Sunday, 23 February 2014

IKAN KEMBUNG MASAK TIGA RASA

Assalamualaikum..

Teka teki dari Adik..

Banyak banyak ikan..
Ikan apa yang selalu sakit perut??

HAHAHAHHA..Adikkk..adikkk..

Jawapannya ialah..

IKAN KEMBUNGGGGG..hahahha..

Jadi..malam nih kita makan 'ikan sakit perut eyh adik'. Kebetulan tadi selepas suami keluar ke kelab golf, i tanya nak masak ke tidak..jadi suami kata masak la yang simple-simple. Sebenarnya kami jarang sangat makan malam di rumah..kalau sebulan tu mungkin satu atau dua kali aja..selebuhnya memang kami makan diluar..makan tom yam ke..nasi lemak ke kann..

Tambahan pula, 2 orang anak kami kedua-duanya telah tinggal di Kuala Lumpur. jadi tinggallah kami 3 beranak..ok lah..jom kita perhatikan resepinya. I rasa tak rugin mencuba..memang sedap..


Bahan-bahan..
3 ekor ikan kembong - cuci-rendam air asam-cuci bersih-gaulkan dengan garam dan kunyit-goreng garing
1 biji bawang merah besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 biji cili merah besar* - *kisar kasar
2 sdb cili kering kisar
1 sdb sos tomato 
2 sdb besar sos ikan
1 sdb gula
3 sdb sos cili
1 sdb jus lemon
1 sdk kicap manis
1/2 cawan air panas
Sedikit garam dan perasa
1 kuntum bunga kantan**
1 batang serai**
2 helai daun limau purut**
7 biji cili api** - **hiris halus
1 potong nenas - potong kiub

Cara-caranya..
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar kasar sehingga naik bau.
2. Tambahkan cili kering kisar, biarkan cili masak sebentar.
3. Masukkan sos tomato, sos ikan, gula, sos cili, jus lemon dan kicap manis, masak sehingga mendidih.
4. Tambahkan air gaul lagi dan tambahkan garam dan perasa.
5. Masukkan bahan-bahan yang dihiris halus bersama nenas dan biarkan masak selama 5 minit.
6. Sediakan ikan didalam piring yang sesuai, tuang kuah yang telah dimasak diatas ikan dan hidangkan.




15 comments:

  1. Ikan goreng begini mmg sedap makan dngan nasi... tak payah lauk lain dah... simple tp menyelerakan... sedap kaannn....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sis..
      nasi pulak kasik panas2 kan..

      Delete
  2. adusss... feveret emmy ni.... tengok gambar pon dah teringin... balik kerja ni nak buat laa.... resepi ni lebih kurang ngan resepi emmy.... heheheh....

    ReplyDelete
  3. So cute Adik ya..pandai dia kasi teka teki kat mama..heheh
    sedap lauk macam ni kan sis..kita lauk ni aje dah cukup dah..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la sis..hehehe..
      lita pun cm tu cukup dh lauk nih n nasi panas2 kan..

      Delete
  4. siti fairus binti razali11 September 2014 at 10:24

    Sebenarnya sy bru na jinak2 dalam masakan niey .. sytey buat . Hope jd .

    ReplyDelete
  5. sedap ye makan panas dgn nasi putih...

    resepi pun mudah je..

    salam perkenalan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sis..cukup mkn dgn ns putih aja kan..dan salam kenal juga..

      Delete
  6. kak.... sy dh cuba resepi ni.. mmg sedap, tq sbb kongsikan resepi

    ReplyDelete
  7. kak.... sy dh cuba resepi ni.. mmg sedap, tq sbb kongsikan resepi

    ReplyDelete