Sunday, 30 September 2012

4 TIERS HOCKEY WEDDING CAKE

ASSALAMUALAIKUM SEMUA SAHABAT-SAHABATKU..

Semuanya sihat ke?? harap-harap sihat la yaa, kalau ada yang tak berapa nak sihat tu, makan leerr ubat..kann..i kat sini macam kek nih jugak laa..terlebih suda sihatnya hihi..

Sebelum i berceloteh panjang lebar lagi, i dengan rasa sedihnya, ingin memohon maaf kepada semua sahabat-sahabat yang sememangnya sudah lama menunggu 'entry' untuk fondant nih, maafkan i ya sis-sis, takde niat nak lambat-lambatkan, tak mahu berkongsi itu jauh sekali di sudut hati i, semuanya kerana nak kejar masa, terlalu fokus sehingga terlupa (al-maklum laa i tak makan kismis sebab tu selalu lupe hehe), anak-anak pun sekolah jadi tiada tukang ambil gambar (paling penting), kadang tu memang teringat tapi disebabkan masa sangat terhad semuanya terpaksa ditunda..sekali lagi mohon dimaafkan ya sis sis..

Disini juga ingin i jelaskan, i tidaklah pandai sangat dalam pembuatan kek-kek ini, cukuplah semua pemberian dariNya buat i kongsikan bersama sahabat-sahabat yang sangat i sayang..sayang sangat, tak tahu nak jelaskan macam mana. Kepada yang sudi, silakan ya, kepada yang tidak yakin tepuk dada tanya selera. Semoga segala yang i kongsikan tidak disalahertikan.


Bercerita tentang kek ini, telah di tempah dari PUAN SREE DURANNI yang juga wakil dari pihak pengantin lelaki, pengantin lelaki adalah pemain hoki, jadi tema keknya juga berkonsepkan ala-ala hoki gituu..Terima kasih sudi menempah kek berkali-kali, mohon maaf jika ada yang terkurang.

Kek paling bawah dihiasi dengan bulat-bulat melambangkan bola hoki..kek yang kedua melambangkan bentuk kayu hoki dan paling atas sekali adalah kayu hoki bersama sebiji bola hoki..

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar mengikut kehendak pelanggan. Bersyukur kepadaNya mempermudahkan segala pekerjaan untuk minggu ini, AMIN..


majlis berlangsung di dewan perling..


1. Setelah kek semua siap, buang kulit kek dibahagian atas sekali, ini supaya, apabila kek dipotong, kesan kulit kek tidak kelihatan. Boleh gunakan apa-apa kek yang sis-sis suka. Pastikan kek sama tinggi pada setiap tingkat kecuali kek ini.
2. Untuk kek paling bawah gunakan papan lebih besar dari kek.


3. Untuk kek tingkat kedua, ketiga dan keempat, gunakan papan kek yang sama saiz dengan kek. Jika papan kek dari kayu, boleh gunakan 'board' yang keras..potong dan gunting ikut saiz.
4. Buat lubang ditengah-tengah pada papan kek tingkat 2, 3 dan 4. Buat lubang lebih besar dari ini, supaya kayu yang terakhir senang dipacakkan dari kek tingkat ketiga terus kebawah dasar.


5. Sapu sedikit krim pada papan kek kemudian letakkan kek pada papan kek, gambar diatas i terbalikkan kek untuk beri contoh pada sis-sis semua.


6. Sapu buttercream pada setiap lapisan kek dan semua bahagian kek dengan rata dan ketepikan.
7. Kek sebelah kanan atas adalah kek paling bawah, kek sebelah kiri atas adalah kek tingkat kedua, papan-papan untuk kek tingkat kedua, ketiga dan keempat itu adalah papan sementara, dibawah kek itu ada papan yang sama saiz dengan kek, ini untuk memudahkan ketika kita melepa buttercream dan memudahkan kita bila hendak naikkan kek diatas kek yang pertama.


8. Buat fondant (resepi dibawah), boleh juga gunakan fondant yang telah siap, nasihat i, kalau kek 1 tingkat lebih baik beli fondant yang telah siap, jika kek yang bertingkat, buat fondant sendiri lebih menjimatkan.


