mana satu pilihan ya. I pula ikut buku yang dibeli tempoh hari.






Bahan-bahan..
80 gm serbuk badam - bakar sebentar
120 gm gula aising - ayakkan
2 telur putih
50 gm gula kastor
1/2 sdk perasa vanilla
Setitik pewarna skyblue

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk sederhana besar, satukan serbuk badam dan gula aising, gaul rata. Ketepikan.
2. Dalam mangkuk mixer pula, pukul putih telur sehingga berbuih, masukkan gula kastor dan vanilla pukul lagi sehingga bertanduk.
3. Masukkan adunan kering sedikit demi sedikit dalam adunan telur dan pukul dengan kelajuan paling perlahan cukup sekadar sebati.
4. Akhir sekali tambahkan pewarna, gaul sebati dan rata.


5. Masukkan adunan dalam piping bag, paipkan diatas 'macarons mat'. Jika tidak ada 'macarons mat', lukis bentuk bulat di 'parchment paper' bersaiz sebesar duit syiling 50 sen, terbalikkan parchment paper dan paip mengikut lukisan syiling tadi supaya saiznya sama. 


5. Biarkan adunan benar-benar kering licin, lebih bagus keringkan dibawah kipas.

6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 130C selama 15 minit atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.
7. Keluarkan dan sejukkan atas redai.
8. Paipkan krim vanilla (resepi dibawah) pada satu macaron dan kemudian tindihkan satu lagi.
9. Siap dan hiaslah mengikut kreativiti kalian.


Bahan-bahan krim..
50 gm mentega
1/2 sdk perasa vanilla
110 gm gula aising - ayakkan

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk, pukul mentega bersama vanilla sehingga berkrim.
2. Masukkan gula aising dan pukul lagi dengan kelajuan tinggi sehingga adunan mengembang dan bertukar warna menjadi krim.
3. Masukkan adunan dalam piping bag. Sedia digunakan.