Thursday, 20 March 2014

HOMEMADE STRAWBERRY JAM

Assalamualaikum dan selamat pagi untuk semua sahabat.
Minggu lepas i beli banyak sangat strawberry segar dengan harga yang murah. Memang dari asal niat dihati nak buat jem. Kalau jem yang dibuat sendiri nih lebih puas hati daripada jem-jem yang kita beli diluar. Ada rasa..kita boleh tentukan mahu kurang atau atau sebaliknya..boleh juga buat tambahan buahnya.., betul tak? 

Paling penting bersih lagi halal..dalam banyak-banyak jenama jem yang i lihat di pasaraya, ada beberapa botol sahaja yang ada logo halal, itupun i lihat jemnya yang biasa-biasa aje..seperti contoh jem yang dari jenama pasaraya itu sendiri dan kalau jem yang dari jenama terkenal nih kebanyakkan tiada logo halal tapi nampak hasilnya memuaskan dan dek kerana itulah i mencuba buat sendiri.




Bahan-bahan..
600 gm strawberry segar - lecekkan sedikit
200 gm gula kastor
50 gm jus lemon
1 sdk tepung jagung + 2 sdk air - gaul rata

Cara-caranya..
1. Masukkan strawberry segar yang telah dilecek ke dalam periuk.
2. Masukkan bersama gula dan jus lemon, panaskan dengan api sederhana sehingga mendidih dan sedikit mengering.
3. Tambahkan adunan tepung jagung dan gaul sebati, didihkan lagi dengan api yang kecil selama 10 minit.
4. Sentiasa dikacau supaya tidak melekat.
5. Sejukkan dan boleh disimpan didalam bekas yang sesuai.


2 comments:

  1. Salam...nak tanya...kalau x masukkan lemon juice bole ke...or perlu ganti dengan bahan lain...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm wbt sis Marzita..
      Boleh juga sis..bula ganti air biasa juga atau air limau nipis juga boleh ya..

      Delete