9. Semasa dalam mixer, gunakan kepala mixer ini, kepala lain tak boleh yaaa..nanti bergegar-gegar pulakk..


10. Bila fondant dah siap, uli dan canaikan fondant dengan tambahan tepung jagung.


11. Sukat pada setiap kek dibahagian tepi kek dikiri dan kanan serta sukat dibahagian atas kek.
12. Tambahkan jumlah sukatan yang disukat tadi, ukur pada fondant yang telah dicanai tadi.


13. Jika cukup sukatannya, gulungkan fondant yg dicanai tadi pada kayu penguli.






14. Angkat kayu pengguli, selimutkan pada setiap kek.





15. Ratakan fondant pada setiap kek dengan menggunakan peralatan dibawah. Sifu i ajar, nak ratakan fondant tepi-tepi tu senang aje..katanya.."kangkangkan fondant ratakan..kangkangkan ratakan".., hahhaha..korang jangan kuning ehhh..


perata fondant, nama lain tak tahu hehehe..


16. Setelah rata, potong fondant bahagian tepi-tepi kek dengan pisau pemotong pizza ini.


17. Sukat dan ukur saiz kek untuk tingkat kedua pada kek paling bawah, cucukkan kayu 'chopstik' paling besar dan panjang ditengah2 kek paling bawah kemudian keluarkan. Kemudian pacak juga kayu 'chopstik' yang telah dipotong sama tinggi dengan ketinggian kek pada keliling kek paling bawah mengikut saiz kek tingkat kedua, kayu chopstiknya mesti ada 8 batang dikeliling dan 1 batang ditengah-tengah.
18. Ketinggian 8 batang 'chopstik' mestilah sama dengan ketinggian setiap kek, chopstik yang ditengah-tengah tak perlu dipotong, ini kerana perlu dipacak sehingga kek paling atas.


contoh 'chopstik' yang i gunakan, i beli di kedai bahan bakeri..


19. Ketiga-tiga kek telah dipacakkan 'chopstik' sebanyak 8 batang pada setiap biji kek kecuali kek tingkat ketiga hanya 4 batang sudah memadai, perhatikan betul-betul ya, kek paling atas sekali tak perlu dipacakkan.


20. Naikkan kesemua kek dengan penuh hati-hati, pastikan papan kek tingkat kedua, ketiga dan keempat yang sama saiz dengan kek tersebut terletak pada kayu 'chopstik' yang dipacak pada kek tadi, kalau papan kek tidak terkena pada kayu 'chopstik', kek akan senget dan bakal runtuh..mesti hati-hati yaa..
21. Sesudah kek ketiga dinaikkan, pacakkan kayu 'chopstik' paling panjang sekali dari atas kek tingkat ketiga sehingga ke kek paling bawah. Kalau terpendek tambahkan kayu lagi dengan sukatan sehingga separuh bahagian untuk kek yang keempat.
22. Akhir sekali, naikkan kek paling atas.


21. Hiaslah kek mengikut kehendak anda semua yaa.


alhamdulillahhh siappp..


caaakkkkkkkkkkkk!!!
kek dah masuk kotak..


orang kuat dalam membantu i dalam pembuatan kek dan penghantaran kek..
terima kasih anak bujangku..


pegang kek tu sayangggg..hehhe..

Bahan2 fondant..
50 gm air masak*
5 sdk halagel gelatin* - *satukan - gaul rata - biar sehingga kembang
170 gm liquid glucose
1 sdb gliserin
1 kg gula aising - ayakkan
1 sdb perasa strawberry tanpa pewarna

Cara2nya..
1. Sediakan gula aising didalam mixer.
2. Panaskan campuran gelatin dan air yang telah kembang secara 'double boiler' sehingga adunan cair.
3. Campurkan liquid glucose, kacau sehingga adunan cair.
4. Tambahkan gliserin dan gaul sehingga sebati dan sehingga cair. Tutup api dan angkat.
5. Tuang adunan kedalam gula aising bersama perasa dan pukul dengan kelajuan perlahan sehingga adunan sebati dan putih.
6. Adunan memang sedikit lembut, keluarkan dari mixer, gaul rata bersama sedikit tepung jagung dan canaikan mengikut keperluan.

NOTA PENTING
1. Tambahkan pewarna gel jika perlu, antara pewarna yang i gunakan adalah wilton, chefmaster atau americolour.
2. Jika anda ada pilihan lain, gunakan resepi fondant yang lain, i tidak menggalakkan sis-sis menggunakan resepi diaatas, ini kerana adunan cepat kering, tapi i memang menggunakan resepi ini pada kebiasaannya, ini kerana fondant lembut, sedap cuma cepat kering.
3. Jika mahu gunakan resepi ini juga, setelah dikeluarkan dari mixer, cepat-cepat uli dan cepat-cepat canaikan dan terus selimut pada kek.

29 comments:

  1. Terbaekk la kak..tq share semua info nih...sesangat la berguna...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waduhhh..makasih ya ygg..cuba la 1 hr nti ya..

      Delete
  2. lama xbuka blog akak nie..asik fb jek..apapun akak d beshh..semoga lebihh berjaya kak eik

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun mcm tu gak..jarang bukak blog..blog nih tempat simpan resepi aje heheh..makasih ygg atas doanya..sama2 kita ya..

      Delete
  3. Cantik kek tu...thanks for sharing ya!

    ReplyDelete
  4. Aslmkum Shu. mmg cantik dan unik bentuk kek ni....rupanya utk tema pengantin...pemain hoki.
    sy rasa ramai yg hobi deko suka entry Shu ni.....mmg berguna. t.kasih Shu sudi kongsi resepi dan cara membuatnya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis mamasya..
      terima kasih juga sis, tp masih byk yg perlu dperbaiki sis..masih practise n practise..

      Delete
  5. asslm Kak Su...terima kasih brkongsi info n ilmu yg sgt berguna ni...

    kek yg akak buat ni mmg sgt cantik n kemas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis qaseh..
      terima kasih ya, mgkn bule dgunakan 1 hr nti..insyaallah..

      Delete
  6. Hi Kak,

    Lovely cake. Cantik sangat. Agak2 berapa hari nak siapkan kek ni? Saya tengok pun nak pengsan. Buat cupcake fondant pun saya tak larat. Penat nak uli fondant ready made tu :)

    Sally

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi sis sayang..
      terima kasih byk2, masih byk yg perlu terus diperbaiki, adalah sana sini yg kurang tp dh 'cover line' hehe..kek nih siap dlm 2 hari bersama homemade fondant..masa buat kek nih alhamdulillah tak pengsan..kek yg polkadot tu mmg terus pengsan..demam urat2 tulang2 sume..hehe..

      Delete
  7. Terima kasih kr berkongsi pengalaman. Saya mmg sedang belajar dari internet sebagai persediaan utk membuat kek di majlis pertunangan my doter nanti. Harap sis dapat membantu dalam memberi nasihat ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 kasih kembali ya sis..perhatikan betul2 n study dulu ya sis..pasti i bantu..

      Delete
  8. Mmg terbaik.....saya sendiri pun tak reti nak buat kek2 tinggi2 gini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sis..insyaallah lepas nih sis pun bule buat..

      Delete
  9. sis tq kongsi ilmu.... pls send contact no kat email I...byk yg nk belajar gn sis... luxuryboot@gmail.com...two sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 kembali sis..contact nmbr i ade diatas sekali ya..

      Delete
  10. sis tq kongsi ilmu.... pls send contact no kat email I...byk yg nk belajar gn sis... luxuryboot@gmail.com...two sis

    ReplyDelete
  11. Assalam sis,
    you memang my idola lah..cantik2 cake yg sis buat dan banyak recipe2 yang boleh dicuba..tabik spring kat sis..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt siss..
      haizz sis, malu i tau, u lagi boleh buat lebih cantik dari i..terima kasih sis..

      Delete
  12. cantiknya...mmg aagk rumit pembuatanya kan..tp hasilnya menakjubkan..smoga biz bertambah maju yer:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. makasih sis zila..aminn atas doanya ya..sis juga sama..

      Delete
  13. Replies
    1. my pleasure sayang..hug..

      Delete
    2. Allah dorong saya utk rujuk blog akk. Sy mmg trtanye-tanye mcm mne nak stack kek tu.. mcm2 andaian sy buat. Cari di you tube x jelas. Tp ade hamba Allah sorg ni yg tidak kedekut ilmu da jelas kn semua nya. Moga Allah tambah rezeki puan.. aminn

      Delete
    3. Rizki Allah..

      Amin Ya Robbal'alamin..

      Delete
  14. assalamualaikum..huhuhu..jumpa pun benda ni kat sini.dah lama carik mcmana nak assemble kek ni.terima kasih sis share ilmu..byk pahala sis..mudah2 han murah rezeki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis zethy..
      bule dipraktikkan ya sis..aminn atas doanya..

      Delete